Jumaat, 13 Julai 2012

KL + SABAK BERNAM = DEMAM

Hello Hai...:)

Hampir 3 minggu tak update blog. Lama jugak kan. Kalau boleh, seminggu tu aku nak buat 3@4 entry. Tamak tak? Bukanlah gila kuasa namanya. Cuma blog nie kan macam diari. Lagipun nie kan blog aku. So, sukatilah aku nak tulis baper kali pun seminggu kan. Hehehe....

Tapi nak buat macam maner. Angan-angan belum menjadi kenyataan. Tengoklah nanti. Kalau masa aku banyak terluang, ditambah pulak Mr Lappy aku dah kuar dari workshop, bolehlah kot. Agaknyalah ;)

Jumaat lepas, 6 Julai, aku ke KL. Sengaja nak berpoya-poya sebelum pergi kursus kat Sabak Bernam. Kursus aku tu start 9-11 Julai. Nanti aku buat entry pasal KL yek. Insyaallah. Balik dari Sabak Bernam ari Rabu, aku sampai JB lebih kurang pukul 11.30 malam. Uihhhhhh!!! Penat + pening. Sebenarnya dari kat Sabak Bernam lagi aku dah rasa lain macam. Tak sedap badan. Dengan selsemanya lagi. So, semalam terpaksa 'mencutikan' diri sendiri sebab sangat tak larat nak pergi kerja. Kesian kan aku. Huhuhu... So, ari nie baru dapat menjejakkan kaki ke lantai opis nie. Rasa rindu pulak. Hahaha... Ayat sangat poyo kan ;p

Opsss!! Ada benda nak bagitau nie. Kawan baik aku, Mizz_IjauTerkoish @ Mummy dah 'menghidupkan' semula blog dia. Apa kes sampai dah lama tak update blog. Nie alasan malaslah kan. Lebih kuranglah macam aku ;) Tapi sebenarnya dia menjalankan 'misi' menghapdet blog lain. Itu yang blog sendiri terbujur kaku bak kata Nabil. Hehehe... Kalau korang ada masa, jenguk-jenguklah yer. Update baru nie dia 'mengumpat' pasal aku. Mengumpat-mengumpat manja. Tapi aku tetap sayang ko. Sampai akhir hayat :)



Nanti jumpa kat entry seterusnya ok ;)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa 
 

2 ulasan: