Khamis, 19 September 2013

SANDAL BUNGA BUNGA - FAZIELA

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00

5 tahun bercinta, Zahran buat keputusan untuk tinggalkan semua bila Deena memilih lelaki lain sebagai tunangnya. Pulangnya ke Malaysia untuk melupakan segala-galanya. Hidup perlu diteruskan dengan membuka lembaran baru. Naqib pula meninggalkan Izza untuk perempuan lain setelah 8 tahun mereka bercinta. Kisah mereka sama. Dikhianati orang yang tersayang buat hati mereka sakit. Mereka bertemu bila Zahran mencari bilik air di tempat kerja Izza. Sikap sombong Zahran yang langsung tidak mahu senyum atau berterima kasih pada Izza buat Zahran dilabel sebagai lelaki tidak beradab. Zahran tahu silapnya yang tidak berterima kasih pada Izza, namun sakit perut yang dialami buat dia lupa apa yang patut dibuat. Berjanji pada diri sendiri jika gadis itu dijumpainya lagi selepas ini, pasti ucapan terima kasih akan dilafazkan.

Kemalangan kecil yang berlaku di hadapan rumah keluarga Izza, membawa mereka berdua ke satu lagi peringkat bila ibu masing-masing berhajat untuk menjodohkan mereka. Zahran menerima Izza seadanya dan begitu juga sebaliknya. Bercinta selepas berkahwin, manisnya tetap ada. Sikap Zahran yang bertolak ansur dengan Izza tentang urusan rumah tangga buat perkahwinan mereka berjalan lancar. Zahran membawa Izza masuk ke dalam dunia aktiviti lasak yang diminatinya selama ini. Apa yang dilakukan untuk menggembirakan Izza dengan caranya yang tersendiri. Kenangan yang akan diingati oleh Izza sampai bila-bila.

Deena yang masih mengharapkan Zahran pulang ke Malaysia dengan harapan hubungan mereka dapat disambung semula. Namun Zahran terus menjauhkan diri daripadanya hingga Deena membuat keputusan gila. Ugutan demi ugutan diberi pada Izza sehingga akhirnya Izza berjaya diculik dan didera sepuas-puas hatinya sehingga kandungan Izza tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada itu, hidup Izza berubah sehingga tiada seorang pun yang ingin dijumpainya termasuk Zahran.

Novel ke-2 selepas Si Mangkuk Tingkat. Aku suka sebab jalan cerita, bahasa yang digunakan santai. Sweet jugak bila suami isteri ber I, You. Padahal kalau ikut realiti, aku macam tak gemar bila suami isteri membahasakan diri diaorang macam tu. Tapi dalam novel nie, rasa macam kena pulak. Hehehehe... Apa yang aku perasan ada part yang sama lebih kurang macam Si Mangkuk Tingkat. Jodoh atas pilihan orang tua dan sikap dendam orang ketiga mengakibatkan salah seorang hero atau heroin menjadi mangsa. Kalau korang nak cerita yang relax, santai, sweet, sedikit extreme, aku rasa buku nie bolehlah jadi koleksi korang. Tetiba terasa macam nak buat jugak aktiviti bungy jump macam yang Zahran dan Izza buat di New Zealand
:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa ♥

2 ulasan: