Jumaat, 13 April 2012

10 BLOG PILIHAN

Hello Hai...:)
 
Lama rasanya aku tak update review pasal novel. Macam mana nak buat ulasan kalau baca pun tak. Huhuhu... Aku rasa ada lebih 5 buah novel yang aku tak baca lagi. Pastu hujung bulan nie berangan nak ke Pesta Buku pulak. Yang ada tak terbaca, nak beli lagi. Aduhai!! Sangat malas ini budak :) Tapi bukan nak kata apa. Kebelakangan nie memang aku rasa malas nak membaca. Mood tiada. Kosong!!! Emmmm... Nantilah. Insyaallah aku cuba habiskan pelan-pelan yer. Insyaallah :)
 
Ok. Hari nie aku nak cerita sikit pada korang 10 blog yang boleh dikatakan hari-hari aku akan bukak dan akan baca andai si blogger tu ada update cerita terbaru diaorang. Kalau ikut dalam list pebret aku memang banyak, tapi ini antara 10 yang memang aku suka dari dulu sampai sekarang. Sebab apa aku suka baca blog diaorang? Jom, aku terus terang dengan korang. Hehehe....



Fatin Liyana - Aku suka baca blog dia nie sebab apa? Ayat dia sempoi, selamba. Tak pernah lah jumpa FL nie, tapi bila aku tengok dia dekat Safiyya hari tu, rasanya die nie maybe seorang yang peramah. Bakal doktor yang cute. Hopefully boleh jumpa dia kot 1 hari nanti. Nak ker dik jumpa akak yang 10 kali cute dari awak nie? Hehehe... Tahniah Fatin sebab baru dapat award. Memang layak akak rasa ;)



Hanis Zalikha - Dia nie aku rasa ramai yang dah kenal kot. Muda lagi. First time aku baca blog dia, aku ingat dia nie macam dah baya-baya aku. Lebih kuranglah. Tapi tak sangka dia masih adik lagi. Lagi muda dari adik aku yang bongsu ;) Baca blog dia nie pun best. Banyak info + gambar-gambar yang sangat cantik. No wonderlah nama dia tersenarai dalam carian terbanyak kat google kan :)



Ernie Khairina - Aku mula kenal blog nie sebab aku like page jual pashmina dia kat FB. Penggemar pink kaler ok dia nie. Sampai blog and tulisan pun kaler pink :) Sekarang Ernie duduk kat UK sebab ikut husband dia sambung belajar. Aku tak kenal dia, tapi aku happy sebab dia akan balas apa jugak yang aku comment dan tanya dekat blog dia. Gambar-gambar yang dia post pun cantik, besar, penuh. Puas tengok. Walaupun tak pernah sampai saner dan tak tau tahun bila nak sampai, aku tetap rasa seolah-olah aku ada kat sebelah dia. Boleh macam tu? ;)



Fatin Suhana - Lagi seorang Fatin. Fatin Suhana nie hobi dia memasak. Bila dia post gambar makanan yang dia sendiri masak, aku sangat jealous ok. Sebab dia terror bab masak nie. Hehehe... Aku bukanlah tak pandai, tapi tidaklah seexpert dia :) Nanti FS buatkanlah akak kek yang sedap-sedap ok. Gaya bercakap, macamlah FS nie baca blog aku nie. Sangatlah drama ok. Hahaha....



Nurul Badiah Lai - Bakal peguam. Ker dah jadi peguam. Aku pun tak pasti. Hehehe... Baca blog Nurul nie seronok jugak. Sebab cara dia bercerita macam apa yang kita lalui setiap hari. Ayat pun sempoi. Sebab tu aku suka terjah semua blog-blog nie ;)



Azim Ashaary - Ok. Kalau yang atas-atas tu semua blog personal, yang nie pun sama jugak. Cuma bezanya Azim nie banyak sangat aktiviti dia. Yang utama adalah cerita melancong dengan makan-makan. Aku jumpa blog nie sebab aku nak carik info pasal Hong Kong. Dan aku sangat suka tengok semua gambar-gambar dia. Cantik :)



John - Lagi satu blog yang cerita pasal melancong. Aku kenal dia dekat forum Cari.Com. Pun sebab nak dapatkan info pasal Hong Kong. Dah apahal pulak sibuk carik pasal HK nie kan? Hehehe... Biasalah. Perancangan untuk melancong jugak. Insyaallah :) Sama macam Azim, semua gambar-gambar dia memang menarik perhatian aku. Kalau nak tau, header aku nie, dialah yang tolong ajar. Mekasih John :)



AHC - Perempuan. Biasalah, bab-bab menghabiskan duit nie jatuh nombor 1 :) Blog tudung yang aku suka. Tapi bukan semua yang AHC jual aku beli. Tengok pada keperluan aku. Yang mana memang aku nak, aku beli. Tapi ada masa sikap aku berubah. Beli, tapi tak pakai. Semuanya sebab tergoda tengok owner AHC yang cantik nie :)


  
Radiusite - Blog yang aku rasa ramai sangat yang dah kenal. Perempuan-perempuan lah kot. Sebabnya kalau dia upload gambar pukul 11.00, sure ko tengok balik kul 11.30, mesti semua dah sold out. Untung betul budak nie. Betullah, dia budak lagi ok. Muda lagi. baru 24/25 tahun rasanya. Tapi dah berjaya. Rezeki dia kan. Tahniah Ika :)



- Nie pulak blog makeup. Sangat suka tengok blog nie sebab semua solekan yang V buat memang menjadi. Nampak banyak sangat perbezaan sebelum dan selepas muka orang yang disolek. Kalau nak tau, AHC dengan Radiusite pun ambik V untuk makeupkan model diaorang. Aku tau pun sebab tiap kali ader update, sure nama blog V nie pun akan naik sama. Dia nie ada buat makeup class jugak. Terasa nak joint tahun nie. Insyaallah kalau kena dengan masanya. Aku kalau bab-bab bersolek nie memang suka. Walaupun aku bukanlah suka sangat bersolek, kurang-kurang kalau belajar, boleh praktikkan kat muka orang lain kan.

So, semua nie adalah antara blog yang memang aku suka sangat baca. Diaorang pun bukanlah macam aku update hari-hari kan. Ker aku jer yang malas nak update blog? Hehehe... Bila kita seronok baca blog seseorang, kita sentiasa akan 'follow' mereka. Itulah yang aku buat :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....

♥ IaNda diaNa
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan