Rabu, 30 Mei 2012

BILA DAH MINAT - KEK DAN TART

Hello Hai...:)

Kisah kali nie tak ada kena mengena dengan aku. Aku nak cerita pasal kakak kesayangan aku dan minat dia. Buat kek, tart, roti, puding. Senang cerita, dia nie rajin masaklah. Bukan takat pemanis mulut jer. Makanan lain pun dia pandai jugak. 1000 kali pandai dan hebat kalau nak dibandingkan dengan aku. Jujur kan ini budak berterus terang yang dia kurang gemar memasak. Teruk betul. Hehehe...

Cita-cita dia kalau duit banyak, nak berenti kerja, pastu bukak bakery sendiri. Aku memang sokonglah kalau dah tu minat dia. Bukan takat aku. Satu family akan sokong apa jer yang dia atau ahli keluarga lain akan buat. Sokongan family kan penting dalam hidup kita. Kakak aku nie rajin pun rajin. Kalau ko takat minat ada, tapi ko malas, memang tak jadi apa lah kan. So, bila dah rajin, minat pun beratus-ratus kali ganda, nie lah hasil yang dia akan dapat.

Taraaaaaaaaaaaaaaaa......


Blueberry Cheese Tart - Emmmm... Nampak sedap tak? Salah satu pebret aku. Dan sekarang dah terjebak pada kawan-kawan aku sekali. Dulu memula kakak aku buat, corak atas tu bukan macam nie. Dia just corakkan pakai blueberry. Tapi orang kalau dah banyak kali buat, memang akan ada perubahan lah kan. Yang penting, BCT nie tetap best. Aku paling suka sebab ada cheese. Tetiba macam dah gila cheese plak kan ;)




Kek Lapis Cheese Persona @ Tiramisu - Yang nie pun sedap!!! Bila masuk mulut, rasa macam cheese + oreo tu melompat-lompat ok. Kononnya nak gambarkan betapa lazatnya tiramisu nie yer. Hehehe.... First time aku rasa nie, masa aku datang KL ujung bulan 4 ari tu. Sampai kitaorang (aku + kengkawan) 'melantak' tiramisu nie malam, pagi bawak ke petang. Sangat buruk perangai. Huhuhu... Tapi dah sedap kan. Nak kata macam mana lagi ;p



Kek Red Velvet - Nie projek terbaru kakak aku yer kawan-kawan semua :) Tak boleh nak cakaplah sedap ker tak sebab dia hanya emailkan gambar pada aku. Huh! Sangat jahat ;p Nak buat macam mana. Kami nie jauh. Aku kat JB, dia kat KL. Takkan nak hantar pakai pos laju kan. Sungguh tak logik. Hehehe... Walaupun aku tak rasa, tengok dari gambar aku rasa sure sedap. Dengan cheese + whip cream. Sangatlah buat aku terliuq. Aku kena 'claim' dengan dia nie bila datang KL bulan 7 nanti ;)

Kakak aku nie bukanlah buat bisnes pun. Buat takat suka-suka. Orang kata makan sendiri. Tapi mana lah tau tetiba korang terbaca post aku nie, korang macam terasa-terasa kat tekak, korang pergi jerlah kat sini - Ina Pj. Nak mintak resipi kek dan tart kat atas tu pun boleh. Dia sempoi punya orang. Tak kedekut. Biasalah. Kakak siapa yang baik nie? Mestilah kakak Diana. Yeyyyyyy.....

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Rabu, 16 Mei 2012

KEPUTUSAN MENGEJUT

Hello Hai...:)

Apa yang keputusan mengejut? Tak ada apa-apa yang besar sebenarnya. Cuma bagi aku, apa yang aku buat nie rasanya satu keputusan yang agak mengejut dan secara pantas untuk dapatkan jawapannya.



Nie lah dia. Memang aku ada niat sebenarnya nak sambung belajar. Target aku mungkin tahun depan atau 2014. Sebabnya? Sekarang nie aku rasa macam belum 'kuat' untuk fikir pasal belajar. Tapi tak sangka, minggu nie aku kena buat keputusan yang semasak-masaknya sebab peluang yang datang nie sangat-sangatlah terhad. Banyak kelebihannya yang buat aku terfikir agak sayang untuk aku lepaskan. Tapi biarlah semuanya datang dari kehendak aku sendiri kan tanpa ada rasa untuk terikut-ikut dengan keputusan orang lain.

Harap semuanya berjalan lancar dan aku dapat lakukan dengan sebaik-baiknya. Insyaallah :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa

Isnin, 14 Mei 2012

WAKTU TERLALU SIBUK TELAH TAMAT

Hello Hai...:)

Lama giler kan aku tak update blog. Huhuhu... Masa itu emas. Sampai 1 tahap, aku tertido dengan laptop terbukak sampai pagi. Sangat-sangat penat. Tapi nama pun kerja kan. Nak tak nak kena jugaklah bertahan. Tapi sekarang dah boleh tarik nafas sepuas-puasnya. Semuanya telah tamat Khamis lepas. Apa yang berlaku? Meh! Aku kongsi dengan korang.

Opis aku sebelum nie tengah sibuk untuk dapatkan Persijilan Kedua 5S. Bila kena buat 5S nie, komitmen sangat-sangatlah diperlukan. Apa kebendanya 5S tu heh? Aku explain yang basic-basic jerlah kat korang. Kalau nak lagi detail, korang boleh tanya dengan Mr Google :)

5S nie terdiri dari Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Nampak kan macam mana terbentuknya 5S tu. Tujuan amalan 5S nie sebenarnya proses untuk membuatkan sesebuah organisasi itu cemerlang. Cemerlang dari segi kecekapan proses kerja, perkhidmatan yang memuaskan pelanggan, ruang kerja yang murah dan menjimatkan, perkhidmatan yang diberikan adalah tepat, persekitaran kerja selamat dan moral serta kualiti pekerja dapat dipertingkatkan.

Kalau tanya pendapat aku tentang proses untuk Persijilan 5S nie, buat permulaan memang akan memenatkan semua orang. Kita akan carik barang/peralatan yang tak lagi diperlukan untuk kita SISIH bagi memberikan lebih ruang pada kawasan kerja kita. Bila telah dipastikan, proses SUSUN yang kreatif dan inovatif akan bermula yang mana tujuannya bagi mempercepatkan lagi proses kerja dilakukan. SAPU ruang kerja serta semua barang/peralatan supaya keadaan persekitaran kita lebih bersih dan selesa. SERAGAM akan memberi kebaikan pada jabatan yang mana semua proses kerja akan jadi mudah dan sekata. Dan yang pentingnya, semua pekerja perlu SENTIASA AMAL aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam. Apa pun yang kita buat, yang penting pastikan 5S ini praktikal, nampak, kreatif, keberkesanan pada proses kerja dan inspirasi kaizen (penambahbaikan berterusan).

Panjang lebau dah nampaknya aku citer kat korang pasal 5S nie kan. Bila kita dah amalkan, insyallah kita sendiri akan rasa perbezaan yang sangat-sangat ketara pada jabatan, rakan sekerja dan diri kita sendiri :)


Sebelum 5S


Selepas 5S

Nampak kan betapa bezanya sebelum dan selepas 5S nie. Nanti esok-esok kalau tempat kerja korang dah start buat 5S nie, sure korang akan jadi 'seronok' macam aku. Hehehe....

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da...

♥ IaNda diaNa