Selasa, 28 Februari 2012

AKU DAN PASAR MALAM

Apa yang aku carik bila pergi pasar malam? Yang paling utama, tentulah makanan. Sebab aku akan dapat banyak makanan dengan hanya RM 10. Tu kalau napsu makan dapat dikawal la. Kalau tak, mau berpuluh-puluh RM jugak yang melayang :)

Balik kerja tadi, aku singgah kat pasar malam. Misi ari nie macam nak makan sup. Tengoklah apa yang sedap. Mee sup ker, mee hoon sup ker, sup saja ker. So, ronda-ronda lah kat Pasar Malam Taman Perling. Nie kalau saper yang dok JB, tau lah kat mana area pasar nie. Taklah besar sgt pun. Ker sebab aku selalu pergi balik kerja, awal lagi, jadi gerai masih tak banyak? Ntah. Rasa banyak kali aku pergi, panjang macam tu jugak. Mungkin takat tu jerlah kot. Dan rasanya semua penjual kat situ Melayu. Kalau Melayu dah berniaga, memang macam-macam jenis makanan la ada. So, antara tahan dengan tidak jerla. Hehehe...

Apa aku beli tadi? Meh aku share dengan korang semua :D


Apa nie? Hah! Nie lah Dim Sum. 1st time nie aku beli. Tapi aku beli sikit jer. 6 ketul nie harga dia cuma RM 5.20. Pakcik nie jual 3 dengan harga RM 2.60. Memula aku amik 3 bijik jer, tapi tengok macam sedap kan, aku tambah lagi 3. Karang aku beli banyak-banyak, takut tak sedap plak. Lagipun kat umah tinggal aku ngan adik aku jer. Kalau beli banyak, membazir plak. Untuk percubaan. Kalau best, next time bolehlah aku beli lagi. So, sedap ker tak? Serius!!! Sedap giler. Hahaha... Kalau tanya tekak aku nie, alhamdulilah benda nie boleh melepasi masuk ke dalam perut. Sedap, memang terasa ayamnya sebab aku amik nie dua-dua rasa ayam. Lain kali datang sini, bolehlah aku beli lagi. Dekat pasar malam tu, takat nie cuma pakcik nie sorang jer yang jual dim sum nie. Jadi memang takkan susahlah nak carik melainkan kalau pakcik tu memang tak berniaga :)



Mee sup - RM 2.00 sebungkus. Walaupun nampak sikit macam tak cukup, tapi untuk aku dah cukup sangat dah. Aku sekarang nak makan untuk alas perut, bukan untuk nak kenyang. Sebab badan aku dah macam tong dram dah. Arghhhh!!! Jadinya makan kenalah disekat-sekat. Taugeh tu takder cuma aku terasa nak makan sup dengan taugeh yang banyak dalam mangkuk. Jadinya, macam gitulah rupanya bila mee sup + taugeh ;p

Aku beli jugak keropok lekor sambal dengan pedal goreng. Tapi tak sempat nak amik gambar bagai sebab dah ngap masuk dalam perut. Walaupun macam tak cukup jer tengok (untuk pandangan mata orang macam aku nie), tapi alhamdulilah. Kenyang aku ari nie. Jangan tanya kenapa aku tak masak. Sebabnya dalam rumah nie suma kena kuarantin dari nasik. Kenalah bertahan. Hehehe....

Start esok, aku dah free sikit. Kerja opis pun banyak dah siap. Jadinya bolehlah aku nak mulakan balik membaca novel-novel yang belum lagi terusik tu. Belum campur lagi dengan 4 buah novel yang aku order dari Jemari Seni. Masih menunggu sebab aku beli pun Jumaat lepas. Esok rasanya sampai.

Insyaallah kalau sempat, dalam minggu nie aku buatlah sikit review pasal Pelangi dan Gurindam Jiwa. Alah, novel yang aku beli second hand tu. Aku ada cerita kat sini NOVEL : HIJAU DAN TERPAKAI.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

IaNda diaNa

Sabtu, 25 Februari 2012

SEOUL GARDEN - STEAMBOAT AND GRILL

Hello Hai...:)

Semalam time lunch aku dengan kawan-kawan opis pegi makan kat Seoul Garden. Tak tahu apa yang menarik dan sedapnya kat sini. Cuma selalu bila lalu, sure ramai orang. So, nak tau best ker tak, cuba jerlah. Harga makan kat sini memang berbeza-beza. Hari biasa, hari cuti, tuk budak sekolah. Tapi yang pastinya semua ada ++.

Kalau tanya aku, bagi tekak nie rasa macam biasa jek. Nak kata sedap pun tak, tak sedap pun tak. Tengah-tengah lah senang cerita. Kat sini pilihan steamboat dan grill memang macam-macam. Contoh kalau part sotong tu, ada sotong kari lah, sotong tomyam lah, sotong garlic lah. Makanan yang sama tapi pelbagai rasa. Air pun banyak jenis. Biasa atau bergas. Aiskrim dah tentu ada. ABC, cendol. Ada jugak nasik goreng, mee dan nasik putih. Tapi serius aku cakap. Nasik goreng dia patern nasik goreng cina. Kalau bawak anak-anak, tak risaulah pedas.

Trylah tengok kat web diaorang nie kalau tergerak ati nak makan kat situ - Seoul Garden.

 Sekeping gambar cukuplah kan ;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa    
 

Rabu, 22 Februari 2012

SWEET SOUR - NASZ

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/570 mukasurat

" Bila masa dia jadi pakwe aku?" Kata Lia.
" Entah... Bila masa aku ambil dia jadi awek aku." Kata Zarul.
Sudahnya mereka saling menjeling antara satu sama lain.

Sejak 2 tahun yang lalu, mereka memang rapat. Ibarat telah kenal hampir 200 tahun. Couple version tak bercinta. Merajuk, marah, bergurau, ambil berat. Tapi antara mereka tidak pernah ungkapkan apa-apa kata cinta. Seolah-olah mereka faham sendiri rasa hati satu sama lain. Pengikat mereka cincin gula-gula sepuluh ringgit pemberian Zarul pada Lia.

Pertemuan dengan Joe tidak pernah langsung terpahat dalam kepala Lia. Kali pertama, mereka terlanggar semasa joging di Titiwangsa. Kali kedua perlanggaran kereta semasa Lia berkejar untuk mengambil peperiksaan. Kali ketiga waktu Lia bersama kawan-kawannya ke Pulau Tioman. Langsung tidak pernah terlintas wajah Joe dalam mindanya.

7 tahun tempoh persahabatan Lia dan Zarul hilang begitu saja bila Zarul menghulurkan kad kahwin pada Lia. Perkahwinan Zarul dan Su, perempuan yang selama ini dielak oleh Zarul. Apa yang mampu dibuat. Tujuh tahun yang sangat panjang. Sangat panjang dengan saat-saat manis mereka berdua.

Lamaran Joe diterima kerana Lia rasakan cara ini yang terbaik supaya dia dapat dekat dengan Zarul. Pelbagai cara dibuat oleh Joe untuk menawan hati Lia. Segala yang dilakukan semuanya bersebab sehingga Lia tahu apa yang berlaku padanya dan Zarul selama ini adalah rancangan Joe. Saat hati benar-benar sayang pada Joe, perkhabaran yang tidak terduga menghancurkan semuanya. Joe melepaskan Lia, Zarul kembali pada Lia. Tapi tanya pada hati, siapa lebih bermakna dalam hidup. Joe atau Zarul?

Cerita yang ada manisnya, ada masamnya. Samalah macam tajuk kan. Memula baca, serius aku lagi suka Zarul daripada Joe sampai aku sms kawan aku cakap, kenapa mesti Joe wujud. Tapi rupa-rupanya apa yang Joe lakukan adalah untuk orang yang dia sayang. Buku nie kira dah lama dah. Terbitan 2010. Aku gila-gila carik sebab kawan aku kata best. Korang tau kan aku punya perangai macm mana. Jadi 'gila' sekejap bila ada orang puji buku tu best. Hehehe... Bahasa dalam nie memang santai. Macam bahasa kita cakap ari-ari. Aku suka, tapi kakak opis aku yang pinjam buku nie kata kurang suka. Citarasa masing-masing kan. Bila baca nie, teringat karya Hlovate. Bahasa yang diaorang guna macam lebih kurang santainya. Skrang nie aku tengah tunggu 'Anaz', anak baru Nasz. Tapi tak taulah bila masa akan siap. Dapat baca pun kat blog Nasz. Lambat pun kena tunggu kan. Kalau dah minat, penantian tu walaupun menyeksakan, tapi buat-buat gembira jerlah. Selamat Membaca.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da...

♥ IaNda diaNa 

JAUH DARI CINTA - ADAH HAMIDAH

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 21.00/636 mukasurat

Cinta Nysa Sakinah pernah ditolak oleh Farish Aqil semasa mereka di universiti. Pada Farish, walaupun saat itu dia merasakan tenang dan bahagia disamping Nysa tetapi dia cuba menidakkan kebenaran itu. Semuanya kerana Sara Lilyana lebih dahulu berada di dalam hatinya. Setelah mereka meninggalkan dunia pengajian, mereka dipertemukan kembali atas ikatan yang ditentukan oleh orang tua mereka.

Pada mulanya berat hati Nysa untuk menerima Farish. Sekali cintanya ditolak, dia tidak mahu lagi berdepan dengan rasa sakit itu. Namun kerana sikap Farish yang tidak berputus asa dan rasa cinta yang masih ada, Nysa akhirnya terikat sebagai tunangan Farish. Kesibukkan Farish dan keputusan menundakan tarikh perkahwinan mereka pada mulanya Nysa terima kerana merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Bila keadaan menjadi semakin rumit dengan campur tangan dari ayahnya, Nysa membuat keputusan nekad meminta Farish memutuskan pertunangan mereka. Tidak sanggup lagi rasanya bila Nysa merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk ikatan itu sedangkan Farish sering mengelak. Tiada apa yang mampu diubah bila Farish sendiri menyerahkan kad perkahwinan yang jelas tertera namanya dan Farish.

Masih tidak mahu mengalah, menjelang perkahwinan mereka, Nysa merayu pada Farish supaya tidak hadir pada majlis itu nanti. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kebahagiaan Farish bila Nysa sedar yang cinta dan sayang Farish masih lagi pada Lily. Walaupun rayuannya tidak dilayan oleh Farish, tetapi dia masih mahu meneruskan misinya untuk mencari kembali Lily. Untuk mengembalikan Lily dalam hidup suaminya. Kebahagiaan Farish lagi bermakna dari rasa hatinya sendiri. Apalah guna ikatan perkahwinan itu jika Farish menganggapnya hanya sebagai adik dan bukan seorang isteri. Berpura-pura gembira bila berhadapan dengan Farish bukanlah senang. Tetapi itu yang perlu dilakukan untuk Farish selesa berada di sampingnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana Lily dan usaha itu berhasil bila Lily sendiri muncul untuk kembali semula pada Farish. Tahu yang rancangannya telah selesai, Nysa pergi membawa diri bersama cinta pada Farish yang tidak pernah padam dalam hatinya.

'Yang terbaik dalam hidup Nysa bila lihat kebahagiaan Abang Farish.'

Recommended dari kakak opis aku. Katanya novel nie dia tahu dari Penulisan2u dan dipendekkan cerita, novel nie best. Aku paling pantang kalau orang kata novel tu best, menarik, terbaik. Memang tak sampai baper hari, aku akan carik sampai dapat. Hehehe... Jalan cerita menarik. Kira lain sikit dari novel yang aku pernah baca sebelum nie. Rasanya 1st novel kot yang aku baca cerita situasi macam nie. Adik angkat kawin dengan abang angkat. Tapi abang angkat tak boleh nak terima. Buat keputusan untuk bahagiakan abang angkat. Dan ayat 'Nysa kawin bukan untuk diceraikan' memang aku tak boleh lupa. Yerlah kan. Dalam dunia realiti pun siapa nakkan perpisahan. Tapi semua yang tertulis tak ada saper boleh halang. Selamat membaca..;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da...

♥ IaNda diaNa

SERASI DI HATI - NORA ISMAIL

Terbitan : NB Kara
Harga : RM 21.00/608 mukasurat

Dunia Zarul - Menjadi 'anak ikan' pada Zalina, isteri seorang Datuk pada mulanya hanya kerana keseronakkan yang ingin dicari. Berpunca dari kehilangan kasih sayang daripada insan bergelar ayah sejak kecik dan kematian ibu serta makcik yang menjaganya. Tapi dia bukanlah 'gigolo' seperti yang lain kerana apa sahaja yang diberikan oleh Zalina itu tidak pernah diambil. Wang yang menyaranya selama ini adalah hasil daripada gaji sebagai bodyguard pada Zalina. Tambahan pula harta yang ditinggalkan oleh makciknya memang dapat menampung hidupnya selama bertahun-tahun. Makin lama perasaan ingin menjauhkan perbuatan terkeji itu datang dalam hatinya dan dia memerlukan insan yang dapat membantu dia berubah.

Dunia Edrinaz - Perkahwinan yang dibina bersama Shamsul Azman adalah kerana kehendaknya sendiri. Rasa sayang yang terlalu tinggi menutup segala keburukan Azman. Edrinaz berhak untuk berkawan atau berjumpa dengan sesiapa pun asalkan pandai menjaga diri. Erti cemburu seolah-olah tiada di dalam kamus hidup Azman. Ada masa Edrinaz merasakan suaminya langsung tidak memperdulikan hal dirinya dan rumahtangga. Sikap manjakan Edrinaz tak pernah dipamerkan dan kebanyakkan perbelanjaan rumah di tanggung oleh Edrinaz. Mungkin Azman fikir Edrinaz mempunyai perniagaannya sendiri, jadi dia lagi mampu untuk menguruskan semuanya. Sikap Azman yang begitu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Edrinaz dilepaskan hanya kerana hasutan dari pihak ketiga.

Perkenalan Zarul dan Edrinaz di alam cyber akhirnya menemukan mereka secara berdepan bila Zarul berkunjung ke kedai hiasan dalaman milik Edrinaz. Terkaku semasa kali pertama berjumpa dirasai Edrinaz tetapi bahagia buat diri Zarul. Walaupun sedar yang Edrinaz adalah isteri orang, tapi lama-kelamaan Zarul tidak dapat membohongi hatinya bila dia sedar yang dia mula sayangkan Edrinaz. Sikap Zarul yang lebih mengambil berat tentang diri Edrinaz memang menggoncang hatinya. Tetapi dia tetapkan perasaan bahawa Azman adalah lelaki yang ada dihatinya ketika itu. Penceraian Edrinaz dan Azman membuka ruang pada Zarul untuk menambat hati Edrinaz. Siapa sangka huluran salam diterima oleh Edrinaz. Rasa marah Zalina pada Zarul mengganggu hubungan mereka. Kehadiran semula Azman yang masih memerlukan Edrinaz mengakhiri hubungan mereka bila Edrinaz memilih Azman. Bahagia atau tidak milik Zarul, semua akan terjawab di dalam Serasi Di Hati. Kadang-kadang bukan semua yang berakhir dengan gembira itu terjadi pada semua.

Aku beli sebenarnya bukan sebab aku tau siapa penulis dan apa bestnya cerita nie. Tapi sebab aku berkenan dengan cover dia yang kaler hijau tu. Walaupun hijau bukanlah kaler pebret aku. Mungkin jugak sebab time nak mencarik, tak ada novel yang aku berkenan dan mata aku terpandang novel nie yang lagi menyerlah dari novel-novel yang lain. Tapi nasib baik bila baca, memang best. Dan aku baru tau, Nora Ismail nie jugak adalah Rose Harissa. Nick Rose nie dia guna dalam novel keluaran Alaf21. Semua memang dah ada dalam simpanan aku. Dan lagi satu sebelum aku terlupa, dia nie jugak pelukis untuk majalah APO. Cantik karektor lelaki yang dia lukis untuk watak-watak dalam novel. Macam real.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

Sabtu, 18 Februari 2012

NOVEL : HIJAU DAN TERPAKAI

Hello hai...:)

 Novel 'hijau'. Sebabnya cover dia semua kaler hijau ;) 
Aku dah lama beli novel nie + dan baca pun. Tapi disebabkan kakak seopis pinjam dan pulang balik pada aku, terus aku baca balik.Yang pastinya semua cerita nie best.


Dua buah novel nie pulak adalah novel terpakai. Aku dapatkan dari Cari.Com. Kira berbaloilah bagi aku sebab novel yang aku dapat ini keadaanya pun masih elok. 2 buah novel aku dapat dengan 1 harga kalau aku beli yang masih baru. Berbaloi kan.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Rabu, 15 Februari 2012

SECRET RECIPE

Hello Hai....:)

Time aku balik kampung, kalau kitaorang nak pegi 'ngeteh', sure tempat nie jadi port utama. Aku rasa sampai SR tu naik muak tengok muka kitaorang nie. Hehehe.... Bukan sebab fikir nak makan tempat mahal jek. Warung goreng pisang pun kitaorang layan. Cuma SR nie macam jadi tempat 'lepak-lepak' yang slalu dituju. Maybe sebab tempat yang selesa, nak borak pun santai jek and sebab ada makanan dan kek yang best.

So, aku 'jamulah' korang dengan makanan yang selalu kitaorang order kalau makan kat SR nie. Maybe sebab sedap kan, tu yang tiap kali datang sini, sure inilah yang dipesan.



Set Kids  - Nie order kalau ada yang bawak anak. Burger yang comel-comel.


 Prawn Macaroni With Cheese


 Speghetti Bolognaise (Chicken)


 Kopok yang tak pernah kitaorang abiskan


 Chicken Cordon Bleu


 Chicken Paramigiana


 Green Apple Kasturi & Iced Mocha


 Vanilla Milkshake


Chocolate Indulgence & Hazel Cheese
 

Update gambar makanan nie buat aku lapar pulak tengah malam + pepagi buta nie. Skrang waktu untuk tido yer Cik Diana. Bukan waktu untuk makan. Hehehe...

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....:)

♥ IaNda diaNa
 

Selasa, 14 Februari 2012

TENTANG DHIYA - SYUD

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/544 mukasurat

Pandangan pertama Lisa apabila bertemu Azril memberikan satu gambaran yang negatif pada Lisa dan tidak memihak pada Azril. Ditugaskan bersama dalam satu kumpulan tugasan kursus, permulaan hubungan mereka tidak berjalan dengan lancar. Azril bukanlah seorang yang menjengkelkan. Lisa pula tidak dikategori sebagai perempuan yang sombong. Tetapi bila mereka berhadapan, timbul perasaan benci, geram dan dendam berpunca dari perkara yang remeh.

Lisa ada Faiz. Azril bersama Syifa. Bagi Lisa, Faiz adalah lelaki yang istimewa dalam hidupnya. Pada anggapannya selama ini, Faiz sentiasa ada untuk dia meluahkan semua masalah yang dihadapi. Menjadi pendengar yang setia. Tetapi siapa sangka bila Faiz mengatakan Lisa hanyalah satu bebanan masalah padanya. Syifa terpaksa meninggalkan Azril kerana sudah tersurat pertemuan mereka hanya setakat sampai di situ sahaja. Siapa Syifa untuk menghalang kuasa TUHAN. Kehilangan Syifa tidak tertanggung oleh Azril tetapi kata-kata Syifa menguatkan semangatnya. Pertemuan terakhir Lisa dan Azril bukan dalam keadaan yang menyenangkan hati mereka. Berpisahnya mereka dengan perasaan bersalah dalam diri masing-masing.

Tiga tahun berlalu. Siapa sangka rupa-rupanya dalam hati Lisa telah terpahat nama Azril. Dan pertemuan mereka semula, menyedarkan Azril yang banyak perkara kecil berkaitan Lisa ada dalam fikirannya. Tapi antara Azril dan Lisa ada Ezwan. Cinta tak semestinya bersatu. Walau hati mengatakan ya, tapi jika tertulis tidak, tidaklah jawapannya. Azril, Lisa dan Ezwan. Akhirnya seorang pergi bila keadaan telah menjadi lebih baik. Siapa dan apakah penghujungnya. Semuanya telah Syud tamatkan dalam Tentang Dhiya....:)

Takkan aku nak bagitau ending macam maner kan. Tak syok lah. Hehehe... Tapi korang dah boleh agak kot. Biasalah. Semua cerita sure appy ending. Jarang nak jumpa yang ending buat orang nak baling novel tu kat laut...:)... Jalan citer ok. Novel pertama karya Syud yang aku baca. Ada jugak beli Baju Melayu Hijau Serindit. Tapi belum mula baca. Apa yang boleh aku rumuskan kat sini, jalan cerita yang agak santai, bahasa yang sempoi dan taklah memeningkan. Ada part yang menjadi persoalan, jawapan kena selak belakang. Normal lah bagi aku. Kalau jalan straight jer, karang tak sampai pulak ke hati kan. So, selamat membaca untuk korang semua. Kalau best, dapatkanlah satu untuk letak dalam lemari buku korang tu. Bolehla order kat JemariSeni. Sebabnya sekarang nie kalau beli 2 buah novel, korang dapat 20% diskaun + postage free. Best aper....:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Isnin, 13 Februari 2012

TAKDIR FITRAH TERINDAH - HANIS AZLA

Terbitan : Buku Prima
Harga : RM 25.90/597 mukasurat

Perjalanan hidup seorang Nur Fitrah yang merupakan anak terbuang penuh dengan segala cubaan dan dugaan. Sejak kecil diri sentiasa menjadi bahan cemuhan menyebabkan keyakinan diri dan rasa cepat mengalah sudah sebati dalam dirinya. Perkenalan dengan Puan Azwita yang dipanggil mama menemukan Fitrah dengan Aiham Fikri, lelaki yang sentiasa berwajah serius dan jarang tersenyum. Kuasa TUHAN tiada siapa yang mampu menduga. Aiham dan Fitrah bersatu dalam keadaan penerimaan masing-masing yang berbeza. Aiham menerima Fitrah kerana terlepas kata pada mamanya yang dia berjanji akan menerima siapa saja pilihan mamanya jika Rose Alea, tunang Aiham masih mencari alasan untuk menangguhkan perkahwinan mereka. Manakala Fitrah menerima Aiham semata-mata untuk tidak melukakan dan menghampakan harapan mama padanya.

Perasaan cinta dan sayang makin lama makin wujud dalam diri Fitrah tetapi bukan Aiham. Cinta dan sayangnya hanya pada Alea. Pernikahan Aiham bersama Alea dengan kebenaran Fitrah menyebabkan Fitrah mula hilang kemesraan dan keceriaan daripada ahli keluarga Aiham yang selama ini menerimanya dengan ikhlas. Fitrah dipersalahkan bila Alea membongkar rahsia tentang kepura-puraan Fitrah dan Aiham di hadapan keluarga mereka selama ini. Tidak sanggup menahan rasa kecewa, Fitrah akhirnya pergi membawa diri kerana merasakan itu yang terbaik walaupun masih ada perasaan cinta dan harapan agar Aiham menyedari semua itu. Namun, semuanya terjawab bila akhirnya secara rasmi hubungan mereka terputus juga.

Pertemuan semula setelah 5 tahun berlalu mengembalikan semula Fitrah dalam hidup keluarga Aiham. Salah faham yang berlaku terurai juga akhirnya. Kesungguhan Aiham untuk mendapatkan peluang kedua dari Fitrah berjaya menerbitkan semula rasa cinta dah sayang yang masih terpendam di dalam hati Fitrah. Sikap Aiham yang berbeza dah lebih menyayangi Fitrah menerbitkan rasa bahagia dalam diri mereka. Tetapi kehadiran Alea dan Alfi membuatkan Fitrah sekali lagi berundur kerana merasakan mereka lebih penting dalam hidup Aiham. Kenapa Alfi tidak bermakna dalam hidup Aiham? Mampukah Aiham mendapatkan Fitrah buat kali kedua? 

Actually, nie novel pertama HA dan aku tak tau samada jalan cerita ok atau ko. Tapi aku nekad beli sebab ulasan dari forumer CARI positif. Kalau tanya pendapat aku lepas abis baca novel nie, jangan nilai sesuatu sebelum kita sudahkan semuanya. Buat permulaan, jalan cerita macam mendatar sikit. Macam tak sampai ke hati. Tapi bila dah masuk bab 5/6, aku sanggup tak tido malam sebab nak tau apa penghujung jalan cerita. Tapi aku pulak bukan jenis suka lompat-lompat page sebab nak cepat. Takut rugi tertinggal sesuatu. Kalau dikira novel pertama, tahniah aku ucapkan pada HA atas satu cerita yang boleh masuk dalam ati aku. Percubaan yang berjaya. Sebab aku nie bukan jenis orang yang akan membeli sesuatu kalau bukan benda yang aku dah biasa. It's base on my experince....:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku kali nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa  

Sabtu, 11 Februari 2012

VERSUS - HLOVATE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 19.00/432 mukasurat


Minn Edina, gadis yang membuat perubahan diri disebabkan wasiat dari arwah atuknya. Berubah dari gadis 'jalanan' kepada gadis yang lebih menjaga aurat dan pergaulan. Satu perkara yang dilakukan walaupun dengan rela tapi jauh disudut hati masih terselit perasaan 'terseksa' kerana terpaksa meninggalkan perkara yang amat disukai selama ini.

Ashraff Omar, jejaka yang merasakan selama ini semua aktiviti yang dilakukan hanya untuk keseronokan dirinya sahaja. Mula melakukan perubahan diri yang mana pada mulanya hanya kerana seorang perempuan tetapi akhirnya dia sedar untuk menjadi baik adalah satu perkara yang amat sukar.

Mereka bertemu sebagai mentor dan anak murid. Ashraff tidak menyangka mentornya, Minn merupakan Ed'Sassin, seorang 'girl skater' yang memang dia minati dari dulu. Setelah pasti dirinya jatuh cinta dengan Minn, janji dibuat untuk membuktikan yang dia akan berubah untuk mendapatkan peluang dan demi masa depan mereka. Pertemuan semula antara Sun dan Minn mengetuk sedikit rasa kecewa dalam diri Ashraff. Perubahan Ashraff pada mulanya dapat diterima oleh Minn tetapi sejak mereka mengikuti 1 program di Cerakah, Minn merasakan dia bukanlah perempuan yang sesuai untuk Ashraff tetapi Jasmin adalah pilihan yang lebih tepat. Siapa Jasmin, siapa Sun?

Pertemuan mereka di tanah Macquarie, Australia selepas setahun mula merungkai segala-galanya. Ashraff mencari punca kenapa Minn 'memutuskan' perhubungan mereka selama ini. Walaupun bagi Minn antara mereka tidak pernah berlaku sebarang perhubungan. Ekoran satu peristiwa yang terjadi pada Minn, Ashraff membuat keputusan nekad bagi memastikan Minn tidak hilang lagi dalam hidupnya. Betulkan tindakan yang dibuat Ashraff? Bagaimana pula penerimaan Minn?

Satu cerita yang aku rasakan memang agak 'menyentuh' akal dan emosi. Ungkapan bukan senang nak jadi baik memang kalau kita fikir balik adalah sesuatu yang aku rasa tak semua orang akan fikir secara lebih mendalam. Baik dalam terma yang sangat tersurat dan tersirat. Keseluruhan aku rasa jalan cerita yang sedikit sebanyak sure akan membuka mata hati sesiapa yang baca. Seperti biasa, karya Hlovate kali nie memang penuh dengan kata-kata mutiara, hadis dan tafsiran ayat Al-Quran. Betul macam kata Hlovate, 'Bacalah jika anda juga ingin berubah menjadi lebih baik. Insyaallah.' Dalam pada kita terbawa dengan watak Minn dan Ashraff, kita juga akan tersedar sebenarnya yang apa pun yang kita lakukan, biarlah dengan ikhlas sebab semua yang datang secara ikhlas, insyaallah akan membuahkan sesuatu yang lebih bermakna...:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

IaNda diaNa

ROOFTOP RANT - HLOVATE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/538 mukasurat

Pertemuan Trisy dan Jade di atas bumbung Wisma Topaz bukanlah sesuatu yang dirancang bersama. Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari.

Jade, jejaka yang mempunyai keinginan sendiri tetapi tidak mendapat sokongan daripada ayah dan ibunya. Sering dibandingkan dengan abang dan adik yang jauh lebih berpelajaran daripada dirinya sendiri. Melukis di atas bumbung Wisma Topaz selalu memberi ketenangan di kala hati terguris dengan teguran si ibu. Mengikuti diploma atas kehendak keluarga tetapi bekerja sambilan untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan peralatan melukis, perkara yang dilakukan atas kehendak dirinya sendiri.

Trisy, membawa diri ke sini kerana melarikan diri dari mengikuti kelas tambahan Fizik. Merasakan tempat itu satu lokasi yang selamat bilamana ternampak ada seorang lelaki berada di situ. Gadis yang disangkakan lelaki oleh Jade ini rupa-rupanya mengalami masalah yang sama sepertinya. Cuma yang membezakan, Trisy kekurangan kasih sayang apabila ibu dan ayahnya terlalu sibuk hingga langsung tidak memperdulikan kewujudannya di rumah. Tanpa adik beradik yang lebih senang tinggal di luar, Trisy seorang sahaja yang terpaksa berdepan dengan situasi bingit apabila berlaku pertengkaran antara orang tuanya. Sehingga dia merasakan mereka tidak wujud adalah perkara yang jauh lebih baik.

Mereka terpisah dengan tujuan untuk kebaikan diri masing-masing. Perginya Trisy dalam hidup Jade menjadikan mereka sedar yang mereka memerlukan antara satu sama lain. 5 tahun berlalu tanpa mereka berjumpa menyebabkan pelbagai perkara berlaku lebih-lebih lagi wujudnya Lekiu Luqman dalam hidup Trisy yang berusaha untuk memenangi hati gadis tersebut. Siapa yang lebih berada dalam hati Trisy? Kemanakah hilangnya Jade sehingga semua surat yang dikirimkan tidak pernah dibalas?

Sure korang pelik naper aku asyik update review pasal novel-novel Hlovate kan. Sebenarnya aku dah lama beli semua novel nie. Time book fair tahun 2010. Kirim ngan member yang aku kenal kat forum CARI. Tapi baru sekarang aku baca. Melampau kan. Makan taun tu. Hehehe.... Dah alang-alang, biar aku abiskan suma novel-novel dia. Tinggal lagi 1 jer yang aku tak baca lagi. Otw ok....:)

Novel nie macam lain sikitlah bagi aku. Sebabnya dalam ini korang akan jumpa banyak mutiara kata, nasihat, hadis dan terjemahan ayat Al-Quran. Yang mana bagi aku elok sangat-sangat. Serius bukan semua yang ada dalam novel nie, aku tau. Dalam kita sibuk berada dalam 'situasi' Rooftop Rant nie, kita dapat jugak ilmu yang lain. Bercinta, bercinta jugak. Tapi ilmu Allah tu kenalah sama banyak jugak dengan ilmu duniawi. Edisi yang tak rugi aku beli. Kalau korang suka sesuatu yang lain, bolehlah dapatkan 1 kat kedai buku yek....;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie, Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

IaNda diaNa  

Khamis, 9 Februari 2012

KURSUS VS NOVEL

Minggu aku keluar dari opis. Yeh!!!!! Melampau. Macam pegi holiday kat overse sonoknya. Sonok sebab kursus kat kampung halaman. Hehehe... Keje macam nie memang kena rajin-rajin pegi kursus. Saya yang menurut perintah yer bos....:)
 
 
 Novel yang aku nak baca minggu nie. Sebab kursus kan. Jadi macam relax sikit. Tu yang sibuk nak pulun sampai 5 buah novel. Takat ari nie baru settle 2 buah. Dah settle aku buat review yek...:)
 
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
 
Da....
 
IaNda diaNa

Sabtu, 4 Februari 2012

TUNAS - HLOVATE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/539 mukasurat

Berkisar tentang perjalanan hidup pelajar di Kolej Tunas yang mana mereka merupakan batch pertama yang mendiami kolej tersebut. Ada guru yang lebih mementingkan kedudukan keluarga pelajar hingga mereka yang bukan di kalangan golongan berada seolah-olah dianaktirikan. Perkenalan Addin, Fisha, Pa'e dan Jen di GT1-09 menjadikan mereka 'budak jenayah' dan lebih senang dengan gelaran Great Troublemaker (GT).

Addin didenda berjemur di tengah padang kerana menampar Eve.
Addin pecah masuk GT1-13 untuk menggantikan hair dye Eve kepada platinum blonde.
GT menyeludup ke makmal untuk mandi menggunakan air suling.

Peristiwa Kucai dan Addin ditangkap basah telah menyebabkan nama mereka digugurkan daripada calon Head Boy dan Head Girl. Ramai pelajar memandang serong pada mereka termasuk kawan-kawan yang rapat selama ini. Penjelasan yang dibuat pada perhimpunan telah menyelesaikan segalanya. Siapa Kucai dalam hidup Addin?

Kemunculan Benz menjengkelkan hati Addin manakala Mag 7 menjadi rakan komplot Addin meneruskan aktiviti 'jenayahnya.' Malam Bersama Selamanya telah menjadikan hubungan Addin dan Benz sedikit baik berbanding sebelum ini apabila mereka dinobatkan sebagai Ideal Couple. Namum perkataan 'perempuan murahan' oleh Benz pada Addin merosakkan hubungan mereka hingga tamat pengajian. Pengakuan yang dibuat pada Kucai, tujuannya hanya satu. Kerana dia sayangkan Addin. Kenapa Benz perlu berbuat demikian? Dan apa kesudahan antara Benz dan Addin?

Kalau korang jenis yang sukakan cerita zaman remaja, flashback pasal zaman sekolah menengah, maybe novel nie salah satu yang seronok dibaca. Sebenarnya novel nie kira sambungan dari aA+bB tapi diundurkan ke belakang waktu zaman persekolah diaorang. Aku pun baca aA+bB dulu, baru baca Tunas nie. Cuma yang bagusnya korang takkan terconfuse sikit pun. Mungkin ada watak yang berkaitan dimasukkan. Tapi tak menjejaskan jalan cerita. Serius, aku suka dengan novel nie. Walaupun 'pening' pala sebab aku bukan budak Bio, Fizik suma, tapi terbaik bagi aku. Korang jangan lupa baca...:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

aA+bB - HLOVATE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/495 mukasurat

Addin dan Benz. Dua orang yang bertemu jodoh walaupun dalam diri Addin, Benz adalah manusia yang paling ditolak untuk dijadikan suami. Addin sangkakan berita yang diterima daripada Kucai mengatakan dia dirisik semasa masih di Edinburgh hanya gurauan. Bila balik ke Malaysia, saat ma pa Addin mengatakan mereka telah menerima pinangan dari ibu ayah Benz, barulah Addin sedar Kucai bukan bergurau. Dan kerana perkara ini, hubungan baik antara Addin dan Kucai renggang kerana Addin rasakan tindakan Kucai ini hanya untuk memusnahkan masa depan dia. Hanya luahan mampu dibuat pada Aie, teman yang dikenali semasa sesat ke Leiden, Holland.

Atas sebab tertentu, mereka akhirnya dinikahkan. Kehidupan mereka seperti teman serumah dengan ditemani oleh Chik, yang menjaga makan pakai mereka berdua. Kehadiran Kucai, ibu ayah Benz dan Nina, adik Benz sedikit sebanyak mengubah perasaan dalam diri masing-masing. Mula muncul babak antara Didi dan Benji.


'Siap sorang doktor, sorang engineer lagi tu. Tapi perangai kadang-kadang mengalahkan budak tadika. Takkan sampai ke tua nak buat hal masing-masing macam nie?' Keluh Kucai.

Tiba-tiba ada pula watak Dora dalam nie. Siapa Dora? Wujud atau tidak? Sebab Addin rasakan yang perkahwinan mereka nie takkan kekal lama, dia bagi cadangan pada Benz untuk kawin lain. Bila dah mula mesra, boleh bergurau, borak-borak, saat Benz tiada di depan mata, timbul 1 perasaan dalam diri Addin. Baru dia sedar yang sebenarnya dia sayangkan Benz dan mula dapat terima perkahwinan nie. Hubungan mereka jadi semakin baik hinggalah Aie menjadi penyebab mengapa Addin rasakan dia dipermainkan. Siapa Aie? Apa lagi dugaan yang Addin dan Benz hadapi? Bahagia milik mereka atau tidak?


Sumanya ada dalam novel nie dan aku suggest korang baca. Aku wat review sikit jelah. Tak boleh banyak-banyak. Hehehe... Actually aku baca novel nie dulu baru aku baca TUNAS. Tak sangka yang dua-dua novel nie saling berkaitan. Tapi yang bestnyer kalau korang tak baca TUNAS dulu pun takper. Dia takkan mengelirukan korang walaupun wujudnya watak yang kita sendiri tak kenal. Macam biasa, nie novel yang akan jadi pebret aku. Serius aku rasa tak rugi duit aku RM 20.00 terbang untuk buku nie. Thank's Hlovate sebab buat cerita yang best macam nie....:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas ni.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

STEAMBOAT AND GRILL COTTAGE - JOHOR BAHRU

Hello hai....:)

Malam Rabu ari tu dok ajak adik aku makan steamboat kat Taman Austin Perdana. Kedai makan nie dekat dengan Hospital Sultan Ismail & Jusco Tebrau. Dah banyak kali sebenarnya aku makan kat sini. Datang pun sebab terbaca kat forum CARI dan recommended by friend. 

Apa yang buat aku suka kat sini? Emmmm... Of course la sebab makan. Hehehe... Saper tak suka makan kan. Tapi yang penting mungkin sebab suasana, pilihan yang macam-macam dengan sikap staff kedai nie yang buat aku datang banyak kali. Bila kita makan dengan ati yang senang, sure la kita nak datang lagi kan. Dalam masa yang sama, tak lupa kuah tomyam dia jugak penyebabnya....:)

Kalau aku tak silap, kedai nie bukak dari pukul 6 petang sampai 12 tengah malam. Ari Senin dia tutup. Dulu harga dia RM 17.50/dewasa. Tapi time aku nak bayar ari tu dah jadi RM 20.50/dewasa. Naik RM 3.00. Aku pun tak tanya banyak sebab perut pun dah kenyang, mata jadi layu. Tak sabar nak balik umah. Tapi bila pikir balik, tak salah dia naikkan RM 3.00 tu. Harga barang suma kan dah naik sekarang nie. Kalau naik RM 30.00, maybe tu last kitaorang datang. Hehehe....

Nie la sekeping gambar yang dapat aku amik. Pastu  battery terus low. Dia nak suruh aku fokus pada hidangan depan mata lah tu...:)... Dengan sotong, ayam, daging, udang. Macam-macam lah. Alhamdulilah, kenyang....;)


Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie. 

Da....

♥ IaNda diaNa ♥
 

Khamis, 2 Februari 2012

CINTA PERISA DIA - LYNN DAYANA

Terbitan : Alaf21
Harga : RM 21.00/533 mukasurat

Disebabkan umur Hadif Imran telah menjejak 35 tahun, bonda telah mengatur  satu Rancangan Mencari Menantu yang betul-betul menakutkan Hadif. Memberi alasan takut imejnya sebagai penyanyi pujaan ramai terjejas, langsung tidak mampu mengugat keputusan bonda yang nekad kali ini Hadif mesti dicarikan jodoh. Dengan bantuan Fiqri, kawan baik Hadif, rancangan diteruskan kerana bagi Fiqri dengan cara ini soal jodoh dia sendiri tak akan dibangkitkan oleh bonda. 21 calon telah tersenarai dan hanya 8 sahaja yang telah dipilih untuk ke pusingan seterusnya. Ada ustazah, model, pemilik kedai bunga, guru tadika, lulusan luar negara, aerobic instructor, penulis skrip dokumentari dan tukang cuci.

Perlbagai pertandingan diadakan bermula dari membuat sambal belacan hingga ke 3 peserta terakhir yang dapat meluangkan masa berdua bersama Hadif. Mia Sara, model angkuh dan berpura-pura baik untuk mengambil hati bonda kerana telah lama menyimpan perasaan untuk berdamping dengan Hadif semata-mata ingin menumpang populariti yang dimiliki Hadif. Intan Zarifa, ustazah yang sentiasa berfikiran positif dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja dengan tingkah laku dan keperibadian yang baik. Ayumi, gadis yang sangat misteri dan berusaha mengatur rancangan untuk tidak dipilih sebagai calon isteri Hadif.

Sambal belacan versi Mia Sara - Ladanya seperti dimamah kuda. Sambal belacan gaya Utara.
Sambal belacan versi Qurnia -  Lada dipotong dadu, diletakkan bawang dan kicap.

Siapa pilihan Hadif dan siapa pula Ayumi yang sebenar? Walaupun berusaha untuk menolak kebenaran tapi siapa mampu untuk menidakkan ketentuan DIA. Fiqri memilih Diana. Siapa Diana? Ada benda yang tidak disangka akan terjadi. Wujudnya Sulaiman dalam kamus hidup Intan. Kedatangan Lana untuk mencari Ayumi rupa-rupanya dengan niat untuk membunuh. Kenapa Lana membenci Ayumi?

Wah! Macam hebat pulak rasa buat ulasan. Siap dengan tanda tanya heh. Hehehe... Korang kena bacala kalau nak tau kesudahan novel nie. Macam biasa, Kak Lynn punya novel suma memang akan membuatkan korang tergelak dan akan ader question mark dalam pala korang. Disebabkan aku dah biasa dengan novel Kak Lynn, what else can I say? Kalau korang minat dengan jalan citer yang ada gelak ketawa, tanda tanya, suspen aku cadangkan dia adalah salah sorang penulis yang 'berjaya' idupkan semua tu. Eh! Nie pendapat aku ok. Ikhlas dan bukan dengan niat untuk membodek dia. Kalau bodek dapat sejuta, maybe aku akan buat kot. Hahaha.... Gurauan semata-mata. Semua orang nak dengar sesuatu yang ikhlas kan. Skrang, nie lah yang aku buat. Ikhlas dari pandangan mata dan akal makhluk ciptaan Tuhan yang bernama Diana....;)

P/S : Thank's Kak Lynn for the lovely words.

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....


♥ IaNda diaNa ♥

5 TAHUN 5 BULAN - HLOVATE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/509 mukasurat

Menjadi orang gaji di rumah En Latfy bagi tempoh 3 bulan tidak memberi masalah kepada Johanna kerana Apeh, Nana dan Nina adalah anak-anak yang senang dijaga. Tapi siapa sangka Along kepada 3 remaja inilah yang membuatkan Johanna rasa kerja sebagai orang gaji di situ sangat menyusahkan. Bila masak, pelbagai komen diterima dari Along yang memang menyakitkan hati Johanna.

'Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam kelat pedas je.'
'Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbang dulu.'
'Nak bagi kitaorang kena diabetis ker Cik Ana oiiiii...'
'Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.'

Kemunculan Jebat Iskandar sedikit sebanyak buat Johanna 'jatuh hati'. Dalam masa yang sama Shahira datang dalam hidup Along. Johanna dan Along dalam diam ada perasaan suka antara satu sama lain. Tetapi disebabkan mereka sudah seperti adik beradik, bila sesuatu yang serius dibangkitkan, ia dianggap satu gurauan semata-mata.

'Kalau pas barrier exam, then elective dapat distinction, Along terus masuk meminang. I am serious.' Tapi Johanna anggap Along buat lawak. 

Apa kesudahan Along dan Johanna? Siapa Jebat? Siapa Shahira?

Kalau nak tau, korang kenala baca. Jalan cerita yang bagi aku agak menarik. Disebabkan Johanna nie student medic, memang tergeliat lah lidah nie nak menyebut term-term medic. Dalam masa yang sama, banyak jugak info yang kita dapat dalam novel nie. Bukan hanya cerita cinta semata tapi turut diselitkan somethings that can motivate us. Kalau korang tanya aku, memang aku anggap novel nie salah satu novel yang aku takkan 'jual' pada sesiapa. Walaupun korang bagi aku 15 juta kot. Wah!!!!! Menipu sangat lah aku taknak 15 juta tu kan. Hehehe... Kesimpulannya, aku tak rasa rugi sebab baca hasil tangan Hlovate nie....:)


Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....


♥ IaNda diaNa ♥