Khamis, 14 Jun 2012

TAKDIR ITU MILIK AKU - SITI ROSMIZAH

Terbitan : SR Publication
Harga : RM 33.90/1055 mukasurat

Kehidupan Dian Zara tidak seceria seperti gadis-gadis yang sebaya dengannya. Kemelut keluarga dengan kesusahan yang melanda diri ditambah pula dengan sikap ibu saudara merangkap ibu tiri yang tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Pelajarannya tergendala gara-gara dia dikerah untuk mencari rezeki jika tidak mahu ayahnya yang terlantar sakit diseksa. Kemalangan kecil yang berlaku antara Dian dan Zarif Adha memutikkan rasa yang berbeza dalam diri Dian. Namun bila sedar dirinya dan Zarif jauh perbezaannya, rasa itu hanya tersimpan kemas dalam hati.

Zarif Adha, seorang juruterbang yang memilik rupa paras yang mampu menarik minat sesiapa sahaja. Ditambah dengan kekayaan keluarganya, membuatkan Zarif menjadi manusia yang sombong dan angkuh. Pertama kali bertemu empat mata dengan Dian, perasaan benci terus hadir dalam dirinya. Tiada apa kesalahan yang Dian lakukan pada Zarif. Tapi kerana sikap lurus bendul dan kemiskinan Dian, punca kenapa Zarif benci melihat wajah tersebut.

Namun, disebabkan ketamakan Datin Munirah, mama Zarif pada harta ibu mertuanya, Dian dan Zarif disatukan. Pada Dian keikhlasan Zarif menyayanginya dan mengahwininya sangat menggembirakan. Apa saja yang dilakukan oleh suaminya dianggap perkara yang positif walaupun di satu tahap Dian merasakan dirinya umpama perempuan murahan. Misi Zarif dan Datin Munirah hanyalah mempergunakan Dian untuk mendapatkan zuriat. Zuriat yang membolehkan kekayaan memihak pada mereka berdua. Bila mengetahui zuriat yang dikandung oleh Dian cacat, pelbagai seksaan dilakukan pada Dian bagi membolehkan kandungannya itu mati. Cara terbaik daripada Zarif dan Datin Munirah menanggung malu atas kelahiran bayi cacat itu.

Kehilangan anaknya menjadikan Zarif dan Datin Munirah dua insan yang tidak ingin langsung dilihat oleh Dian. Dian bangkit semula untuk memastikan takdirnya ditentukan oleh dirinya sendiri dan bukan orang lain. Kemalangan yang menimpa Zarif dan Datin Munirah menyedarkan mereka tentang kesalahan yang telah dilakukan pada Dian. Zarif mula sedar hanya Dian yang dia inginkan saat itu. Hanya Dian sahaja perempuan yang layak menjadi isterinya. Tapi bila kejahatan yang telah menghancur lumatkan hati Dian, tak mungkin sama sekali untuk Dian menerima Zarif kembali. Buatlah apa saja, hatinya telah mati untuk suaminya. Zarif terpaksa menerima semua itu. Tetapi dia takkan mengalah. Hati Dian harus ditawan kembali. Kali ini dengan seribu harapan dan seribu kemaafan. Apa yang telah berlaku, harus ditebus kembali. Bila Dian mula membuka pintu hatinya, kehadiran Arman, Rahman dan Azura menyulitkan lagi keadaan. Kesudahannya, dalam pahit ada manisnya. Dalam derita, ada bahagianya :)

Nie novel ke 5 Siti Rosmizah yang ada dalam simpanan aku. Tapi a little bit dissapointed bila baca tu rasa macam aku baca novel penulis baru. Isu ketebalan buku 1 hal. Aku tak anggap benda tu isu besar sangat sebab novel-novel dia sebelum nie pun tebal-tebal jugak. Cumanya novel kali nie ader 'termiss' mukasurat. Aku pun tak tepon lagi SR Publication nak tanya kot-kot boleh tukar baru kan :) Walaupun ada terselit perasaan kecewa, tapi bila dah ada dalam simpanan, nak jugak pastikan benda tu lengkap kan. Hehehe.... Frustration ke 2 plak pasal olahan ayat dan jalan cerita. Memula bila penulis cuba menggambarkan emosi heroin. Contoh : Dian tercebik-cebik menahan tangis. Aduhai! Tak boleh ker gunakan ayat sedih menahan pilu di hati ker kan. Macam spoil kot ayat tu aku rasa. Pastu bila korang baca, korang akan rasa ada orang ketiga baca sama-sama dengan korang. Dok buat ulasan atas jalan cerita yang berlaku. Contoh : Zarif hanya memandang Dian berlalu di depannya. Kenapa Zarif begitu? Oh! Mereka bergaduh rupanya. Hah! Macam tu lah yang buat aku rasa frust sangat-sangat. Kalau ada yang dah penah baca novel ANDAI ITU TAKDIRNYA hasil penulis nie, aku rasa akan setuju dengan aku yang mana ada sedikit persamaan antara dua cerita nie. Anak meninggal, suami eksiden pastu insaf. Tapi aku tetap baik hati. Masih baca sampai habis sekalipun dah hujung-hujung, aku cuma baca dialog jer. Sebab tetiba rasa 'penat' plak. Hehehe... Buat peminat-peminat setia SR (mungkin termasuk aku kot), janganlah anggap apa yang aku ulas nie as a one way untuk kondem SR. Tiada niat sebenarnya. Apa yang aku lakukan hanya komen yang ikhlas. Harap semua ini akan jadikan novel SR lebih baik dari yang sebelum-sebelum ini. Insyaallah :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da.....

♥ IaNda diaNa 


3 ulasan:

  1. Sebuah karya yg merendahkan.menjijikkan martabat Seorang wanita or isteri, tanpa Ada also dan agama yg waras..Terserah lah penulis Pengarah nak buat 100 X lebih Terus,kejam,jijik sbb itu kau punya karya. Dah terlalu melampau...X Geran pun.

    BalasPadam