Jumaat, 8 Jun 2012

SUAMI YANG KUBENCI - EMAN SUFI

Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 20.00/544 mukasurat

Uwais Ukasyah dan Hannah Maryam disatukan dengan hanya 1 sebab. Kerana Tan Sri Idris @ tuk ayah Hannah. Hannah terpaksa mendengar kata tuk ayah untuk menerima Uwais berikutan tunangnya, Tengku Muiz telah ditangkap khalwat seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Hannah perlu mengikut arahan tuk ayah atau jawatan CEO akan diserahkan pada cucunya yang lain. Uwais pula menerima Hannah kerana terhutang budi dengan tuk ayah yang telah membantunya menyelesaikan semua hutang-hutangnya. 

Sebelum mereka disatukan, Hannah terlebih dahulu telah mengenali Uwais. Bezanya perkenalan mereka semuanya tidak bermula dengan baik. Uwais terlibat dengan kemalangan kecil bilamana motosikal yang ditunggang bersama adiknya terbabas gara-gara sikap Hannah yang memandu agak laju. Langsung tiada kata maaf dari Hannah atas kecuaiannya itu. Pertemuan kedua semasa Hannah dan adiknya, Mastura datang ke gerai burger Uwais. Misi Mastura hanya untuk meminta kakaknya meminta maaf pada Uwais atas apa yang telah terjadi. Namun lain pula yang berlaku bila mereka sekali lagi bertengkar bila mayonis dipercikkan pada muka Hannah dan Hannah pula melenyek burger ke muka Uwais. 2 pertemuan yang memang akan menimbulkan rasa benci dalam siri masing-masing.

Berada di dalam bilik yang sama kerana kedatangan Sarimah, ibu Uwais ke rumah mereka, berpura-pura kelihatan sebagai pasangan suami isteri yang mesra dan bergurau senda walaupun hanya lakonan, akhirnya membuatkan Hannah sedar yang dia telah jatuh cinta. Jatuh cinta pada suaminya sendiri. Tetapi hakikat yang nyata tidak mahu diakui. Bila bertemu dengan Batrisya, perempuan yang ingin dijodohkan dengan Uwais, perasaan cemburu mula timbul. Rasa itu semakin kuat bilamana Uwais dapat bekerja sebagai guru sambilan di sekolah yang sama dengan Batrisya. Hannah mula memikirkan jalan yang harus diambil untuk menjauhkan Uwais dari Batrisya. Kedatangan Fawaz, abang sepupu Hannah mula menimbulkan rasa cemburu pula dalam diri Uwais. Siapa tak marah bila depan matanya, Fawaz dengan selamba memeluk isterinya. Uwais cemburukan Fawaz, Hannah cemburukan Batrisya. Macam-macam kerenah, masam muka, bergaduh semuanya membawa pengakhiran yang baik. Dalam meniti kebahagiaan, mereka didatangi dugaan bila kehilangan insan tersayang. Dan kerana lintah, pertemuan antara Fawaz dan Batrisya membawa mereka ke alam perkahwinan. Bagaimana boleh terjadi? Siapa pula insan tersayang yang telah meninggalkan Uwais dan Hannah? Jangan lupa dapatkan novel ini untuk dijadikan koleksi :)

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan jalan cerita dalam novel nie. Ada kelakarnya, sedihnya. Walaupun tak banyak konflik yang agak mencabar berlaku, tapi masih membuatkan cerita nie seronok untuk dibaca. Karektor Sarimah memang akan buat korang tergelak. Pergaduhan Uwais dan Hannah, perpisahan Uwais dan Hannah, pasti akan mencuit hati. Jujurnya aku suka novel nie. Agak santai untuk dibaca. Bahasa tak memeningkan. Situasi dalam cerita nie pun buat kita faham sejelas-jelasnya. So, kalau korang jenis sukakan buku yang agak santai, kelakar, konflik sikit-sikit, aku rasa Suami Yang Kubenci nie sangat-sangatlah aku cadangkan. Tak rugi wooooooo. Hehehe... Selamat bertemu dengan Uwais, Hannah, Sarimah, Fawaz dan Batrisya kawan-kawan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan