Khamis, 19 Julai 2012

RAMADHAN 1433H

Hello Hai...:)


 Credit to : Islam-wallpapers

Alhamdulilah, masih dipanjangkan usia untuk menyambut sekali lagi bulan Ramadhan. Syukur sangat-sangat. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin :)

Jadinya, sempena kedatangan bulan puasa nie, aku harap keberkatan bulan ini akan dapat dicapai oleh aku dan korang semua. Banyak kelebihannya kan. Samada kita nak 'kejar' atau tak nak. Aku tak berjanji apa-apa sebenarnya pada diri sendiri. Cuma dalam ati dok terfikir untuk buat lagi baik dari tahun-tahun sebelum ini. Aku rasa korang pun mesti ecxited nak sambut Ramadhan nie kan. Tak kiralah teruja dari segi apa. Nak berbuka ramai-ramai ker, nak cukupkan sembahyang terawih ker. Tak pun bersemangat nak khatamkan Al-Quran dalam masa sebulan nie. Atau seronok sebab dalam bulan ini kita akan jumpa makanan yang sangat-sangat banyak. Hah! Mana satu nak? ;)

Apa pun yang korang buat, kena ingat. Niat kena betul, jangan berlaku pembaziran. Tak elok. Peringatan untuk diri aku jugak. Truly speaking, aku adalah manusia yang sangat suka membeli makanan. Dan sampai 1 tahap, makanan tu terbiar macam tu jer. Teruk kan perangai. Masih dalam proses mengubah benda tak elok kepada yang lebih elok. Insyaallah :)

Selamat berpuasa kawan-kawan. Jangan tinggal puasa, jangan tinggal solat ok. Semoga perjalanan Ramadhan aku dan korang tahun nie akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin, amin ;)

" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Surah Al-Baqarah : Ayat 183



Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da.....

♥ IaNda diaNa  

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ha'ah. Buat aksi 'berani mati' bergambau tgh2 jalan raya. Tapi serius! Jalan nie lengang giler. Tu yg aku suka. Hehehehe....

      Padam
    2. sgt cantik....ko nampak seketol ditengah²...sangat cute :)

      Padam
    3. Mcm hantu pun ada bila tgk. Takut!!! Huhuhu....

      Padam
    4. takde bende lain nk pikir...hantu-hantu-hantu...haish!

      Padam