Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 21.00/636 mukasurat
Cinta Nysa Sakinah pernah ditolak oleh Farish Aqil semasa mereka di universiti. Pada Farish, walaupun saat itu dia merasakan tenang dan bahagia disamping Nysa tetapi dia cuba menidakkan kebenaran itu. Semuanya kerana Sara Lilyana lebih dahulu berada di dalam hatinya. Setelah mereka meninggalkan dunia pengajian, mereka dipertemukan kembali atas ikatan yang ditentukan oleh orang tua mereka.
Pada mulanya berat hati Nysa untuk menerima Farish. Sekali cintanya ditolak, dia tidak mahu lagi berdepan dengan rasa sakit itu. Namun kerana sikap Farish yang tidak berputus asa dan rasa cinta yang masih ada, Nysa akhirnya terikat sebagai tunangan Farish. Kesibukkan Farish dan keputusan menundakan tarikh perkahwinan mereka pada mulanya Nysa terima kerana merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Bila keadaan menjadi semakin rumit dengan campur tangan dari ayahnya, Nysa membuat keputusan nekad meminta Farish memutuskan pertunangan mereka. Tidak sanggup lagi rasanya bila Nysa merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk ikatan itu sedangkan Farish sering mengelak. Tiada apa yang mampu diubah bila Farish sendiri menyerahkan kad perkahwinan yang jelas tertera namanya dan Farish.
Masih tidak mahu mengalah, menjelang perkahwinan mereka, Nysa merayu pada Farish supaya tidak hadir pada majlis itu nanti. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kebahagiaan Farish bila Nysa sedar yang cinta dan sayang Farish masih lagi pada Lily. Walaupun rayuannya tidak dilayan oleh Farish, tetapi dia masih mahu meneruskan misinya untuk mencari kembali Lily. Untuk mengembalikan Lily dalam hidup suaminya. Kebahagiaan Farish lagi bermakna dari rasa hatinya sendiri. Apalah guna ikatan perkahwinan itu jika Farish menganggapnya hanya sebagai adik dan bukan seorang isteri. Berpura-pura gembira bila berhadapan dengan Farish bukanlah senang. Tetapi itu yang perlu dilakukan untuk Farish selesa berada di sampingnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana Lily dan usaha itu berhasil bila Lily sendiri muncul untuk kembali semula pada Farish. Tahu yang rancangannya telah selesai, Nysa pergi membawa diri bersama cinta pada Farish yang tidak pernah padam dalam hatinya.
'Yang terbaik dalam hidup Nysa bila lihat kebahagiaan Abang Farish.'
Recommended dari kakak opis aku. Katanya novel nie dia tahu dari Penulisan2u dan dipendekkan cerita, novel nie best. Aku paling pantang kalau orang kata novel tu best, menarik, terbaik. Memang tak sampai baper hari, aku akan carik sampai dapat. Hehehe... Jalan cerita menarik. Kira lain sikit dari novel yang aku pernah baca sebelum nie. Rasanya 1st novel kot yang aku baca cerita situasi macam nie. Adik angkat kawin dengan abang angkat. Tapi abang angkat tak boleh nak terima. Buat keputusan untuk bahagiakan abang angkat. Dan ayat 'Nysa kawin bukan untuk diceraikan' memang aku tak boleh lupa. Yerlah kan. Dalam dunia realiti pun siapa nakkan perpisahan. Tapi semua yang tertulis tak ada saper boleh halang. Selamat membaca..;)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da...
♥ IaNda diaNa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan