Ahad, 25 Mac 2012

AKU SAYANG MALAYSIA

Hello Hai...:)

 
Kredit : LimKokWing TUBE

Really love this song. Melodi dan lirik yang sangat mendalam. Kita patut bersyukur hidup di bumi Malaysia. Semoga semuanya akan berkekalan sampai bila-bila. Hargailah apa yang kita ada sekarang nie. Peringatan untuk diri aku jugak :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Sabtu, 24 Mac 2012

CAHAYA DARI SANA

Hello Hai...:)

Sebenarnya nie semua gambar bunga api masa tahun baru hari tu. Baru sekarang sibuk nak letak kat sini dah kenapa? Hehehe... Gambar nie kitaorang ambik dari flyover dekat-dekat Ikano kalau aku tak silap. Kakak aku kata tu dah port wajib dia kalau nak tengok bunga api. Masa sampai memang dah bersusun-susun kereta kat tepi. Meriah jugaklah aku rasa. Semua nie dari phone kakak aku memandangkan phone aku dah 'mati'. Tak boleh nak on terus dah. Sangat sedih ok. Boleh nak hantar kedai, cumanya rasa macam tak ada masa. Nanti-nantilah kot. So, saksikanlah yer cahaya dari sana yang tak seberapa nie. Maklumlah, kami pakai phone yang canggih gila. Surelah gambar pun mantap yang amat ;)









Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

IaNda diaNa

Rabu, 21 Mac 2012

TUHAN LEBIH SAYANGKAN DIA


Alfatihah.
Semoga dia ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah.
Dan semoga Adik kuat terima dugaan ini semua :(

Selasa, 20 Mac 2012

SI MANGKUK TINGKAT - FAZIELA

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/471 mukasurat
 
Calon isteri pilihan Ashraff mestilah perempuan yang berbaju kurung dan membawa mangkuk tingkat. Angan-angannya itu ditertawakan oleh abang sepupunya, Farez memandangkan perkara itu adalah mustahil. Nak cari perempuan pakai baju kurung memanglah senang. Tapi yang bawa mangkuk tingkat dekat tengah-tengah KLIA ini mana nak jumpa. Tapi kalau itu dah jodoh Ashraff, pasti akan bertemu juga dengan calon pilihan hatinya. Tidak sangka perempuan yang berlanggar dengannya semasa baru saja keluar dari bilik air di KLIA memenuhi ciri-ciri yang dicari. Yang diketahui hanya nama tuan punya badan. Itu yang dipegang dan dijadikan petunjuk bertahun lamanya untuk tahu siapa 'dia'.

Edryna membenci semua lelaki yang bernama Asyraf. Semua yang bernama Asyraf bagi Edryna adalah sama. Sebab seorang Acap, Edryna turut membenci Ashraff. Acap dan Ashraff orang yang berlainan, tapi bagi Edryna tiada bezanya. Perbuatan Acap pada Edryna meninggalkan kesan yang berkekalan dan tidak mampu dibuang dengan apa cara sekalipun. Sejak daripada itu, Edryna berubah dan tidak menjadi seperti dirinya sendiri.

Pertemuan Ashraff dan Edryna bermula dengan pergaduhan. Situasi yang tidak berapa baik itu berterusan bila keluarga mereka bersetuju untuk menyatukan mereka. Edryna cuba membantah tetapi tidak bagi Ashraff bila tahu inilah dia perempuan yang dicari selama ini.Tidak mahu membantah kehendak keluarga, akhirnya mereka disatukan. Pelbagai usaha dilakukan Ashraff untuk memenangi dan melembutkan hati Edryna. Bila dah hidup sebumbung, hati yang keras juga pasti akan lembut. Orang yang dibenci pasti akan dikenang dan dirindui. Itulah yang terjadi pada Edryna bila segala kebaikan Ashraff selama ini dapat mengembalikan dia kepada dirinya yang asal. Saat keadaan rumahtangga mereka bahagia, muncul Acap datang membalas dendam. Edryna dilanggar, Ashraff pula menjadi sasaran seterusnya. Bila peluang terbentang di depan mata, Acap teruskan misinya hingga mengorbankan seseorang. Siapa dan terkorban? Ashraff atau Edryna?

Jalan cerita dalam novel nie pasal seorang pilot dengan seorang associate consultant pada company yang terlibat untuk uruskan environtmental report. That's whylah Edryna nie lebih suka pakai mangkuk tingkat yang mana kesannya langsung tak memburukkan alam sekitar. For the beginning aku rasa ada sikit bosanlah. Maybe dalam 7/8 chapter macam tu. Tapi makin lama oklah aku boleh masuk dengan jalan cerita. Ada jugak part kelakar. Yang aku ingat sampai sekarang nie, bila Edryna bagi upah 30 sen dekat Ashraff lepas hantar barang dekat tempat kitar semula dengan time Ashraff buat announcement dalam flight untuk Edryna. Tapi sayang sebab bini kesayangannya tu boleh pulak membuta. Memang spoil :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa

Khamis, 15 Mac 2012

REDVELVET CUPCAKE (RC)


Hello Hai...:)

Pagi nie aku dapat rezeki. Dapat makan RC. Sebenarnya aku nie bukanlah hantu kek, cupcake dan seangkatan dengannya. Kalau makan pun, takat apa yang ada. Memang kalau habis, takdernya aku sibuk nak mencarik yang lain.

Banyak kali jugak aku dengar kakak & kawan aku citer pasal redvelvet nie. Dalam hati fikir jugak sedap sangat ker kan. Nak pegi carik kat kedai, memang aku malas. Maklumlah, bukan makanan kegemaran aku kan ;)

So, hari tu masa tengah belek-belek FB, nampaklah member opis dok upload gambar RC. Dia memang rajinlah masak-masak semua nie. Untuk makan sendiri. Ntah kenapa tetiba macam terasa-rasa kat tekak. Bermulalah 'acara' pujuk rayu bagai suruh dia jual kat aku. Dapat 1/2 buat tekak nie rasa sudahlah kan.

Pagi nie dia interkom aku suruh datang tempat dia. Yehhhhhhhhh!!!! Akhirnya dapat jugak aku tahu macam mana rasanyer RC nie. Aku nak beli tapi dia kasi jek. Alhamdulilah. Maybe redvelvet kek pun sama macam nie jugak kot rasanya. Tapi yang aku suka, sebab cheese atas topping tu. Sangat-sangat sedap. Thank's Mayna Saiful. Next time, bolehlah order ok :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa 

Isnin, 12 Mac 2012

IKHLAS A.K! - NIRROSETTE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/528 mukasurat

Kisah ini tentang dua orang yang mempunyai cara hidup yang berbeza. Kaseh, seorang gadis yang mempunyai segala-galanya. Kemewahan dan kebebasan. Tapi dia tidak kaya dengan kasih sayang. Adam, jejaka yang juga mempunyai kemewahan tetapi lebih senang berdiri atas kaki sendiri. Ingin mendapatkan hasil atas usahanya sendiri dan bukan bergantung pada harta ayahnya semata-mata. Menjalani kehidupan berlandaskan suruhanNYA.

Siapa sangka selama ini Adam meminati Kaseh dari jauh. Walaupun sedar gadis itu agak liar, tetapi bagi Adam apa yang dirasa adalah kehendaknya sendiri. Mereka dipertemukan bila Kaseh sendiri menawarkan diri untuk menjadi kekasih Adam. Agak terkejut dengan permintaan itu, namun kesungguhan Kaseh Adam turuti. Adam memberi tempoh 3 bulan untuk mereka mengenali hati budi masing-masing. Jika berjaya, barulah hubungan itu diteruskan ke peringkat yang lebih baik dari seorang kawan.

Berkawan dengan Adam memang memberi perubahan yang sangat besar bagi diri Kaseh. Adam menjadikan dia seorang yang kembali sedar pada perintah yang SATU. Banyak yang Kaseh pelajari. Tapi untuk berubah menjadi yang lebih baik, banyak pengorbanan yang perlu Kaseh lakukan. Kaseh perlu meninggalkan arak yang selama ini menjadi minuman rutinnya. Perlu menghindarkan diri dari aktiviti waktu malam dan kunjungan ke kelab. Perlu menahan sakit akibat rawatan laser bagi membuang tatu yang selama ini ada di badannya. Dan yang paling utama, Kaseh perlu belajar untuk hidup sebagai seorang yang sederhana. Makan di gerai dan menaiki kenderaan awam. Semuanya berjaya dihadapi Kaseh kerana sedar dia kini dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik, yang mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.

Campur tangan dari daddy Kaseh menjauhkan jarak mereka. Kaseh setuju untuk dikahwinkan dengan Iskandar, bekas kekasihnya semata-mata untuk kebahagiaan mereka sekeluarga. Menghilangnya Kaseh selama 3 tahun tak pernah melenyapkan nama itu dalam hati Adam. Bila mereka dipertemukan semula untuk kali kedua, Adam nekad untuk menjadikan Kaseh yang halal baginya. Tapi saat itu, dia sedar Kaseh milik Iskandar dan munculnya Shereen, pilihan uminya untuk dijadikan isterinya. Bahagia milik mereka atau tidak, semuanya ada di Ikhlas A.K!.
 
Novel penulis nie yang pertama. Orang Singapura. Jauh menyeberang tambak. Nak kata best pun tak, tak best pun tak. Yang pasti aku berjaya jugak habiskan walaupun ada masa aku rasa macam tak sampai kat hati aku. Tapi tahniahlah untuk penulis nie sebab walaupun baru novel pertama, berjaya jugak 'menawan' hati aku nie. Sebab aku nie jenis bila baca bab awal,tak boleh masuk dengan kepala aku, novel tu aku akan simpan dan tak tahu tahun bila aku nak bukak balik. Tapi yang nie, aku berjaya jugak khatam ;) Insyaallah, kalau ader lagi novel dia yang lain lepas nie, mungkin aku akan sambar jugak. Insyaallah :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

IaNda diaNa

Ahad, 11 Mac 2012

BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT - SYUD

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 19.00/430 mukasurat
 
Novel Nyanyian Tanjung Sepi menjadi permulaan pertemuan mereka. Tapi bukanlah dalam keadaan diri masing-masing memandang dengan rasa yang santai. Wardah yang bersungguh-sungguh mencari novel tersebut terpaksa melepaskan rasa sakit hatinya pada Firas @ Pacai bila novel yang hanya tinggal 2 buah itu semuanya diambil Pacai. Sudahlah susah untuk dicari. Bila terjumpa, habis dikebas oleh seorang lelaki yang memakai baju melayu hijau serindit, warna terang yang sangat tidak diminati Wardah. Bagi Pacai pula, kasut merah kepunyaan Wardah ketika wanita itu lalu di hadapannya, terpahat kemas di dalam minda.

Wardah pernah sukakan Ilham. Tetapi menolak perasaan itu jauh-jauh bila tahu Ilham sudah bertunang. Bila pertunangan Ilham terputus, sepatutnya khabar itu menggembirakan Wardah. Namun, bila rancangan mamanya untuk menyatukan dia dengan Ilham dibangkitkan, Wardah mula mencari jalan supaya perkara itu tidak berlaku. Entah kenapa, dia merasakan perasaan sukanya pada Ilham selama ini hanyalah pada imej yang ada pada Ilham. Bukan atas sebab rasa sayang dan cinta yang ada dalam hati Wardah. Untuk menggagalkan rancangan mamanya itu, Wardah terpaksa mencari seorang lelaki yang perlu melakonkan watak sebagai teman lelakinya buat sementara waktu. Dan Pacai adalah lelaki yang dipilih.

Pacai dan Najlaa pernah berkasih satu masa dahulu. Perpisahan mereka berpunca bila Najlaa merasakan Pacai adalah seorang lelaki yang tiada masa depan. Bagi Pacai, jika seseorang telah membuat penilaian padanya tanpa usul periksa terlebih dahulu, adalah satu perkara yang amat dibenci. Bila bertemu Wardah, Pacai tidak menjadi seperti dirinya yang sebenar. Aksi spontan akan dilakukan apabila terpandangkan Wardah seperti meletak kad namanya dalam novel Nyanyian Tanjung Sepi dan membayar harga makanan Wardah. Namun semuanya berlaku tidak seperti yang dirancang. Semakin lama Pacai mengejar Wardah, terasa Wardah makin jauh dari capaiannya.

Berita kemalangan yang meragut nyawa mangsa nahas membuatkan Wardah tidak senang duduk. Semuanya berpunca bilamana panggilannya tidak dapat dihubungkan dengan Pacai. Rasa menyesal bila sedar ayatnya yang terakhir pada Pacai seolah-olah telah memakan dirinya sendiri. Samada sudah terlambat atau tidak, semuanya perlu ditanggung oleh Wardah.

Buku kedua Syud yang aku baca lepas Tentang Dhiya. Kesimpulannya, memang rasa sweet sangat dengan mamat bernama Pacai nie. Part yang aku tak boleh lupa bila kasut Wardah masuk batu. Pacai duduk, amik kasut tu, ketuk-ketuk keluarkan batu dan hulur balik depan kaki Wardah untuk dipakai semula. Sangatlah comel! Satu keadaan yang bagi aku macho lah sebab masa nie diaorang baru berjumpa pertama kali dalam keadaan yang aman damai. Ada ker lelaki yang baru jumpa pertama kali akan buat macam tu? Dalam 10 orang, ada kot sorang. Hehehe.... Bahasa macam biasa, santai. Cuma kalau dipanjangkan sikit jalan cerita nie lepas diaorang kahwin, mungkin lagi best kot. Sebabnya hujung-hujung ada sikit jek part time Pacai dan Wardah bernikah. Sikit sangat. Tak taulah pulak aku kalau satu hari nanti Syud nak buat sambungan kan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Khamis, 8 Mac 2012

KEGEMARAN DIANA

Hello Hai...:)

Apa?

Tajuk macam poyo jer kan. Hahaha... Tak tau nak tulis apa. Macam blur. Sudahnya nie jer yang ada dalam pala aku buat masa nie.

Kasut kegemaran aku ;)


Salah satunya seperti ini. Kasut 'wedges' orang kata. Tapi aku suka yang tak terlalu tinggi lah. Ala kadar. Sebab takut aku yang dah tinggi nie, bila pakai, lagi tinggi pulak macam galah. Tengok jugak pada rupa dan kelembutan kasut tu. Kalau cantik tapi keras, kesian kat kaki aku. Seksa nanti :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa  

Rabu, 7 Mac 2012

NOVEL 20% DISKAUN

Hello Hai....:)

Ingat tak hari tu aku ada cerita pasal novel yang aku beli dari Jemari Seni? Yang dapat diskaun 20% + penghantaran percuma tu? Tapi kalau nak dapat harga macam tu, korang kena beli 2 buah buku. Barulah dapat diskaun yang sangat best giler tu ;)


Order - 24.02.2012. Sampai - 29.02.2012.

Tapi tak baca pun lagi. Sempat sampul jek ;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da.....

♥ IaNda diaNa

Selasa, 6 Mac 2012

JB - KL

Hello Hai....


Minggu aku berada di KL. Motif utama? Sebab aku dapat khabar yang agak menyedihkan bila suami kepada kawan baik aku atau lebih tepat kawan susah senang aku selama ini, dimasukkan ke dalam ICU di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Aku dapat tahu hal nie pukul 12.30 tengahmalam hari Khamis. Tapi aku terpaksa pergi lambat sikit sebab Jumaat tu aku ada keje yang perlu diselesaikan di opis. Dapat tiket pukul 7.00 malam hari Jumaat, alhamdulilah aku selamat sampai kat KL lebih kurang jam 11.30 malam.

Sabtu dan Ahad, kami memang berada di PPUM. Disebabkan Haidir, suami kepada Suhana (kawan aku) dimasukkan ke dalam ICU, jadinya hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk untuk lihat keadaan dia. Jadinya kami bergilir-gilir. Waktu melawat 12 tengahari - 2 petang dan 6 petang - 8 malam. Secara jujurnya, waktu kami datang nie, Haidir memang tidak sedar. Bukan koma, cuma sejak dia di bawa ke PPUM hari Ahad - 26.02.2012, memang dia langsung tidak sedar. Haidir disahkan mengidap MENINGITIS.

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut - Blog Dr. Anaziha.

Agak terkejut bila dengar semua nie. Rasanya macam baru jer aku datang majlis perkahwinan diaorang. Aku memang tak mampu nak pulihkan Haidir, tapi aku mampu berdoa pada DIA agar dipermudahkan semuanya, minta Haidir sembuh seperti sediada. Untuk Suhana @ Adik, kami semua ada untuk kau. Moga kau kuatkan semangat dan tabah terima dugaan nie. DIA Maha Penyayang. Apa yang berlaku, semuanya pasti ada penyelesaiannya. Insyaallah, semuanya akan pulih seperti biasa :(


P/S: Kalau korang terbaca nie semua, tolong doakan Haidir cepat sembuh ok. Aku hargai sangat-sangat.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da.....

IaNda diaNa