Lama giler kan aku tak update blog. Huhuhu... Masa itu emas. Sampai 1 tahap, aku tertido dengan laptop terbukak sampai pagi. Sangat-sangat penat. Tapi nama pun kerja kan. Nak tak nak kena jugaklah bertahan. Tapi sekarang dah boleh tarik nafas sepuas-puasnya. Semuanya telah tamat Khamis lepas. Apa yang berlaku? Meh! Aku kongsi dengan korang.
Opis aku sebelum nie tengah sibuk untuk dapatkan Persijilan Kedua 5S. Bila kena buat 5S nie, komitmen sangat-sangatlah diperlukan. Apa kebendanya 5S tu heh? Aku explain yang basic-basic jerlah kat korang. Kalau nak lagi detail, korang boleh tanya dengan Mr Google :)
5S nie terdiri dari Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Nampak kan macam mana terbentuknya 5S tu. Tujuan amalan 5S nie sebenarnya proses untuk membuatkan sesebuah organisasi itu cemerlang. Cemerlang dari segi kecekapan proses kerja, perkhidmatan yang memuaskan pelanggan, ruang kerja yang murah dan menjimatkan, perkhidmatan yang diberikan adalah tepat, persekitaran kerja selamat dan moral serta kualiti pekerja dapat dipertingkatkan.
Kalau tanya pendapat aku tentang proses untuk Persijilan 5S nie, buat permulaan memang akan memenatkan semua orang. Kita akan carik barang/peralatan yang tak lagi diperlukan untuk kita SISIH bagi memberikan lebih ruang pada kawasan kerja kita. Bila telah dipastikan, proses SUSUN yang kreatif dan inovatif akan bermula yang mana tujuannya bagi mempercepatkan lagi proses kerja dilakukan. SAPU ruang kerja serta semua barang/peralatan supaya keadaan persekitaran kita lebih bersih dan selesa. SERAGAM akan memberi kebaikan pada jabatan yang mana semua proses kerja akan jadi mudah dan sekata. Dan yang pentingnya, semua pekerja perlu SENTIASA AMAL aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam. Apa pun yang kita buat, yang penting pastikan 5S ini praktikal, nampak, kreatif, keberkesanan pada proses kerja dan inspirasi kaizen (penambahbaikan berterusan).
Panjang lebau dah nampaknya aku citer kat korang pasal 5S nie kan. Bila kita dah amalkan, insyallah kita sendiri akan rasa perbezaan yang sangat-sangat ketara pada jabatan, rakan sekerja dan diri kita sendiri :)
Sebelum 5S
Selepas 5S
Nampak kan betapa bezanya sebelum dan selepas 5S nie. Nanti esok-esok kalau tempat kerja korang dah start buat 5S nie, sure korang akan jadi 'seronok' macam aku. Hehehe....
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da...
♥ IaNda diaNa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan