Jumaat, 20 April 2012

SELERA SENIBONG SEAFOOD - JOHOR BAHRU

Hello Hai...:)

Topik pasal makan lagi. Nak buat macam mana. Aku memang suka makan. Tengok jerlah saiz badan yang semakin membesar bagai juara. Ok, citer pasal tempat makan dekat Senibong nie, aku rasa ramai dah tau kan. So, aku tepeklah sikit gambar time aku pergi hari tu. Walaupun aku nie adalah penduduk Johor Bahru dan boleh dikatakan Senibong tu tak jauh, tapi boleh dikira dengan jari tanganlah baper kali sangat aku ke sana. Rasa teringin sangat-sangat, baru pergi. Dan jugak kalau ader tetamu luar yang datang. Contoh macam kakak aku dari KL datang. Tapi kena tengok jugak yer masanya. Ada satu masa tu aku pergi, orang ramai sangat. Kebetulan masa tu ada cuti panjang. Tak sangkalah sampai ramai macam tu. Last-last, kitaorang balik. Tak jadi makan kat situ. Taknaklah citer panjang-panjang. Penat! Hahaha... Jom, layan gambar yang tak seberapa nie. Buat tatapan jamu mata korang semua ;)



Nie siput gonggong. Aku suka! Masak cili macam nie kan. Memang best. Aku tak tau pun akan kewujudan siput gonggong nie. Ntah macam maner member opis aku selalu cerita asal dia balik kampung (Belungkor) selalu dapat siput nie banyak. Rebuslah, itulah, inilah. Tu yang buat napsu nak rasa tersangatlah tinggi. Bila pergi Senibong nie, ada. Apa lagi, siap tanya tukang jual tu siput nie sedap masak apa. Bila sekali makan sedap, lepas tu datang memang nie antara order yang wajib.



Tak ingat samada nie kerapu atau siakap. Teruk betul perempuan nie. Ikan pun ko tak tau heh. Alah, aku bukan tak tau. Cuma aku tak sure time tu aku makan ikan apa ;) Order 2 ikan. Masak sweet sour ngan stim limau. Tapi gambarnya 1 jer ok. Sedap ker tak? Of courselah sedap kan. Ikan pun garing. Kuah pun terasa. Stim limau pun sedap.



Sotong goreng tepung. Kalau kat sesetengah tempat, makan sikit kita akan rasa muak. Maybe sebab tepung terlalu tebal atau berminyak sangat kan. Tapi yang nie aku suka. Tambah pulak dengan sos thai dia yang memang umphhhh!!! Rangup, kurang berminyak dan sedap. Time memilih tu mungkin rasa macam sikit sangat sotong yang aku ambik. Tapi bila dah siap goreng, ambik ko. Makanlah puas-puas yek.



Udang goreng tepung. Tidaklah aku suka sangat. Ok, boleh tahan. Tapi aku lagi suka sotong dari udang kot. Kalau makan udang nie pun, aku kopek kepala, buang kulit semua, makan isi jek. Maybe sebab macam tak berapa nak best kot bila goreng macam tu. Kalau masak sambal ker, berkuah-kuah ker, sure kepala, kulit semua aku telan. Sebab aku adalah peminat udang yang utama :)

Kat situ memang banyak kedai makan. Yang masuk Jalan-Jalan Cari Makan pun ada. Tapi aku lagi suka pergi kedai yang pertama sekali. SSS nie lah. Lepas kedai makan Nasi Lemak, kita akan jumpa kedai nie dulu. Dari dulu sampai sekarang, memang nielah kedai yang aku tuju walaupun kat situ banyak kedai lain. Dah serasi dengan masakan kat situ kot. So, kalau sesiapa datang JB, bolehlah singgah makan kat Senibong. Harga memanglah boleh tahan. Nama pun seafood kan. Tapi macam aku, kalau harga sepadan dengan kualiti makanan, berbaloi sangat-sangat.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Rabu, 18 April 2012

LOVE YOU MR. ARROGANT - ALIESHA KIRANA

Terbitan : Karya Seni

Nie aku tak boleh nak buat ulasan. Sebabnya aku tak habis baca!!! Kalau siapa yang dah baca, sure akan cakap jalan cerita lebih kurang macam Bicara Hati. Langgar kereta, tak boleh nak bayar, so kenalah kahwin. Aku cuba jugak nak habiskan, tapi memanglah tak boleh. Rasa macam terseksa pun ada. Babak sedih, tak rasa. Happy, pun tak rasa. Romantik? Samalah jugak. Pelik jugaklah aku rasa kenapa aku tak boleh nak 'jatuh cinta' dengan novel nie. Sebab novel ini antara novel top seller yang dapat perhatian ramai. Mungkin citarasa aku dengan jalan cerita nie tak boleh nak ngam kot. Tu yang baca pun tak habis. Hehehe...

So, takder ulasanlah pasal novel nie sebab walapun aku tahu happy ending tapi jalan cerita, tak tau apa terjadi. Baru separuh dah tutup, manalah nak tau Cik D. Hehehe... Mungkin korang akan suka dengan novel nie. Citarasa masing-masing kan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Selasa, 17 April 2012

JULA JULI BINTANG TUJUH - ADILEAH

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/453 mukasurat

Kisah mereka yang bekerja di Istana Seri Gemilang. 

Ilham, Ketua Pengarah Kediaman Aris merangkap pembantu peribadi serta kawan baik pada Tengku Aris, bakal Raja Muda. Sikapnya yang dingin dan tegas memang sering menjadi bual bicara semua pekerja di Kediaman Aris. Tapi semuanya kerana perginya Orked dalam hidup Ilham. Walaupun 3 tahun Orked telah pergi, namun bagi Ilham, wanita itu masih tetap kemas berada dalam hatinya.

Suria, dayang istana yang datang dari Cameron Highlands bagi mencapai tujuannya untuk merasa sendiri bagaimana kehidupan di istana. Penyakit gagap yang dihadapi olehnya bukanlah perkara yang agak serius, tetapi bila berada dalam kedaan terkejut dan kelam kabut, dia sendiri tidak mampu untuk mengawal perasaan gagapnya. 

Munculnya Suria membuka buku baru Ilham-Suria dan tertutupnya kisah Ilham-Orked. Bagi Ilham, Suria lain daripada wanita yang dikenali selama ini selain Orked kerana Suria sentiasa menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura. Kematian ayah dan ibu Suria akibat perbuatan khianat menyebabkan Suria diburu oleh mereka yang ingin mendapatkan sesuatu yang berharga yang ada padanya. Apa dan kenapa Suria sendiri tidak tahu sebabnya. Ilham yang merasakan Suria berada dalam keadaan bahaya, sering menjadi pelindung kerana bagi Ilham, Suria yang telah bertakhta dalam dirinya adalah tanggungjawabnya dan dia perlu memastikan apa sahaja bahaya yang datang, Suria perlu dilindungi.

Siapa sangka bila orang yang paling Suria percaya selama ini adalah orang yang telah membunuh ibu dan ayahnya. Kerana tamak, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Ilham pula terus menyatakan isi hatinya yang selama ini mencintai Suria. Suria juga mempunyai rasa yang sama tetapi dia ada impiannya sendiri yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Tempoh 12 bulan, janji antara Ilham dan Suria untuk meneruskan cinta mereka menjadi tanda tanya bila pertemuaan mereka semula menyebabkan Suria tahu yang Ilham akan berkahwin lagi 2 bulan. Dengan siapa Ilham akan berkahwin? Kenapa Ilham mungkir janji? Suria atau Ilham yang bersalah? Semua ada dalam Jula Juli Bintang Tujuh :)

Novel pertama Adileah yang aku baca. Secara jujurnya, aku boleh ikut jalan cerita, watak dan suasana yang ada dalam novel nie. Dan buat aku teruja untuk ke Cameron Highlands sebab nak rasa sendiri macam mana damainya Suria bila dia berada di sana. Cuma sikit dari komen daripada aku, walaupun cerita nie ada gembiranya, ada sedihnya, ada keadaan mendebarkan, rasa tu macam tak sampai dalam hati aku. Bukanlah kata aku nie nak feel gila-gila kan. Nama pun pendapat aku. So, tu lah yang aku rasa. Ada rasa tu, tapi macam tak sampai pada hati aku. Tapi, tapi, tapi. Aku tetap dapat abiskan ok. Maknanya aku masih boleh layan cerita Adileah nie. 

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa 

Jumaat, 13 April 2012

10 BLOG PILIHAN

Hello Hai...:)
 
Lama rasanya aku tak update review pasal novel. Macam mana nak buat ulasan kalau baca pun tak. Huhuhu... Aku rasa ada lebih 5 buah novel yang aku tak baca lagi. Pastu hujung bulan nie berangan nak ke Pesta Buku pulak. Yang ada tak terbaca, nak beli lagi. Aduhai!! Sangat malas ini budak :) Tapi bukan nak kata apa. Kebelakangan nie memang aku rasa malas nak membaca. Mood tiada. Kosong!!! Emmmm... Nantilah. Insyaallah aku cuba habiskan pelan-pelan yer. Insyaallah :)
 
Ok. Hari nie aku nak cerita sikit pada korang 10 blog yang boleh dikatakan hari-hari aku akan bukak dan akan baca andai si blogger tu ada update cerita terbaru diaorang. Kalau ikut dalam list pebret aku memang banyak, tapi ini antara 10 yang memang aku suka dari dulu sampai sekarang. Sebab apa aku suka baca blog diaorang? Jom, aku terus terang dengan korang. Hehehe....



Fatin Liyana - Aku suka baca blog dia nie sebab apa? Ayat dia sempoi, selamba. Tak pernah lah jumpa FL nie, tapi bila aku tengok dia dekat Safiyya hari tu, rasanya die nie maybe seorang yang peramah. Bakal doktor yang cute. Hopefully boleh jumpa dia kot 1 hari nanti. Nak ker dik jumpa akak yang 10 kali cute dari awak nie? Hehehe... Tahniah Fatin sebab baru dapat award. Memang layak akak rasa ;)



Hanis Zalikha - Dia nie aku rasa ramai yang dah kenal kot. Muda lagi. First time aku baca blog dia, aku ingat dia nie macam dah baya-baya aku. Lebih kuranglah. Tapi tak sangka dia masih adik lagi. Lagi muda dari adik aku yang bongsu ;) Baca blog dia nie pun best. Banyak info + gambar-gambar yang sangat cantik. No wonderlah nama dia tersenarai dalam carian terbanyak kat google kan :)



Ernie Khairina - Aku mula kenal blog nie sebab aku like page jual pashmina dia kat FB. Penggemar pink kaler ok dia nie. Sampai blog and tulisan pun kaler pink :) Sekarang Ernie duduk kat UK sebab ikut husband dia sambung belajar. Aku tak kenal dia, tapi aku happy sebab dia akan balas apa jugak yang aku comment dan tanya dekat blog dia. Gambar-gambar yang dia post pun cantik, besar, penuh. Puas tengok. Walaupun tak pernah sampai saner dan tak tau tahun bila nak sampai, aku tetap rasa seolah-olah aku ada kat sebelah dia. Boleh macam tu? ;)



Fatin Suhana - Lagi seorang Fatin. Fatin Suhana nie hobi dia memasak. Bila dia post gambar makanan yang dia sendiri masak, aku sangat jealous ok. Sebab dia terror bab masak nie. Hehehe... Aku bukanlah tak pandai, tapi tidaklah seexpert dia :) Nanti FS buatkanlah akak kek yang sedap-sedap ok. Gaya bercakap, macamlah FS nie baca blog aku nie. Sangatlah drama ok. Hahaha....



Nurul Badiah Lai - Bakal peguam. Ker dah jadi peguam. Aku pun tak pasti. Hehehe... Baca blog Nurul nie seronok jugak. Sebab cara dia bercerita macam apa yang kita lalui setiap hari. Ayat pun sempoi. Sebab tu aku suka terjah semua blog-blog nie ;)



Azim Ashaary - Ok. Kalau yang atas-atas tu semua blog personal, yang nie pun sama jugak. Cuma bezanya Azim nie banyak sangat aktiviti dia. Yang utama adalah cerita melancong dengan makan-makan. Aku jumpa blog nie sebab aku nak carik info pasal Hong Kong. Dan aku sangat suka tengok semua gambar-gambar dia. Cantik :)



John - Lagi satu blog yang cerita pasal melancong. Aku kenal dia dekat forum Cari.Com. Pun sebab nak dapatkan info pasal Hong Kong. Dah apahal pulak sibuk carik pasal HK nie kan? Hehehe... Biasalah. Perancangan untuk melancong jugak. Insyaallah :) Sama macam Azim, semua gambar-gambar dia memang menarik perhatian aku. Kalau nak tau, header aku nie, dialah yang tolong ajar. Mekasih John :)



AHC - Perempuan. Biasalah, bab-bab menghabiskan duit nie jatuh nombor 1 :) Blog tudung yang aku suka. Tapi bukan semua yang AHC jual aku beli. Tengok pada keperluan aku. Yang mana memang aku nak, aku beli. Tapi ada masa sikap aku berubah. Beli, tapi tak pakai. Semuanya sebab tergoda tengok owner AHC yang cantik nie :)


  
Radiusite - Blog yang aku rasa ramai sangat yang dah kenal. Perempuan-perempuan lah kot. Sebabnya kalau dia upload gambar pukul 11.00, sure ko tengok balik kul 11.30, mesti semua dah sold out. Untung betul budak nie. Betullah, dia budak lagi ok. Muda lagi. baru 24/25 tahun rasanya. Tapi dah berjaya. Rezeki dia kan. Tahniah Ika :)



- Nie pulak blog makeup. Sangat suka tengok blog nie sebab semua solekan yang V buat memang menjadi. Nampak banyak sangat perbezaan sebelum dan selepas muka orang yang disolek. Kalau nak tau, AHC dengan Radiusite pun ambik V untuk makeupkan model diaorang. Aku tau pun sebab tiap kali ader update, sure nama blog V nie pun akan naik sama. Dia nie ada buat makeup class jugak. Terasa nak joint tahun nie. Insyaallah kalau kena dengan masanya. Aku kalau bab-bab bersolek nie memang suka. Walaupun aku bukanlah suka sangat bersolek, kurang-kurang kalau belajar, boleh praktikkan kat muka orang lain kan.

So, semua nie adalah antara blog yang memang aku suka sangat baca. Diaorang pun bukanlah macam aku update hari-hari kan. Ker aku jer yang malas nak update blog? Hehehe... Bila kita seronok baca blog seseorang, kita sentiasa akan 'follow' mereka. Itulah yang aku buat :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa
 

Rabu, 11 April 2012

SELAMAT HARI LAHIR PN ZALEHA

Selamat Hari Lahir untuk mak tersayang - Pn Zaleha Abu Naim. Semoga mak dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, sihat selalu dan bahagia dengan anak, menantu dan cucu semua. Amin :)


Small gift from us. Always love you mak ;)
 

Selasa, 10 April 2012

BALIK KAMPUNG LAGI

Hello Hai...:)

Kan sebelum nie aku cakap nak balik kampung lagi kan? Yer!!! Minggu sudah aku balik lagi. Bezanya waktu nak balik tu, planning tengahari dah sampai tapi lain pulak yang jadi. Pukul 9.00 pagi, time adik aku nak pergi kerja, aku relax-relax dulu tengok tv. Dalam hati, takperlah. Jap lagi pukul 9.30 aku siaplah. Telan panadol 2 biji dulu sebab tekak aku rasa tak sedap. Badan pun macam lemau. Sekali tak sangka aku tertidur, sedar-sedar tengok jam dah pukul 1.00 tengahari. Ya Allah!!!! Biar betul. Kalau ikut perancangan, waktu macam nie, aku dah sampai Kluang dah. Dah janji pulak dengan kawan-kawan aku nak keluar lepas Zuhur. Kalau aku kat JB lagi, apa cerita kan? ;)

Bila dah terlambat nie, taknaklah kelam kabut. Sebab perjalanan aku jauh lagi. Kalau terkejar-kejar, sure adalah barang tertinggal + saya masih sayang diri saya :) Sms semua bagitahu aku baru nak gerak. So, waktu jumpa dianjakkan ke pukul 3.00 lebih/4.00 petang. On the way balik Kluang, banyak jugak kereta kat highway. Cuaca agak panaslah hari tu. Alhamdulilah, lebih kurang hampir pukul 3.00 petang, aku selamat sampai kat rumah mak. Duduk kejap, borak dengan mak, nenek, terus siap nak keluar. Cepat keluar, cepat balik. Perempuan tak berapa elok kalau balik malam-malam. Setuju kan? Hehehe....

Orait. Fikir punya fikir nak makan kat mana, akhirnya Barneys kitaorang tuju. Aku pun tak sure Barneys nie ada tak kat tempat lain atau tak sebab nie kira first time aku makan kat sini. Serius ok! Kalau kawan-kawan aku nie dah banyak kali jugak la. Kesimpulan yang boleh aku buat bila makan kat sini, oklah kot. Tapi mungkin bukan tempat pebret aku. Hahaha... Kebetulan time kitaorang makan kat situ, ader 1 group buat small celebration. Tak taulah apa yang diaorang celebrate tu. Cumanya bising gila!!!! Aduh. Pening-pening. Kitaorang buat sadin jerlah. Bising belakang cerita, makan, borak-borak tetap jalan :D 


 Decoration yang aku rasa agak cute.


 2 Apple Assamboi, 1 Carrot Susu & 1 Lime Juice. Ok :)


Dessert : Keladi flavour + aiskrim. Aku suka :)


Brownies aiskrim. Aku jamah sikit jer sebab geram dengan coklat yang melimpah-limpah tu ;p


Chunky Chicken : Nie aku yang order. Emmmm... Komen? Bukan pebret aku rasanya. Kuah sos tu macam tak kena dengan tekak. Alahai! Ini budak. Banyak cerewet. Hahaha....


Mimie punya pilihan. Aku rasa sikitlah ikan tu. Oklah. 


Feaza punya pilihan pulak. Ikan jugak sebab makcik nie tak makan ayam. Makanan larangan dia :)


Chicken Chop : Nie biasalah. Makanan pilihan Olyn. Pergi mana-mana, sure pesan chicken chop. Aku tak rasa pun, tapi aku tengok habis, maknanya sedaplah kot.


Sebelah aku, Mimie. Yang depan free hair Olynn, pakai tudung Feaza. Kawan aku sejak aku umur 7 tahun :)






Muka-muka yang gembira tak hingat sebab kekenyangan. Memang seronoklah dapat jumpa berempat petang Sabtu tu. Bukan senang. Maklumlah, Mimie ngan Feaza dah ada 'beg tangan' @ anak, nak bergerak kemana-mana agak terbataslah kan. Jadinya bila dapat peluang macam nie, tu yang selamba tak agak-agak ambik gambar tepi jalan. Insyaallah, ada rezeki, boleh jumpa lagi.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie. 

Da....

♥ IaNda diaNa

Selasa, 3 April 2012

BALIK KAMPUNG DAN TENGOK WAYANG

Hello Hai...:)

Minggu lepas balik kampung. Tapi kejap jerlah. Sabtu pukul 10 pagi gerak dari JB, balik JB semula hari Ahad pukul 12 tengahari. Sangat sekejap ok. Tapi takperlah. Sebab minggu nie aku balik lagi. Yehhhhh!!!!


Sepanjang perjalanan balik ke Kluang memang hujan. Rasanya aku terjaga dalam pukul 3 pagi memang dah hujan. So, kena drive hati-hati. Biar lambat, asal selamat :)


Time hujan macam nie, surelah lapar kan. Beli kuih time keluar pergi bandar kejap dengan mak. Ada popia basah (sedap!) dan karipap (inti telur + kentang = best!) 


Bila dah balik kampung, macam-macamlah yang mak masak. Nasi lemak nie buat sarapan pagi Ahad. Siap ada bekal lagi untuk aku. Macam tu lah mak. Asal anak-anak balik, gerenti ada jer bekal. Untung-untung ;) Ayam goreng, sambal sotong, telur rebus, timun, kacang, ikan bilis. Nampak tak pisang tu? Hah! Yang tu menu untuk nenek aku. Pebret dia makanan yang berebus-rebus nie. Kentang, keledek, keladi. Kitaorang memang tak makan lah. Tu yang kalau mak rebus, ngam-ngam untuk nenek makan sorang.

Bila adik aku balik kerja petang tu, tetiba dia sound aku, 'D, kita pergi tengok wayang jom. Jangan Pandang-Pandang.' Aku tengok jam baru pukul 2 lebih, terus on laptop sebab nak book tiket awal-awal. Tengok waktu, last-last aku pilih pukul 9.30 malam. Gitu gini pun sebelum pukul 12 tengahmalam mesti aku dah sampai rumah. Ada waktu lagi awal, cuma tetiba rasa macam takperlah. Sekali sekala tengok wayang lewat macam nie kan. Apa ada hal.

Lepas Maghrib kitaorang gerak. Tempat pertama dituju, Cathay Cineplex City Square sebab nak ambik tiket yang dah book awal-awal tu. Maklumlah, kan kena ambik sejam awal dari masa tayangan kan. Kalau tak, tiket burn. Dah settle tiket, pergi pulak Hutan Bandar sebab nak makan Chicken Chop dengan Sirap 3 Layer. Kalau kat sini, aku rasa semua orang tahu kot Chicken Chop Hutan Bandar RM 5.00 nie. Murah + sedap. Tapi masalahnya tempat duduk sangatlah limited. Fikir-fikir takut buang masa tunggu orang yang makan nak bangun, kitaorang tapau, terus pergi Pantai Lido lepak sana sambil makan.


Chicken Chop = RM 5.00. Oklah. Banyak pun banyak. Sampai rasa muak pun ada. Hehehe... Sirap 3 Layer tak ambik gambar pun. Sebabnya terlalu sedap kan. Memang tak sempatlah nak bersnap-snap bagai. Tapi bak kata adik aku, kalau sebulan minum, sure potong kaki. Manis gila!!!!! Sekali sekala bolehlah. Tapi pastikan ada air masak yer masa tu. Lebih kurang macam minum ABC lah. Pas minum kan rasa nak telan air masak kan. Yer tak? Ker aku sorang jer? Hehehehe...



Bentang suratkhabar, apa lagi. Makan time. Duduk dekat batu-batu tu, sambil tengok suasana malam. Banyak kereta berenti kat sini. Lepak-lepak macam kitaorang kot. Terang pun terang. Dengan kereta lalu lalang. JB. Mana penah sunyi.


Bila dah kenyang, konon termenung dok fikir berapa banyak lemak dah ada dalam badan aku nie. Sangatlah drama ok!!! Hahaha... Lepas makan, tengok jam dah pukul 9. Kemas-kemas, terus gerak balik pergi Cathay Cineplex. Ingat yer. Lepas makan, jangan tinggal jer kat situ. Rajin-rajinlah kemas. Siapa nak jaga kebersihan kalau bukan kita ;)


Sikit ulasan pasal Jangan Pandang-Pandang.
Kelakar. Zizan biasalah. Sangat poyo. Dalam wayang aku rasa semua ketawa tak ingat dunia. Sara Ali, cantik dia nie. No wonderlah dia tak nak sangat ada dekat public sebab nak dapatkan nilai eksklusif macam Maya Karin. Berlakon pun ok. Anith, ini budak sangatlah gedik. Menjadilah watak dia. Nas-T, sebab cerita pun kelakar kan, jadi memang dia bolehlah buat kelakar tu jugak. Macam mamat lurus bendul pun ada aku rasa dia dalam cerita nie. Kesimpulannya, aku memang gelak betul-betul punya dalam panggung. Maknanya apa? Bestlah tu ;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa