Sebenarnya trip ke Langkawi nie hujung taun lepas. 21-25 Disember. Memang betul punya berjalanla kitaorang. Trip nie sebenarnya planning mak aku dengan kawan baik dia (dekat jer ngan umah mak aku - Cik Masiah). So, bila dapat tau, aku pun tergedik-gedikla nak ikut skali. Aku bagi alasan, nanti mak aku punya barang banyak, aku boleh tolong bawakkan...:)... Ntah macam mana, tetiba makcik aku + abg sepupu aku sefamily pun nak joint skali. Lagi ramai kan lagi bagus.
Tiket bas Kluang - Butterworth = RM 49.++
Tiket bas Butterworth - Kuala Kedah = bawah RM 10.00 (aku tak ingat sangat)
Tiket feri Kuala Kedah - Langkawi = RM 23.00
'Ahli rombongan'...:)... Naik LADA 1. Boleh dikatakan penuh sebab yang beratur memang la ramai. Cuti sekolah kan. Lagi sambung dengan cuti Krismas. Memang berat muatan bertambah ok...;)
Sampai sana, Cik Lan (anak buah Cik Masiah) dah tunggu. Cik Masiah, mak ngan aku dok kat umah Cik Lan sepanjang baper ari kami kat Langkawi nie. Makcik aku dok otel sebab abang sepupu aku dah book tuk 1 hari. Lepas tu baru diaorang joint skali kat sebelah umah Cik Lan. Tu umah sewa dia tapi kebetulan orang dah keluar, kira dapatlah makcik aku bermalam kat situ. Kira save banyak lah sebab dah tak fikir nak bayar otel. Time berjalan, aku guna keta Lina, anak Cik Lan. Abang sepupu aku guna keta sewa.
Keta sewa (Kelisa) - RM80.00/sehari
Nie la tempat tinggal dan keta yang aku gunakan sepanjang ada kat Langkawi. Umah Cik Lan nie dekat Padang Mat Sirat. Kalau naik flight, memang dekat sangat la dengan umah dia.
Petang tu kitaorang pegi Makam Mahsuri dengan Beras Terbakar. Tapi sampai Makam Mahsuri, dah tutup. Just amik gambar kat luar jerlah. Kat Beras Terbakar pun cuma kat bahagian luar yang orang dok jual-jual sebab waktu tu memang dah petang sangat. Next day, baru pikir nak jalan jauh.
Dekat Makam Mahsuri. Tapi belah luar jerlah...:)
Esoknya pagi lagi kitaorang dah keluar. Misi ari nie nak pegi Cable Car dengan Galeri Perdana. Lepas breakfast, terus gerak. Singgah jap kat Petronas Quay. Alah, tempat yang banyak kapal-kapal mewah tu. Rasa macam nak curik sebijik bawak balik. Abang sepupu aku kata rega 1 kapal nie mau cecah setengah juta. Tak tau lah betul ker tak.
Apa lagi, posing-posing + cuci mata la kat sini. Apa lagi nak buat. Nak bersantai dalam kapal, tu bukan saya punya ok. Hehehe...
Tiket Cable Car = RM 15.00
Aku nie dalam ati dok fikir lah. Alah, aku dah naik 2 kali. Apa ada hal. Tapi tak sangka, makin aku tua, aku makin gayat. Hahaha... Mak aku steady jek. Caya lah mak. Kat atas sejuk. Pemandangan pun memang best.
Tiket Galeri Perdana = RM 3.00 / Kamera = RM 2.00
Macam-macam hadiah yang Tun Mahathir dapat ada dalam nie. Dari yang sekecik-kecik ke sebesar-besarnya. Lukisan pun cantik, nampak 'idup'.
Lampu tu memang serius lawa . Rasa macam nak cilok bawak balik. Tak dapat pegang, dapat amik gambar pun jadilah. Sebab aku memang suka bergambar. Sorang-sorang pun jadi...;)
Hari berikutnya pulak, pagi tu abang sepupu aku pegi pusing pulau dengan wife dia. Aku dengan yang lain malas nak ikut. So, kitaorang berjalan pegi Beras Terbakar yang dekat dengan umah Cik Lan jer. Kali nie memang masuk sampai tapak beras terbakar tu lah. Bukan nak tengok beras, tapi sibuk membeli belah.
Pas abang sepupu aku balik, pas makan tengahari, kitaorang gerak pegi Underwaterworld. Budak-budak, kan dah jadi tempat wajib tuk diaorang pegi.
Tiket Underwaterworld = RM 28.00
Siapa yang sukakan suasana dalam air, bolehlah menjelajah seluruh UW nie. Yang kecik, yang besar, yang gemuk, yang kurus, yang comel, yang pelik, suma ada.
Kami dikelilingi dengan 'mereka' semua...:)
Ops! Tak lupa. Pas dari Underwaterworld nie, kitaorang pegi Ismail Group nak soping coklat pulak. Tapi masa nak kuar Underwaterworld nie, ternampak harga coklat Daim memang murah. Apa lagi, abis borong Daim jer kat sini. Kalau aku tak silap la, kat sini rega dia RM 12.90, tapi kalau kat Pekan Kuah tu dalam RM 19.90. Aku pun ingat-ingat lupalah. Tapi memang lagi murah lah.
Hari last, naik feri pukul 8.30 ke Kuala Perlis sebab makcik aku nak singgah umah anak angkat dia, Abang Zubir kat Arau. Planning pun nak pegi Padang Besar.
Tiket feri Langkawi - Kuala Perlis = RM 17.00
Goodbye Langkawi, welcome Padang Besar.
Nampak sawah padi, apa lagi. Memang gediklah nak amik gambar jugak. Eh! Aku yang gedik tau. Bukan mak aku ngan Cik Masiah. Hehehe.... Yang budak comel 2 orang tu anak buah Abang Zubir.
Tiket Kuala Kedah - Kluang = RM 50.++
Gerak balik dari Kuala Kedah dalam pukul 10 malam. Selamat sampai ke Kluang lebih kurang 7 pagi esoknya. Alhamdulilah. Semuanya selamat pergi dan selamat pulang. Insyaallah kalau ada rezeki lain, mungkin aku akan bawak mak aku datang sini lagi. Tapi kalau boleh biarlah naik flight sebab kesian mak aku, Cik Masiah dengan makcik aku kaki sampai bengkak-bengkak. Duduk dalam bas dengan kaki tergantung, surelah bengkak. Lagipun senang kalau nak mengangkut barang. Jenuh jugak aku nak bawak naik beg yang penuh dengan cawan, pinggan, barang soping, coklat naik dalam feri.Yang penting, mak aku dapat beli barang yang dia berkenan walaupun bukan semua. Tu yang penting. Berat tak berat belakang cerita....:)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan