Memaparkan catatan dengan label Karya Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karya Seni. Papar semua catatan

Ahad, 5 Januari 2014

YANG MANIS - MARISSA

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 19.00
Picture taken from : Forum Cari.Com

Pelanggaran kecil berlaku antara Iman dan Raees beri persepsi yang berbeza antara kedua-duanya. Pada Iman, hatinya tersentuh sehingga menitiskan airmata melihat beg, pakaian dan bekalan makanan Raees yang terjatuh akibat pelanggaran mereka. Sudah tentu Raees datangnya dari kampung dan mungkin juga makanan yang terjatuh itu adalah makanan terakhir Raees. Rasa bersalah buat Iman sering memikirkan tentang Raees.

Mereka dipertemukan kembali bilamana Raees rupa-rupanya adalah pekerja papa Iman. Iman yang dikerah untuk bekerja jika inginkan wang saku, pada mulanya langsung tidak berminat berubah menjadi bersemangat bila tahu Raees ada di situ. Sikap Raees yang sering melayannya dengan baik, yang sering menegurnya dengan kata-kata yang elok, buat Iman membuat keputusan untuk memikat Raees. Walaupun dilabelkan tidak elok oleh kawan baiknya, namun Iman tetap teruskan juga apa yang dihajati.


Raees tahu Iman orangnya seperti mana. Jujur, lurus dan berfesyen bermake up seperti Lady Gaga. Senang cerita semuanya mengikut peredaran masa. Walaupun rakan sekerja mengatakan Iman gadis yang gedik, pelik tapi bagi Raees sikap itu unik pada penilaian dirinya. Lagipun Iman tidak sombong. Tidak salah sekiranya Iman dijadikan salah seorang senarai kawan dalam hidup Raees. Perubahan demi perubahan dalam diri Iman buat Raees semakin sayang pada gadis itu.


Bila pertunangan Tengku Badrul, sepupu Iman putus, Iman pula diminta menjadi pengganti pengantin perempuan memandangkan tarikh perkahwinan telah hampir tiba. Papa, mama dan abang Iman berusaha supaya Iman tidak dijadikan galang ganti. Bila terdesak, Iman dicari. Bila bahagia, Iman dilayan seperti orang yang tidak ada perasaan. Humairah, ustazah yang sering berusaha untuk mendapatkan Raees buat keadaan makin berserabut. Ditambah lagi dengan Bahiyah yang memang dari dahulu tidak sukakan Iman.  Tapi kalau dah namanya jodoh, datang apa pun, pasti itulah jodoh mereka.

 
Novel nie pada aku sweet, sama macam tajuk. Yang manis. Jalan cerita memang manis-manis jer aku rasa baik pada Iman, ataupun pada Raees. Santailah senang cerita. Kalau korang nak carik part yang mencabar kewibawaan, tak ada kot pada aku. Sebabnya apa jadi, then settle dengan cepat. Part-part orang yang menyakitkan ati tu tetap ada. Takkan jalan cerita nak manis sampai abis kan. Hehehehe.... Pada aku ok, manis. Cuma ada part aku rasa dalam ati nie, 'eh! nie buku ketiga ok'. Faham tak maksud aku tu? Tapi apa-apa pun, Yang Manis tetap buat aku tersenyum walau aku rasa senyuman tu tetiba mati sekejap, then datang balik :)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa ♥ 
 

Selasa, 17 September 2013

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA - EMAN SUFI

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 24.00

Ini kisah rasa cinta Mastura pada Jebat, pekerja abang iparnya, Uwais. Pada mata Mastura, ada sesuatu yang menarik pada Jebat. Walaupun dia tidak mendapat layanan yang baik daripada Jebat, namun alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke penghujungnya. Sekali hati dah terpaut, apa pun cabaran sanggup diredah.

Jebat, lelaki yang ingin berubah ke arah kebaikan daripada sejarah silamnya. Siapa sangka, lelaki yang mempunyai parut dimata itu rupa-rupanya adalah orang yang sebelum ini terlibat dalam kumpulan kongsi gelap. Lelaki yang telah melakukan bermacam-macam kesalahan. Perempuan silih berganti ibarat baju.

Walaupun sering mengelak daripada Mastura, namun lama-kelamaan, terbit rasa sayang dalam diri Jebat. Dengan kedegilan Mastura, wujudnya bakal pengantin lelaki Mastura, Ary, kehadiran Airen, sepupu Jebat dan tentangan Tan Sri buat cinta mereka akhirnya bersatu dengan rahsia yang masih Jebat sembunyikan daripada Mastura. Rahsia sudah didedahkan, Mastura tidak boleh menerima. Bila keadaan membuatkan Mastura kembali kepada Jebat, Hannah, kakak Mastura pula mencari jalan untuk menjauhkan mereka. Konflik makin bertambah bila akhirnya Jebat ditembak oleh Airen, perempuan yang masih tidak dapat menerima kenyataan Jebat bukan lagi miliknya.

Macam biasa. Aku suka semua cerita E-man Sufi. Dalam novel nie, korang akan jumpa watak-watak dari Suami Yang Kubenci dan Hikayat Si Pematah Hati. Jalan cerita pada aku ok. Tak rasa macam nak skip pun even tergeliat lidah nie sebab ada bahasa lain dalam nie (mandarin kot). Sebab Jebat nie kaum kerabat belah ayah dia adalah Cina. Tu yang terlibat dengan kongsi gelap segala. Makcik Sari macam biasa. Tetap memainkan peranan dia yang boleh buat aku tersenyum. 3 buku walaupun ada watak yang sama, ceritanya tetap berbeza. Masing-masing ada kelebihannya sendiri. So, E-man. Tahniah. Moga akan dapat hasilkan lagi novel yang akan buat aku jatuh cinta
:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa ♥ 

Jumaat, 8 Jun 2012

SUAMI YANG KUBENCI - EMAN SUFI

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 20.00/544 mukasurat

Uwais Ukasyah dan Hannah Maryam disatukan dengan hanya 1 sebab. Kerana Tan Sri Idris @ tuk ayah Hannah. Hannah terpaksa mendengar kata tuk ayah untuk menerima Uwais berikutan tunangnya, Tengku Muiz telah ditangkap khalwat seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Hannah perlu mengikut arahan tuk ayah atau jawatan CEO akan diserahkan pada cucunya yang lain. Uwais pula menerima Hannah kerana terhutang budi dengan tuk ayah yang telah membantunya menyelesaikan semua hutang-hutangnya. 

Sebelum mereka disatukan, Hannah terlebih dahulu telah mengenali Uwais. Bezanya perkenalan mereka semuanya tidak bermula dengan baik. Uwais terlibat dengan kemalangan kecil bilamana motosikal yang ditunggang bersama adiknya terbabas gara-gara sikap Hannah yang memandu agak laju. Langsung tiada kata maaf dari Hannah atas kecuaiannya itu. Pertemuan kedua semasa Hannah dan adiknya, Mastura datang ke gerai burger Uwais. Misi Mastura hanya untuk meminta kakaknya meminta maaf pada Uwais atas apa yang telah terjadi. Namun lain pula yang berlaku bila mereka sekali lagi bertengkar bila mayonis dipercikkan pada muka Hannah dan Hannah pula melenyek burger ke muka Uwais. 2 pertemuan yang memang akan menimbulkan rasa benci dalam siri masing-masing.

Berada di dalam bilik yang sama kerana kedatangan Sarimah, ibu Uwais ke rumah mereka, berpura-pura kelihatan sebagai pasangan suami isteri yang mesra dan bergurau senda walaupun hanya lakonan, akhirnya membuatkan Hannah sedar yang dia telah jatuh cinta. Jatuh cinta pada suaminya sendiri. Tetapi hakikat yang nyata tidak mahu diakui. Bila bertemu dengan Batrisya, perempuan yang ingin dijodohkan dengan Uwais, perasaan cemburu mula timbul. Rasa itu semakin kuat bilamana Uwais dapat bekerja sebagai guru sambilan di sekolah yang sama dengan Batrisya. Hannah mula memikirkan jalan yang harus diambil untuk menjauhkan Uwais dari Batrisya. Kedatangan Fawaz, abang sepupu Hannah mula menimbulkan rasa cemburu pula dalam diri Uwais. Siapa tak marah bila depan matanya, Fawaz dengan selamba memeluk isterinya. Uwais cemburukan Fawaz, Hannah cemburukan Batrisya. Macam-macam kerenah, masam muka, bergaduh semuanya membawa pengakhiran yang baik. Dalam meniti kebahagiaan, mereka didatangi dugaan bila kehilangan insan tersayang. Dan kerana lintah, pertemuan antara Fawaz dan Batrisya membawa mereka ke alam perkahwinan. Bagaimana boleh terjadi? Siapa pula insan tersayang yang telah meninggalkan Uwais dan Hannah? Jangan lupa dapatkan novel ini untuk dijadikan koleksi :)

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan jalan cerita dalam novel nie. Ada kelakarnya, sedihnya. Walaupun tak banyak konflik yang agak mencabar berlaku, tapi masih membuatkan cerita nie seronok untuk dibaca. Karektor Sarimah memang akan buat korang tergelak. Pergaduhan Uwais dan Hannah, perpisahan Uwais dan Hannah, pasti akan mencuit hati. Jujurnya aku suka novel nie. Agak santai untuk dibaca. Bahasa tak memeningkan. Situasi dalam cerita nie pun buat kita faham sejelas-jelasnya. So, kalau korang jenis sukakan buku yang agak santai, kelakar, konflik sikit-sikit, aku rasa Suami Yang Kubenci nie sangat-sangatlah aku cadangkan. Tak rugi wooooooo. Hehehe... Selamat bertemu dengan Uwais, Hannah, Sarimah, Fawaz dan Batrisya kawan-kawan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥ 
 

Rabu, 18 April 2012

LOVE YOU MR. ARROGANT - ALIESHA KIRANA

Terbitan : Karya Seni

Nie aku tak boleh nak buat ulasan. Sebabnya aku tak habis baca!!! Kalau siapa yang dah baca, sure akan cakap jalan cerita lebih kurang macam Bicara Hati. Langgar kereta, tak boleh nak bayar, so kenalah kahwin. Aku cuba jugak nak habiskan, tapi memanglah tak boleh. Rasa macam terseksa pun ada. Babak sedih, tak rasa. Happy, pun tak rasa. Romantik? Samalah jugak. Pelik jugaklah aku rasa kenapa aku tak boleh nak 'jatuh cinta' dengan novel nie. Sebab novel ini antara novel top seller yang dapat perhatian ramai. Mungkin citarasa aku dengan jalan cerita nie tak boleh nak ngam kot. Tu yang baca pun tak habis. Hehehe...

So, takder ulasanlah pasal novel nie sebab walapun aku tahu happy ending tapi jalan cerita, tak tau apa terjadi. Baru separuh dah tutup, manalah nak tau Cik D. Hehehe... Mungkin korang akan suka dengan novel nie. Citarasa masing-masing kan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

Rabu, 22 Februari 2012

JAUH DARI CINTA - ADAH HAMIDAH

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 21.00/636 mukasurat

Cinta Nysa Sakinah pernah ditolak oleh Farish Aqil semasa mereka di universiti. Pada Farish, walaupun saat itu dia merasakan tenang dan bahagia disamping Nysa tetapi dia cuba menidakkan kebenaran itu. Semuanya kerana Sara Lilyana lebih dahulu berada di dalam hatinya. Setelah mereka meninggalkan dunia pengajian, mereka dipertemukan kembali atas ikatan yang ditentukan oleh orang tua mereka.

Pada mulanya berat hati Nysa untuk menerima Farish. Sekali cintanya ditolak, dia tidak mahu lagi berdepan dengan rasa sakit itu. Namun kerana sikap Farish yang tidak berputus asa dan rasa cinta yang masih ada, Nysa akhirnya terikat sebagai tunangan Farish. Kesibukkan Farish dan keputusan menundakan tarikh perkahwinan mereka pada mulanya Nysa terima kerana merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Bila keadaan menjadi semakin rumit dengan campur tangan dari ayahnya, Nysa membuat keputusan nekad meminta Farish memutuskan pertunangan mereka. Tidak sanggup lagi rasanya bila Nysa merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk ikatan itu sedangkan Farish sering mengelak. Tiada apa yang mampu diubah bila Farish sendiri menyerahkan kad perkahwinan yang jelas tertera namanya dan Farish.

Masih tidak mahu mengalah, menjelang perkahwinan mereka, Nysa merayu pada Farish supaya tidak hadir pada majlis itu nanti. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kebahagiaan Farish bila Nysa sedar yang cinta dan sayang Farish masih lagi pada Lily. Walaupun rayuannya tidak dilayan oleh Farish, tetapi dia masih mahu meneruskan misinya untuk mencari kembali Lily. Untuk mengembalikan Lily dalam hidup suaminya. Kebahagiaan Farish lagi bermakna dari rasa hatinya sendiri. Apalah guna ikatan perkahwinan itu jika Farish menganggapnya hanya sebagai adik dan bukan seorang isteri. Berpura-pura gembira bila berhadapan dengan Farish bukanlah senang. Tetapi itu yang perlu dilakukan untuk Farish selesa berada di sampingnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana Lily dan usaha itu berhasil bila Lily sendiri muncul untuk kembali semula pada Farish. Tahu yang rancangannya telah selesai, Nysa pergi membawa diri bersama cinta pada Farish yang tidak pernah padam dalam hatinya.

'Yang terbaik dalam hidup Nysa bila lihat kebahagiaan Abang Farish.'

Recommended dari kakak opis aku. Katanya novel nie dia tahu dari Penulisan2u dan dipendekkan cerita, novel nie best. Aku paling pantang kalau orang kata novel tu best, menarik, terbaik. Memang tak sampai baper hari, aku akan carik sampai dapat. Hehehe... Jalan cerita menarik. Kira lain sikit dari novel yang aku pernah baca sebelum nie. Rasanya 1st novel kot yang aku baca cerita situasi macam nie. Adik angkat kawin dengan abang angkat. Tapi abang angkat tak boleh nak terima. Buat keputusan untuk bahagiakan abang angkat. Dan ayat 'Nysa kawin bukan untuk diceraikan' memang aku tak boleh lupa. Yerlah kan. Dalam dunia realiti pun siapa nakkan perpisahan. Tapi semua yang tertulis tak ada saper boleh halang. Selamat membaca..;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da...

♥ IaNda diaNa ♥