Selasa, 17 April 2012

JULA JULI BINTANG TUJUH - ADILEAH

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/453 mukasurat

Kisah mereka yang bekerja di Istana Seri Gemilang. 

Ilham, Ketua Pengarah Kediaman Aris merangkap pembantu peribadi serta kawan baik pada Tengku Aris, bakal Raja Muda. Sikapnya yang dingin dan tegas memang sering menjadi bual bicara semua pekerja di Kediaman Aris. Tapi semuanya kerana perginya Orked dalam hidup Ilham. Walaupun 3 tahun Orked telah pergi, namun bagi Ilham, wanita itu masih tetap kemas berada dalam hatinya.

Suria, dayang istana yang datang dari Cameron Highlands bagi mencapai tujuannya untuk merasa sendiri bagaimana kehidupan di istana. Penyakit gagap yang dihadapi olehnya bukanlah perkara yang agak serius, tetapi bila berada dalam kedaan terkejut dan kelam kabut, dia sendiri tidak mampu untuk mengawal perasaan gagapnya. 

Munculnya Suria membuka buku baru Ilham-Suria dan tertutupnya kisah Ilham-Orked. Bagi Ilham, Suria lain daripada wanita yang dikenali selama ini selain Orked kerana Suria sentiasa menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura. Kematian ayah dan ibu Suria akibat perbuatan khianat menyebabkan Suria diburu oleh mereka yang ingin mendapatkan sesuatu yang berharga yang ada padanya. Apa dan kenapa Suria sendiri tidak tahu sebabnya. Ilham yang merasakan Suria berada dalam keadaan bahaya, sering menjadi pelindung kerana bagi Ilham, Suria yang telah bertakhta dalam dirinya adalah tanggungjawabnya dan dia perlu memastikan apa sahaja bahaya yang datang, Suria perlu dilindungi.

Siapa sangka bila orang yang paling Suria percaya selama ini adalah orang yang telah membunuh ibu dan ayahnya. Kerana tamak, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Ilham pula terus menyatakan isi hatinya yang selama ini mencintai Suria. Suria juga mempunyai rasa yang sama tetapi dia ada impiannya sendiri yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Tempoh 12 bulan, janji antara Ilham dan Suria untuk meneruskan cinta mereka menjadi tanda tanya bila pertemuaan mereka semula menyebabkan Suria tahu yang Ilham akan berkahwin lagi 2 bulan. Dengan siapa Ilham akan berkahwin? Kenapa Ilham mungkir janji? Suria atau Ilham yang bersalah? Semua ada dalam Jula Juli Bintang Tujuh :)

Novel pertama Adileah yang aku baca. Secara jujurnya, aku boleh ikut jalan cerita, watak dan suasana yang ada dalam novel nie. Dan buat aku teruja untuk ke Cameron Highlands sebab nak rasa sendiri macam mana damainya Suria bila dia berada di sana. Cuma sikit dari komen daripada aku, walaupun cerita nie ada gembiranya, ada sedihnya, ada keadaan mendebarkan, rasa tu macam tak sampai dalam hati aku. Bukanlah kata aku nie nak feel gila-gila kan. Nama pun pendapat aku. So, tu lah yang aku rasa. Ada rasa tu, tapi macam tak sampai pada hati aku. Tapi, tapi, tapi. Aku tetap dapat abiskan ok. Maknanya aku masih boleh layan cerita Adileah nie. 

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan