Khamis, 19 September 2013

SANDAL BUNGA BUNGA - FAZIELA

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00

5 tahun bercinta, Zahran buat keputusan untuk tinggalkan semua bila Deena memilih lelaki lain sebagai tunangnya. Pulangnya ke Malaysia untuk melupakan segala-galanya. Hidup perlu diteruskan dengan membuka lembaran baru. Naqib pula meninggalkan Izza untuk perempuan lain setelah 8 tahun mereka bercinta. Kisah mereka sama. Dikhianati orang yang tersayang buat hati mereka sakit. Mereka bertemu bila Zahran mencari bilik air di tempat kerja Izza. Sikap sombong Zahran yang langsung tidak mahu senyum atau berterima kasih pada Izza buat Zahran dilabel sebagai lelaki tidak beradab. Zahran tahu silapnya yang tidak berterima kasih pada Izza, namun sakit perut yang dialami buat dia lupa apa yang patut dibuat. Berjanji pada diri sendiri jika gadis itu dijumpainya lagi selepas ini, pasti ucapan terima kasih akan dilafazkan.

Kemalangan kecil yang berlaku di hadapan rumah keluarga Izza, membawa mereka berdua ke satu lagi peringkat bila ibu masing-masing berhajat untuk menjodohkan mereka. Zahran menerima Izza seadanya dan begitu juga sebaliknya. Bercinta selepas berkahwin, manisnya tetap ada. Sikap Zahran yang bertolak ansur dengan Izza tentang urusan rumah tangga buat perkahwinan mereka berjalan lancar. Zahran membawa Izza masuk ke dalam dunia aktiviti lasak yang diminatinya selama ini. Apa yang dilakukan untuk menggembirakan Izza dengan caranya yang tersendiri. Kenangan yang akan diingati oleh Izza sampai bila-bila.

Deena yang masih mengharapkan Zahran pulang ke Malaysia dengan harapan hubungan mereka dapat disambung semula. Namun Zahran terus menjauhkan diri daripadanya hingga Deena membuat keputusan gila. Ugutan demi ugutan diberi pada Izza sehingga akhirnya Izza berjaya diculik dan didera sepuas-puas hatinya sehingga kandungan Izza tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada itu, hidup Izza berubah sehingga tiada seorang pun yang ingin dijumpainya termasuk Zahran.

Novel ke-2 selepas Si Mangkuk Tingkat. Aku suka sebab jalan cerita, bahasa yang digunakan santai. Sweet jugak bila suami isteri ber I, You. Padahal kalau ikut realiti, aku macam tak gemar bila suami isteri membahasakan diri diaorang macam tu. Tapi dalam novel nie, rasa macam kena pulak. Hehehehe... Apa yang aku perasan ada part yang sama lebih kurang macam Si Mangkuk Tingkat. Jodoh atas pilihan orang tua dan sikap dendam orang ketiga mengakibatkan salah seorang hero atau heroin menjadi mangsa. Kalau korang nak cerita yang relax, santai, sweet, sedikit extreme, aku rasa buku nie bolehlah jadi koleksi korang. Tetiba terasa macam nak buat jugak aktiviti bungy jump macam yang Zahran dan Izza buat di New Zealand
:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa ♥

Selasa, 17 September 2013

PERGI TANPA ALASAN - HANI FAZUHA

Terbitan : Idea Kreatif Publication
Harga : RM 23.00

Kisah Rihana dan Hakim. Diaorang berdua nie ada sejarah masing-masing. Rihana pernah menjadi escort pada golongan atasan yang mana tugasnya hanyalah menemani mereka. Cukup sekadar menjadi teman bersembang dan bukannya hingga ke atas katil. Semua yang ingin mendapatkan khidmatnya perlulah setuju 100% dengan syarat yang diletakkan. Salah seorang pelanggannya adalah Hakim, anak muda yang ada segala-segalanya. Rupa, harta. Bagi Hakim, Rihana lain daripada perempuan-perempuan yang sering diusung ke sana sini selama ini. Kehilangan Rihana secara tiba-tiba buat hati Hakim semakin lain. Dan dia mula sedar, apa yang diinginkan pada Rihana bukanlah pada kecantikkan semata-mata. Rihana ibarat dos yang dapat menghilangkan segala keserabutan yang dialami.

Pertemuan kembali dengan Rihana buat Hakim bersungguh-sungguh untuk tawan hati itu kembali walaupun banyak perubahan yang telah berlaku pada Rihana. Rihana cuba untuk mengelakkan dirinya dari ada kaitan dengan Hakim kerana dia tahu jauh dalam hatinya, Hakim adalah lelaki yang sangat istimewa. Tentangan keluarga, kewujudan Nelly dan kehadiran Ridzwan, buat cerita cinta mereka mengundang pelbagai emosi.

Ok. Aku beli buku nie sebab baca komen mengatakan buku nie best. I nie jenis yang pantang kalau orang kata best. Bergegas lari ke kedai buku. Hehehehe... Aku tak banyak novel Kak Hani. Yang aku ada cuma Mengukir Bahagia, rasanya novel pertama dia dengan Alaf21. Aku suka cerita tu. Dan jujur aku pun bagitau, aku suka cerita nie jugak. Memang dekat bio Kak Hani pada helaian belakang buku, ada tertulis yang company Idea Kreatif Publication nie adalah company dia. Bagus kan mcm nie. Bertambah rezeki dia. Alhamdulilah
:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa ♥ 

DEKATNYA CINTA - AISYA SOFEA

Terbitan : Alaf21
Harga : RM 35.00

Sambungan Adam dan Hawa. Kali nie kisah lebih pada apa yang jadi pada rumahtangga Am dan Ain dengan kehadiran si kecil, Arissa yang semakin membesar. Dalam nie akan ada imbasan ayat-ayat apa yang dah berlaku dalam Adam dan Hawa. Permulaan cerita pada aku agak comel sebab cinta dan sayang Am dan Ain nie makin lama makin bertambah. Am nyawa Ain, Ain nyawa Am. Tapi bila Ain ambil keputusan nak sambung belajar, semua jadi huru hara. Aku marah dengan sikap Ain sebab she tooks everything for granted. Dia tau dia dah abaikan family, tapi macam hari nie cakap sorry, then esok buat lagi. Tapi taklah teruk sangat sebab dia pun tau dia salah. Am pun ada salahnya. Sebab cemburu dan taknak dengar penjelasan, talak pun jatuh. Aku menyampah betullah bila talak nie senang-senang jer nak dilafazkan. Ralat lah part tu. Tapi itulah realiti kan. Apa yang aku rasa, apa yang Kak Sya huraikan dalam Dekatnya Cinta nie memang ada terjadi dalam alam realiti. Keinginan Ain yang nak sambung belajar walaupun mulut kata tak marah kalau Am tak izinkan, tapi still macam mendesak sebab keinginan dia seperti Am tak ambik peduli. Walaupun ada orang ketiga dalam cerita nie, tapi setakat syok sendiri. Sebab Ain atau Am, masing-masing tak tercuit langsung dengan kehadiran orang ketiga tu. So far pada aku, aku boleh terimalah jalan cerita nie, cuma ada benda yang aku tak berapa suka.

First, spelling error. Banyak sangat sampai aku rasa merosakkan buku nie. Sayang sebab tengah best-best baca, banyak pulak yang kurang sana sini. Second, benda kecik jer tapi boleh buat orang muskil kot. Suami Kak Zah, kejap Musa, kejap Zain. Aku pun pening. Hehehe... Tapi aku dah pm Kak Sya bagitahu apa yang aku jumpa sebab maybe dia boleh betulkan untuk cetakan akan datang. Dia pun take note pasal tu dan harap kesilapan tu akan diperbaiki untuk cetakan akan datang.

Kesimpulannya, aku bolehlah terima jalan cerita untuk sambungan Adam dan Hawa nie. Walaupun bukanlah sambungan yang jalan ceritanya mencabar gila-gila, tapi pada aku ada manisnya, ada sakitnya, ada sedihnya, ada marahnya kat dalam novel nie. So, untuk korang, selamat membaca yer.

P/S: Sebab beli direct dari Kak Sya, aku dapat fridge magnet cover Dekatnya Cinta. Gambar kat atas tu yang belah kanan kecik. Comel kan :) Ops! Kulit buku nie tebal tau. Senang lah bagi aku sebab tak payah nak sampul. Hehehehe....

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA - EMAN SUFI

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 24.00

Ini kisah rasa cinta Mastura pada Jebat, pekerja abang iparnya, Uwais. Pada mata Mastura, ada sesuatu yang menarik pada Jebat. Walaupun dia tidak mendapat layanan yang baik daripada Jebat, namun alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke penghujungnya. Sekali hati dah terpaut, apa pun cabaran sanggup diredah.

Jebat, lelaki yang ingin berubah ke arah kebaikan daripada sejarah silamnya. Siapa sangka, lelaki yang mempunyai parut dimata itu rupa-rupanya adalah orang yang sebelum ini terlibat dalam kumpulan kongsi gelap. Lelaki yang telah melakukan bermacam-macam kesalahan. Perempuan silih berganti ibarat baju.

Walaupun sering mengelak daripada Mastura, namun lama-kelamaan, terbit rasa sayang dalam diri Jebat. Dengan kedegilan Mastura, wujudnya bakal pengantin lelaki Mastura, Ary, kehadiran Airen, sepupu Jebat dan tentangan Tan Sri buat cinta mereka akhirnya bersatu dengan rahsia yang masih Jebat sembunyikan daripada Mastura. Rahsia sudah didedahkan, Mastura tidak boleh menerima. Bila keadaan membuatkan Mastura kembali kepada Jebat, Hannah, kakak Mastura pula mencari jalan untuk menjauhkan mereka. Konflik makin bertambah bila akhirnya Jebat ditembak oleh Airen, perempuan yang masih tidak dapat menerima kenyataan Jebat bukan lagi miliknya.

Macam biasa. Aku suka semua cerita E-man Sufi. Dalam novel nie, korang akan jumpa watak-watak dari Suami Yang Kubenci dan Hikayat Si Pematah Hati. Jalan cerita pada aku ok. Tak rasa macam nak skip pun even tergeliat lidah nie sebab ada bahasa lain dalam nie (mandarin kot). Sebab Jebat nie kaum kerabat belah ayah dia adalah Cina. Tu yang terlibat dengan kongsi gelap segala. Makcik Sari macam biasa. Tetap memainkan peranan dia yang boleh buat aku tersenyum. 3 buku walaupun ada watak yang sama, ceritanya tetap berbeza. Masing-masing ada kelebihannya sendiri. So, E-man. Tahniah. Moga akan dapat hasilkan lagi novel yang akan buat aku jatuh cinta
:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa ♥ 

Jumaat, 13 September 2013

TERIMA KASIH CINTA - LYA ZARA


Terbitan : Kaki Novel
Harga :  RM 19.00

Pertama kali bertemu, mereka berebut teksi. Kerana itu, tawaran kerja Amani yang pertama terpaksa dilepaskan. Kali kedua, Zafran adalah bosnya sendiri jika dia diterima bekerja di situ. Walaupun cara pemakaian Amani menyakitkan mata Zafran, namun tugas setiausaha yang telah lama terabai perlu diisi segera. Amani diterima bekerja dengan syarat-syarat yang Zafran sendiri tetapkan. Lagipun Amani bukan perempuan idamannya. Namun kata orang, jangan menilai tanpa kenal terlebih dahulu. Tapi itulah yang dirasa oleh Zafran. Mula-mula menyampah, tapi semakin kerap bersama Amani, rasa bahagia mula hadir dalam dirinya.

Amani dihantar berkursus tetapi hidup Zafran jadi huru hara kerana rindukan Amani sehingga membawa lelaki itu menjejak Amani di kampung. Melihat pada hidup dan keluarga Amani buat Zafran rasa bertambah-tambah bahagia. Kemunculan semula Natrah, bekas teman wanita Zafran buat Datin Nuraina mengambil langkah segera dengan ingin menjodohkan Zafran dengan Amani yang telah ditemuinya sebelum ini. Walaupun baru pertama kali bertemu, Datin Nuraina dapat rasakan Amani adalah calon yang menepati pilihan untuk dijadikan menantunya. Zafran menolak pilihan Datin Nuraina kerana hatinya telah ada Amani, Datin Nuraina pula mahukan Amani menjadi isteri Zafran. Bila nama kedua-duanya disebut secara serentak, barulah Zafran dan Datin Nuraina dapat menarik nafas lega. Siapa sangka orang yang sama telah ada dalam hati Zafran mahupun Datin Nuraina.

Pulangnya Natrah ke Malaysia membawa hajat. Doanya supaya dipertemukan dengan Zafran menjadi bertambah mudah bila Amani menjadi orang tengahnya. Hubungan perkahwinan Zafran dan Amani diduga bila Arisya membalas dendam dengan cara menggunakan ilmu hitam. Mereka semakin jauh bila Amani tahu Natrah telah menjadi madunya. Hati yang remuk buat Amani pergi meninggalkan Zafran tanpa tahu perkara sebenar.

Novelis baru. Aku baca sebab dekat FB ada yang komen cerita nie best. So, try baca. Aku boleh masuk dengan jalan cerita. Bagi aku ok dan jalan cerita dia yang tersusun. Perkara biasa rasanya sekarang nie bila tema cerita memula gaduh, then boleh suka dan jadi sayang sungguh-sungguh. Tapi pada aku bila penulis baru boleh buat cerita yang 'masuk' dengan hati aku nie, kira wajiblah aku simpan buat koleksi kan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

Selasa, 6 Ogos 2013

DARIPADA SAYA


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ikhlas daripada saya :)
Jaga diri, jaga kesihatan dan berhati-hati ketika memandu. Ingat insan tersayang ;)
 

Rabu, 24 Julai 2013

SAYA TAHU DAH LAMA.....

Hello Hai....:)

Last update blog bulan Februari 2013. Muncul balik Julai 2013. Dah kenapa? Mana menghilang? Walaupun tahu tak ada siapa pun dok tertanya-tanya mana aku pergi, tetap jugak nak bagitahu. Hehehe....

Ada saja mengadap komputer nie. Cuma tetiba mood hilang ke angkasa lepas rasanya. Tu yang bukak blog, tutup, bukak balik, tutup sampai makan berbulan-bulan sepi tanpa khabar berita. Pemalas!!!! ;)


Update blog malas, pergi tengok wayang rajin pulak ;) Kalau suruh aku komen pasal FF6 nie, aku akan kata ok tapi tak suka. Maksud tu apa? Aku suka jalan cerita cuma aku tak suka sebab Gisele (korang tengok gambar atas, perempuan belah kiri yang ikat rambut tocang tu) mati. Sungguh tak puas hati. Aku suka tengok dia couple dengan Han (mamat Tokyo/Korea/China). Aku pun tak sure dia warganegara mana. Heheheh.... 


Layan cerita nie :)


Cerita Dahlia jugak ;)


Dan ini yang jadi perkara pokoknya. Tapi sekarang aku dah abis final exam. Last paper Jumaat, dan-dan tu jugak aku terus capai novel pertama untuk di baca. Dalam masa 3 ari, lebih kurang 5 buah novel aku baca terus. Betul-betul balas dendam :)


Dalam seronok-seronok, ada jugak yang tak berapa nak best. Handphone aku jatuh sampai berkecai semua organ dalaman. Sunyi jugakla aku dalam beberapa minggu. Bulan kot. Motip sebab malas nak pergi kedai betulkan. Sudahnya adalah hamba Allah yang baik bagi aku pinjam handphone dia. Pun still malas lagi nak hantar pergi kedai. Apalah nak jadi dengan kau nie Diana.....

Oklah. Harap-harap lepas aku dah update benda merapu nie, aku akan rajin lagi update. In sha Allah :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da.....

♥ IaNda diaNa ♥ 
 

Rabu, 20 Februari 2013

TERTULIS BUAT KITA - DHIYA ZAFIRA

Terbitan : Alaf21
Harga : RM 22.00/566 mukasurat

Kedatangan Jimmy ke bumi Langkawi menemukannya dengan Auni, gadis yang amat membenci tentera. Bagi Auni, tentera telah mengubah kehidupannya. Kerana tentera, Auni kehilangan insan yang paling bermakna dalam hidup. Sikap Auni menimbulkan rasa tidak senang hati pada Jimmy. Kalau pun Auni ada sejarah dengan tentera, patutnya dia tidak dijadikan tempat melepaskan geram. Dalam bertelingkah, rupan-rupanya dalam hati masing-masing ada rasa cinta dan sayang. 3 minggu bersama Auni, Jimmy membuat keputusan untuk menjadikan gadis itu suri hatinya. Perkara itu sedikit sebanyak merunsingkan Afi, adik kembar Jimmy. Tempoh perkenalan yang singkat dan siapa Auni sebenarnya buat Afi serba salah. Namun demi kebahagiaan Jimmy, Afi cuba untuk menerima Auni sebaik mungkin.

Sejarah lama Cougar dalam diri Jimmy masih belum berakhir bila musuh yang berdendam masih terus mengejarnya. Bila mereka tahu Auni adalah isteri Jimmy, misi diatur untuk memudahkan mereka memusnahkan Jimmy. Rasa sayang pada Jimmy yang ada dalam diri Auni terbang sekelip mata bila tahu Jimmy adalah orang yang tertanggungjawab atas kematian abangnya. Suami yang dicintai sepenuh hati rupa-rupanya adalah musuh yang paling kejam dalam hidup Auni.

Rancangan diatur untuk membalas dendam. Kepura-puraan Auni akhirnya memerangkap Jimmy. Bila rasa marah menguasai diri, Auni lebih sanggup membunuh Jimmy dari memaafkan apa yang telah terjadi. Tetapi kehilangan Jimmy dalam hidup Auni langsung tidak memberi kelegaan padanya. Jimmy yang disangka telah mati oleh musuh-musuhnya langsung tidak sedar bahawa semuanya telah dirancang semata-mata. Kehadiran Jimmy ke Langkawi bukanlah untuk bercuti, tetapi ada misi bagi mengesan saki baki penjenayah yang selama ini menjalankan aktiviti jenayah antarabangsa. 

Kehilangan zuriat mereka, Jimmy tundingkan kesalahan itu pada Auni. Bagi Jimmy, Auni sanggup menggugurkan kandungan itu kerana bencikannya. Namun hakikat sebenar, bukan rezeki mereka untuk menerima kehadiran si kecil itu di dunia ini. Ucapan 'Selamat tinggal Auni' daripada Jimmy betul-betul melukakan hati Auni. Lalu Auni nekad untuk pergi jauh bila merasakan dirinya tidak lagi diperlukan dalam hidup Jimmy. Bila misi berjaya diselesaikan dan kebenaran tersingkap punca Jimmy kehilangan anaknya, Auni segera dicari. Namun, hati yang tergores belum tentu akan hilang begitu sahaja. Jimmy ke kiri, Auni ke kanan. Pengakhiran yang perlu diterima bila ia sudah ditetapkan 'Tertulis Buat Kita'.

Novel yang memang aku tunggu-tunggu sebab dah baca sebahagian dekat blog Kak Dhiya. Dhiya Zafira antara novelis kesukaan aku. Semua novel dia, semua hero dia, buat aku jadi gila sekejap. Gedik sangat tak cakap macam tu? Hehehe... Untuk siapa yang nak baca novel nie, aku cadangkan mungkin korang boleh baca dulu 'Jauh Kau Pergi'. Sebab dalam nie korang akan jumpa dan bercinta dengan 5 orang komando yang aku harap aku dapat jumpa dalam realiti. Arghhhhhh!!! Lagi sekali gedik. Hahaha.... Dalam JKP, lebih pada kisah Afi dan Rif. Dalam tu jugak, munculnya Cougar dalam hidup Jimmy. Jadinya idaklah korang tertanya-tanya siapakah Afi, Rif, Eddie, Cougar, Luqman dan Helmi. Kak Dhiya lebih pada genre action romantic. Dalam hati terbuai-buai, akan ada kisah yang menimbulkan suspen dan buat keadaan jadi kelam kabut, huru hara. Aku siap siasat macam maner dia boleh masuk dalam dunia komando nie. Wujud ker mamat 5 orang tu? Tapi katanya apa yang dia ceritakan itu berdasarkan pertanyaan dia daripada orang yang terlibat dalam dunia komando nie. Tapi bukan semua info-info tu senang nak dapat tau. Tahniah Kak Dhiya untuk cerita yang sweet, happy and mendebarkan nie :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥
    

Selasa, 5 Februari 2013

SYRIA DAN SHAWL

Hello Hai....:)

Dah lah lama tak update blog. Tetiba post entry pasal syria dengan shawl. Dah kenapa plak kan? Berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ker apa aku nie? Hehehe... Tidaklah. Nie bukan sebab aku jadi agent atau terlibat dengan mana-mana butik. Tapi nie jualan hasil daripada bila aku dok mengemas almari sangatlah terkejut kononnya sebab ada antara shawl dan syria yang aku beli tapi tak penah pakai dan ada yang aku pakai sekali dua jek. Disebabkan aku nie tak ada adik perempuan dan kakak serta mak aku bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang gemarkan 2 perhiasan nie, jadinya aku nak let go dengan harga yang murah-murah. Dari biar macam tu jer, baik aku jual kat saper-saper yang berminat kan :)

Cerita panjang nanti makin pening pulak kan. So, korang jamu mata dulu. Tengokla kot kalau ada yang berkenan. Kalau minat, boleh roger-roger I yek. Hehehe....

Koleksi shawl :


6 helai shawl

No 1 : Dari Happylifeshoppe




No 2 : Dari Sugarscarf



No 3 : Dari Adreesya
 
 


Koleksi syria :


4 helai syria dan 3 helai tudung awning lembut


No 1 : Koleksi Happylifeshoppe


 Yang nie ada terkoyak sikit sebab pakai brooch. Sikit jerrrrrr :)

No 2 : Koleksi Radiusite


 
No 3 : Koleksi Alhumaira Contemporary
 




Jadinya aku nak jual murah-murah jerlah. Semua nie aku nak jual dengan harga RM20.00 sehelai termasuk harga pos. Nampak tak harga tu? RM20.00 sahaja untuk sehelai. Kot tetiba korang banyak duit, nak amik semua, aku boleh adjust harga yang manis-manis supaya korang puas hati. Korang senang hati, aku pun senang keje kan. Hehehe....

Yang mana berminat, boleh pm aku kat forum. Kot tak tau aku kat forum mana, korang email jer yer. Jangan segan-segan.

Forum Cari.Com.My : honey_d7881
Email : gentwolc@yahoo.com

Da.....

♥ IaNda diaNa ♥