Hello hai..:)
Hobi aku memang suka baca novel. Sampai aku sanggup tak tido semata-mata sebab tak sabar nak tau jugak apa kesudahan cerita tu. Aku rasa sekarang nie dah lebih 100 buah novel dalam simpanan aku. Tapi kebanyakkan buku yang aku ada semua keluaran Alaf21 la. Maybe sebab dah biasa kan. Cuma sejak aku 'menyibukkan' diri kat http://www.cari.com.my/, aku terjebak jugak dengan Jemari Seni, Buku Prima, Kaki Novel, NB Kara & SR (Siti Rosmizah). Dan semua novel yang aku baca hanyalah berbahasa melayu sahaja. Takut kalau aku baca english novel, mau bertaun nak abis. Bukanla nak kata tak tau langsung berbahasa inggeris nie. Cuma idaklah expert gila. Tapi ingat taun nie, nak jugak try 1/2 english novel. Takper, bak kata orang bijak pandai, tak cuba tak tau kan. Usaha tangga ke arah memahirkan my english language...;)
Salah satu motip aku bukak blog nie sebab aku rasa macam teruja nak buat short review pasal novel yang aku baca. Dalam masa yang sama, bagus jugak sebab kalau aku lupa jalan cerita, aku still boleh refer dalam nie. Tapi bukanlah aku nak buat ulasan novel-novel yang dah lebih 100 buah tu. Yang mana aku baca sejak blog nie wujud, itulah yang aku buat review. Paling kurang dapat jugak kongsi dengan korang yang sama minat dengan aku kan. So, benda yang sikit tak salah kita nak kongsi sama-sama. Aku happy, korang pun sure happy jugak...:)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan