Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 19.00
Picture taken from : Forum Cari.Com
Pelanggaran kecil berlaku antara Iman dan Raees beri persepsi yang
berbeza antara kedua-duanya. Pada Iman, hatinya tersentuh sehingga
menitiskan airmata melihat beg, pakaian dan bekalan makanan Raees yang
terjatuh akibat pelanggaran mereka. Sudah tentu Raees datangnya dari
kampung dan mungkin juga makanan yang terjatuh itu adalah makanan
terakhir Raees. Rasa bersalah buat Iman sering memikirkan tentang Raees.
Mereka dipertemukan kembali bilamana Raees rupa-rupanya adalah pekerja papa Iman. Iman yang dikerah untuk bekerja jika inginkan wang saku, pada mulanya langsung tidak berminat berubah menjadi bersemangat bila tahu Raees ada di situ. Sikap Raees yang sering melayannya dengan baik, yang sering menegurnya dengan kata-kata yang elok, buat Iman membuat keputusan untuk memikat Raees. Walaupun dilabelkan tidak elok oleh kawan baiknya, namun Iman tetap teruskan juga apa yang dihajati.
Raees tahu Iman orangnya seperti mana. Jujur, lurus dan berfesyen bermake up seperti Lady Gaga. Senang cerita semuanya mengikut peredaran masa. Walaupun rakan sekerja mengatakan Iman gadis yang gedik, pelik tapi bagi Raees sikap itu unik pada penilaian dirinya. Lagipun Iman tidak sombong. Tidak salah sekiranya Iman dijadikan salah seorang senarai kawan dalam hidup Raees. Perubahan demi perubahan dalam diri Iman buat Raees semakin sayang pada gadis itu.
Bila pertunangan Tengku Badrul, sepupu Iman putus, Iman pula diminta menjadi pengganti pengantin perempuan memandangkan tarikh perkahwinan telah hampir tiba. Papa, mama dan abang Iman berusaha supaya Iman tidak dijadikan galang ganti. Bila terdesak, Iman dicari. Bila bahagia, Iman dilayan seperti orang yang tidak ada perasaan. Humairah, ustazah yang sering berusaha untuk mendapatkan Raees buat keadaan makin berserabut. Ditambah lagi dengan Bahiyah yang memang dari dahulu tidak sukakan Iman. Tapi kalau dah namanya jodoh, datang apa pun, pasti itulah jodoh mereka.

Novel nie pada aku sweet, sama macam tajuk. Yang manis. Jalan cerita
memang manis-manis jer aku rasa baik pada Iman, ataupun pada Raees.
Santailah senang cerita. Kalau korang nak carik part yang mencabar
kewibawaan, tak ada kot pada aku. Sebabnya apa jadi, then settle dengan
cepat. Part-part orang yang menyakitkan ati tu tetap ada. Takkan jalan
cerita nak manis sampai abis kan. Hehehehe.... Pada aku ok, manis. Cuma
ada part aku rasa dalam ati nie, 'eh! nie buku ketiga ok'. Faham tak
maksud aku tu? Tapi apa-apa pun, Yang Manis tetap buat aku tersenyum walau aku rasa senyuman tu tetiba mati sekejap, then datang balik :)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....