Jumaat, 22 Jun 2012

FULLHOUSE - JALAN YAP KWAN SENG, KL

Hello Hai...:)

Nak kongsi dengan korang semua tentang Fullhouse. Pertama kali aku makan kat sini sebab kat JB tak ada pun. Lagipun nie semua kerja kawan-kawan aku yang rajin 'mensurvey' tempat-tempat makan yang awesome nie. Jadinya, bila datang KL bulan April lepas, tempat makan nie termasuk dalam salah satu list yang kami semua akan serbu. Jom, aku bawak korang jamu mata ;)

Ops!!! Tapi sebelum tu, aku kenalkan dulu kawan-kawan aku. So, nanti bila aku sebut nama diaorang, tak adalah korang pening-pening lalat kan. Senang cerita. Nie semua kawan yang aku sayang sangat-sangat sejak 13 tahun yang lalu. Time blaja lagi kitaorang kenal. Alhamdulilah, kekal sampai hari nie. Harap-harap hubungan nie akan kekal sampai bila-bila, sampai akhir hayat. Amin....


Depan dari kiri : Deq Sue & Mummy
Belakang dari kiri : D, Ain & Along


 Welcome ;)




Lain FH(aku singkatkan untuk Fullhouse), lain dekorasinya dan lain kereta mininya. Hehehe... Kalau korang tengok gambar hiasan dalaman FH Jalan Yap Kwan Seng nie, semuanya bertemakan putih. Bagi aku sweetlah. Nampak suci jek, redup mata memandang. Cuma aircond dia macam tak berapa nak sejuk. Kalau aku tak silap, ada air cooler yang besar terletak kat satu sudut tu. FH nie 2 tingkat. Bawah tempat makan, atas macam small butik. Aku tak jelajah sampai atas sebab ada 1 kes terjadi. Nanti aku cerita ek. Hehehe...



Nie lah menu makanan yang kami pilih. 4 orang makan chicken chop, Along sorang makan speghetti. Pada aku, aku suka chicken chop nie. Sayur fresh, mashed potato sedap dan yang penting black papper raisin jus tu. Sangat-sangat sedap. Tapi Mummy pulak tak suka. Dia kata tak sedap. Ain esoknya dia pergi lagi makan tapi dekat Wangsa Walk. Menu yang sama. Nampaknya dia pun sama macam aku, suka chicken chop nie ;) Menu Along aku tak rasa. Tapi sebab tengok dia makan pun berselera, aku assume makanan tu memenuhi citarasa dia. Chop!! Nampak tak kek yang berkaler-kaler tu? Hah!!! Tu Mummy yang tempah. Maknanya kami bawak kek tu dari luar makan dekat FH. Nie ala-ala small reunion, tu yang sampai dia tempah kek. Simple tapi sedap sangat sangat sangat sangat. Punyalah banyak sangat....




Kek yang comel dan sedap nie datangnya dari Ixalicious. Harga kek nie RM 75.00. Aku rasa memang sangat berbaloi dengan kelembutan kek tu. Ditambah pulak dengan kelazatan cream dia. Arghhhh!!! Aku rasa aku nak makan kek rainbow tu sekarang jugak. Ixa!!! Tolong pos ke JB. Huhuhu.... Tapi nampaknya makan aku hari tu memanglah best. Chicken chop yang sedap, kek rainbow yang yummy, yummyyyyyy ;)

Sebelum aku terlupa, tadi kat atas kan aku ada mention kitaorang tak sempat nak menjengah sampai ke tingkat 2 kan. Semuanya gara-gara Deq Sue dah terjatuhkan penutup teko kaca kat situ. Terdiam sekejap semua. Dah buat salah, mengakulah kan. Deq Sue pun say sorry pastu cakap yang dia akan ganti. Ganti pakai duit jerlah. Mana nak tau benda tu beli kat mana kan. Tapi pekerja kat situ, terlalulah sombong. Buat muka, tak mesra pelanggan langsung. Sebenarnya dari kitaorang masuk, dah terang-terang nampak muka 'gadis-gadis' pekerja kat situ macam tak mesra. Tapi kitaorang abaikan sebab yerlah datang nak makan, bukan nak carik gaduh. Tak sangka sampai ke sudah, macam tu jugak ekspresi muka diaorang. Emmmmm.... Sungguhlah tak suka situasi macam nie. Maybe tu lastlah kitaorang singgah ke situ. Kalau terasa nak makan, akan usahakan pergi ke FH yang lain :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa 

Khamis, 14 Jun 2012

TAKDIR ITU MILIK AKU - SITI ROSMIZAH

Terbitan : SR Publication
Harga : RM 33.90/1055 mukasurat

Kehidupan Dian Zara tidak seceria seperti gadis-gadis yang sebaya dengannya. Kemelut keluarga dengan kesusahan yang melanda diri ditambah pula dengan sikap ibu saudara merangkap ibu tiri yang tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Pelajarannya tergendala gara-gara dia dikerah untuk mencari rezeki jika tidak mahu ayahnya yang terlantar sakit diseksa. Kemalangan kecil yang berlaku antara Dian dan Zarif Adha memutikkan rasa yang berbeza dalam diri Dian. Namun bila sedar dirinya dan Zarif jauh perbezaannya, rasa itu hanya tersimpan kemas dalam hati.

Zarif Adha, seorang juruterbang yang memilik rupa paras yang mampu menarik minat sesiapa sahaja. Ditambah dengan kekayaan keluarganya, membuatkan Zarif menjadi manusia yang sombong dan angkuh. Pertama kali bertemu empat mata dengan Dian, perasaan benci terus hadir dalam dirinya. Tiada apa kesalahan yang Dian lakukan pada Zarif. Tapi kerana sikap lurus bendul dan kemiskinan Dian, punca kenapa Zarif benci melihat wajah tersebut.

Namun, disebabkan ketamakan Datin Munirah, mama Zarif pada harta ibu mertuanya, Dian dan Zarif disatukan. Pada Dian keikhlasan Zarif menyayanginya dan mengahwininya sangat menggembirakan. Apa saja yang dilakukan oleh suaminya dianggap perkara yang positif walaupun di satu tahap Dian merasakan dirinya umpama perempuan murahan. Misi Zarif dan Datin Munirah hanyalah mempergunakan Dian untuk mendapatkan zuriat. Zuriat yang membolehkan kekayaan memihak pada mereka berdua. Bila mengetahui zuriat yang dikandung oleh Dian cacat, pelbagai seksaan dilakukan pada Dian bagi membolehkan kandungannya itu mati. Cara terbaik daripada Zarif dan Datin Munirah menanggung malu atas kelahiran bayi cacat itu.

Kehilangan anaknya menjadikan Zarif dan Datin Munirah dua insan yang tidak ingin langsung dilihat oleh Dian. Dian bangkit semula untuk memastikan takdirnya ditentukan oleh dirinya sendiri dan bukan orang lain. Kemalangan yang menimpa Zarif dan Datin Munirah menyedarkan mereka tentang kesalahan yang telah dilakukan pada Dian. Zarif mula sedar hanya Dian yang dia inginkan saat itu. Hanya Dian sahaja perempuan yang layak menjadi isterinya. Tapi bila kejahatan yang telah menghancur lumatkan hati Dian, tak mungkin sama sekali untuk Dian menerima Zarif kembali. Buatlah apa saja, hatinya telah mati untuk suaminya. Zarif terpaksa menerima semua itu. Tetapi dia takkan mengalah. Hati Dian harus ditawan kembali. Kali ini dengan seribu harapan dan seribu kemaafan. Apa yang telah berlaku, harus ditebus kembali. Bila Dian mula membuka pintu hatinya, kehadiran Arman, Rahman dan Azura menyulitkan lagi keadaan. Kesudahannya, dalam pahit ada manisnya. Dalam derita, ada bahagianya :)

Nie novel ke 5 Siti Rosmizah yang ada dalam simpanan aku. Tapi a little bit dissapointed bila baca tu rasa macam aku baca novel penulis baru. Isu ketebalan buku 1 hal. Aku tak anggap benda tu isu besar sangat sebab novel-novel dia sebelum nie pun tebal-tebal jugak. Cumanya novel kali nie ader 'termiss' mukasurat. Aku pun tak tepon lagi SR Publication nak tanya kot-kot boleh tukar baru kan :) Walaupun ada terselit perasaan kecewa, tapi bila dah ada dalam simpanan, nak jugak pastikan benda tu lengkap kan. Hehehe.... Frustration ke 2 plak pasal olahan ayat dan jalan cerita. Memula bila penulis cuba menggambarkan emosi heroin. Contoh : Dian tercebik-cebik menahan tangis. Aduhai! Tak boleh ker gunakan ayat sedih menahan pilu di hati ker kan. Macam spoil kot ayat tu aku rasa. Pastu bila korang baca, korang akan rasa ada orang ketiga baca sama-sama dengan korang. Dok buat ulasan atas jalan cerita yang berlaku. Contoh : Zarif hanya memandang Dian berlalu di depannya. Kenapa Zarif begitu? Oh! Mereka bergaduh rupanya. Hah! Macam tu lah yang buat aku rasa frust sangat-sangat. Kalau ada yang dah penah baca novel ANDAI ITU TAKDIRNYA hasil penulis nie, aku rasa akan setuju dengan aku yang mana ada sedikit persamaan antara dua cerita nie. Anak meninggal, suami eksiden pastu insaf. Tapi aku tetap baik hati. Masih baca sampai habis sekalipun dah hujung-hujung, aku cuma baca dialog jer. Sebab tetiba rasa 'penat' plak. Hehehe... Buat peminat-peminat setia SR (mungkin termasuk aku kot), janganlah anggap apa yang aku ulas nie as a one way untuk kondem SR. Tiada niat sebenarnya. Apa yang aku lakukan hanya komen yang ikhlas. Harap semua ini akan jadikan novel SR lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini. Insyaallah :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da.....

♥ IaNda diaNa 


Jumaat, 8 Jun 2012

SUAMI YANG KUBENCI - EMAN SUFI

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 20.00/544 mukasurat

Uwais Ukasyah dan Hannah Maryam disatukan dengan hanya 1 sebab. Kerana Tan Sri Idris @ tuk ayah Hannah. Hannah terpaksa mendengar kata tuk ayah untuk menerima Uwais berikutan tunangnya, Tengku Muiz telah ditangkap khalwat seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Hannah perlu mengikut arahan tuk ayah atau jawatan CEO akan diserahkan pada cucunya yang lain. Uwais pula menerima Hannah kerana terhutang budi dengan tuk ayah yang telah membantunya menyelesaikan semua hutang-hutangnya. 

Sebelum mereka disatukan, Hannah terlebih dahulu telah mengenali Uwais. Bezanya perkenalan mereka semuanya tidak bermula dengan baik. Uwais terlibat dengan kemalangan kecil bilamana motosikal yang ditunggang bersama adiknya terbabas gara-gara sikap Hannah yang memandu agak laju. Langsung tiada kata maaf dari Hannah atas kecuaiannya itu. Pertemuan kedua semasa Hannah dan adiknya, Mastura datang ke gerai burger Uwais. Misi Mastura hanya untuk meminta kakaknya meminta maaf pada Uwais atas apa yang telah terjadi. Namun lain pula yang berlaku bila mereka sekali lagi bertengkar bila mayonis dipercikkan pada muka Hannah dan Hannah pula melenyek burger ke muka Uwais. 2 pertemuan yang memang akan menimbulkan rasa benci dalam siri masing-masing.

Berada di dalam bilik yang sama kerana kedatangan Sarimah, ibu Uwais ke rumah mereka, berpura-pura kelihatan sebagai pasangan suami isteri yang mesra dan bergurau senda walaupun hanya lakonan, akhirnya membuatkan Hannah sedar yang dia telah jatuh cinta. Jatuh cinta pada suaminya sendiri. Tetapi hakikat yang nyata tidak mahu diakui. Bila bertemu dengan Batrisya, perempuan yang ingin dijodohkan dengan Uwais, perasaan cemburu mula timbul. Rasa itu semakin kuat bilamana Uwais dapat bekerja sebagai guru sambilan di sekolah yang sama dengan Batrisya. Hannah mula memikirkan jalan yang harus diambil untuk menjauhkan Uwais dari Batrisya. Kedatangan Fawaz, abang sepupu Hannah mula menimbulkan rasa cemburu pula dalam diri Uwais. Siapa tak marah bila depan matanya, Fawaz dengan selamba memeluk isterinya. Uwais cemburukan Fawaz, Hannah cemburukan Batrisya. Macam-macam kerenah, masam muka, bergaduh semuanya membawa pengakhiran yang baik. Dalam meniti kebahagiaan, mereka didatangi dugaan bila kehilangan insan tersayang. Dan kerana lintah, pertemuan antara Fawaz dan Batrisya membawa mereka ke alam perkahwinan. Bagaimana boleh terjadi? Siapa pula insan tersayang yang telah meninggalkan Uwais dan Hannah? Jangan lupa dapatkan novel ini untuk dijadikan koleksi :)

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan jalan cerita dalam novel nie. Ada kelakarnya, sedihnya. Walaupun tak banyak konflik yang agak mencabar berlaku, tapi masih membuatkan cerita nie seronok untuk dibaca. Karektor Sarimah memang akan buat korang tergelak. Pergaduhan Uwais dan Hannah, perpisahan Uwais dan Hannah, pasti akan mencuit hati. Jujurnya aku suka novel nie. Agak santai untuk dibaca. Bahasa tak memeningkan. Situasi dalam cerita nie pun buat kita faham sejelas-jelasnya. So, kalau korang jenis sukakan buku yang agak santai, kelakar, konflik sikit-sikit, aku rasa Suami Yang Kubenci nie sangat-sangatlah aku cadangkan. Tak rugi wooooooo. Hehehe... Selamat bertemu dengan Uwais, Hannah, Sarimah, Fawaz dan Batrisya kawan-kawan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa