Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/509 mukasurat
Menjadi orang gaji di rumah En Latfy bagi tempoh 3 bulan tidak memberi masalah kepada Johanna kerana Apeh, Nana dan Nina adalah anak-anak yang senang dijaga. Tapi siapa sangka Along kepada 3 remaja inilah yang membuatkan Johanna rasa kerja sebagai orang gaji di situ sangat menyusahkan. Bila masak, pelbagai komen diterima dari Along yang memang menyakitkan hati Johanna.
'Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam kelat pedas je.'
'Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbang dulu.'
'Nak bagi kitaorang kena diabetis ker Cik Ana oiiiii...'
'Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.'
Kemunculan Jebat Iskandar sedikit sebanyak buat Johanna 'jatuh hati'. Dalam masa yang sama Shahira datang dalam hidup Along. Johanna dan Along dalam diam ada perasaan suka antara satu sama lain. Tetapi disebabkan mereka sudah seperti adik beradik, bila sesuatu yang serius dibangkitkan, ia dianggap satu gurauan semata-mata.
'Kalau pas barrier exam, then elective dapat distinction, Along terus masuk meminang. I am serious.' Tapi Johanna anggap Along buat lawak.
Apa kesudahan Along dan Johanna? Siapa Jebat? Siapa Shahira?
Apa kesudahan Along dan Johanna? Siapa Jebat? Siapa Shahira?
Kalau nak tau, korang kenala baca. Jalan cerita yang bagi aku agak menarik. Disebabkan Johanna nie student medic, memang tergeliat lah lidah nie nak menyebut term-term medic. Dalam masa yang sama, banyak jugak info yang kita dapat dalam novel nie. Bukan hanya cerita cinta semata tapi turut diselitkan somethings that can motivate us. Kalau korang tanya aku, memang aku anggap novel nie salah satu novel yang aku takkan 'jual' pada sesiapa. Walaupun korang bagi aku 15 juta kot. Wah!!!!! Menipu sangat lah aku taknak 15 juta tu kan. Hehehe... Kesimpulannya, aku tak rasa rugi sebab baca hasil tangan Hlovate nie....:)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
menarik juga yer.. boleh cari novel ni nnt.. Salam kenal.. thanks sudi singgah ke blog akak..
BalasPadamThank's jugak kak sebab menjenguk kat sini. Nanti kalau dah baca, bole wat review sikit. Mungkin saya ok, orang lain tak ok kan. Tapi serius saya cakap, for me novel-novel Hlovate nie memang penuh dengan macam-macam...:)
Padamsis awak nak jual tak novelni, saya dah lama cari tapi takde semua sold out, please,thank you in advance.
BalasPadam