Jumaat, 13 September 2013

TERIMA KASIH CINTA - LYA ZARA


Terbitan : Kaki Novel
Harga :  RM 19.00

Pertama kali bertemu, mereka berebut teksi. Kerana itu, tawaran kerja Amani yang pertama terpaksa dilepaskan. Kali kedua, Zafran adalah bosnya sendiri jika dia diterima bekerja di situ. Walaupun cara pemakaian Amani menyakitkan mata Zafran, namun tugas setiausaha yang telah lama terabai perlu diisi segera. Amani diterima bekerja dengan syarat-syarat yang Zafran sendiri tetapkan. Lagipun Amani bukan perempuan idamannya. Namun kata orang, jangan menilai tanpa kenal terlebih dahulu. Tapi itulah yang dirasa oleh Zafran. Mula-mula menyampah, tapi semakin kerap bersama Amani, rasa bahagia mula hadir dalam dirinya.

Amani dihantar berkursus tetapi hidup Zafran jadi huru hara kerana rindukan Amani sehingga membawa lelaki itu menjejak Amani di kampung. Melihat pada hidup dan keluarga Amani buat Zafran rasa bertambah-tambah bahagia. Kemunculan semula Natrah, bekas teman wanita Zafran buat Datin Nuraina mengambil langkah segera dengan ingin menjodohkan Zafran dengan Amani yang telah ditemuinya sebelum ini. Walaupun baru pertama kali bertemu, Datin Nuraina dapat rasakan Amani adalah calon yang menepati pilihan untuk dijadikan menantunya. Zafran menolak pilihan Datin Nuraina kerana hatinya telah ada Amani, Datin Nuraina pula mahukan Amani menjadi isteri Zafran. Bila nama kedua-duanya disebut secara serentak, barulah Zafran dan Datin Nuraina dapat menarik nafas lega. Siapa sangka orang yang sama telah ada dalam hati Zafran mahupun Datin Nuraina.

Pulangnya Natrah ke Malaysia membawa hajat. Doanya supaya dipertemukan dengan Zafran menjadi bertambah mudah bila Amani menjadi orang tengahnya. Hubungan perkahwinan Zafran dan Amani diduga bila Arisya membalas dendam dengan cara menggunakan ilmu hitam. Mereka semakin jauh bila Amani tahu Natrah telah menjadi madunya. Hati yang remuk buat Amani pergi meninggalkan Zafran tanpa tahu perkara sebenar.

Novelis baru. Aku baca sebab dekat FB ada yang komen cerita nie best. So, try baca. Aku boleh masuk dengan jalan cerita. Bagi aku ok dan jalan cerita dia yang tersusun. Perkara biasa rasanya sekarang nie bila tema cerita memula gaduh, then boleh suka dan jadi sayang sungguh-sungguh. Tapi pada aku bila penulis baru boleh buat cerita yang 'masuk' dengan hati aku nie, kira wajiblah aku simpan buat koleksi kan :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

3 ulasan:

  1. Terima kasih sudi dapatkan karya pertama sy.. Alhamdulillah dpt menepati citarasa saudari! :)

    BalasPadam
  2. Jammin' Jars Casino App Download for Android - KTM Hub
    Jammin' Jars 광주광역 출장안마 Casino app download for 제주도 출장마사지 Android, iOS & Mac. Jammin' Jars casino online slot is jam-packed, fun and 울산광역 출장안마 offers 김해 출장샵 a range 당진 출장샵 of casino

    BalasPadam