Topik pasal makan lagi. Nak buat macam mana. Aku memang suka makan. Tengok jerlah saiz badan yang semakin membesar bagai juara. Ok, citer pasal tempat makan dekat Senibong nie, aku rasa ramai dah tau kan. So, aku tepeklah sikit gambar time aku pergi hari tu. Walaupun aku nie adalah penduduk Johor Bahru dan boleh dikatakan Senibong tu tak jauh, tapi boleh dikira dengan jari tanganlah baper kali sangat aku ke sana. Rasa teringin sangat-sangat, baru pergi. Dan jugak kalau ader tetamu luar yang datang. Contoh macam kakak aku dari KL datang. Tapi kena tengok jugak yer masanya. Ada satu masa tu aku pergi, orang ramai sangat. Kebetulan masa tu ada cuti panjang. Tak sangkalah sampai ramai macam tu. Last-last, kitaorang balik. Tak jadi makan kat situ. Taknaklah citer panjang-panjang. Penat! Hahaha... Jom, layan gambar yang tak seberapa nie. Buat tatapan jamu mata korang semua ;)
Nie siput gonggong. Aku suka! Masak cili macam nie kan. Memang best. Aku tak tau pun akan kewujudan siput gonggong nie. Ntah macam maner member opis aku selalu cerita asal dia balik kampung (Belungkor) selalu dapat siput nie banyak. Rebuslah, itulah, inilah. Tu yang buat napsu nak rasa tersangatlah tinggi. Bila pergi Senibong nie, ada. Apa lagi, siap tanya tukang jual tu siput nie sedap masak apa. Bila sekali makan sedap, lepas tu datang memang nie antara order yang wajib.
Tak ingat samada nie kerapu atau siakap. Teruk betul perempuan nie. Ikan pun ko tak tau heh. Alah, aku bukan tak tau. Cuma aku tak sure time tu aku makan ikan apa ;) Order 2 ikan. Masak sweet sour ngan stim limau. Tapi gambarnya 1 jer ok. Sedap ker tak? Of courselah sedap kan. Ikan pun garing. Kuah pun terasa. Stim limau pun sedap.
Sotong goreng tepung. Kalau kat sesetengah tempat, makan sikit kita akan rasa muak. Maybe sebab tepung terlalu tebal atau berminyak sangat kan. Tapi yang nie aku suka. Tambah pulak dengan sos thai dia yang memang umphhhh!!! Rangup, kurang berminyak dan sedap. Time memilih tu mungkin rasa macam sikit sangat sotong yang aku ambik. Tapi bila dah siap goreng, ambik ko. Makanlah puas-puas yek.
Udang goreng tepung. Tidaklah aku suka sangat. Ok, boleh tahan. Tapi aku lagi suka sotong dari udang kot. Kalau makan udang nie pun, aku kopek kepala, buang kulit semua, makan isi jek. Maybe sebab macam tak berapa nak best kot bila goreng macam tu. Kalau masak sambal ker, berkuah-kuah ker, sure kepala, kulit semua aku telan. Sebab aku adalah peminat udang yang utama :)
Kat situ memang banyak kedai makan. Yang masuk Jalan-Jalan Cari Makan pun ada. Tapi aku lagi suka pergi kedai yang pertama sekali. SSS nie lah. Lepas kedai makan Nasi Lemak, kita akan jumpa kedai nie dulu. Dari dulu sampai sekarang, memang nielah kedai yang aku tuju walaupun kat situ banyak kedai lain. Dah serasi dengan masakan kat situ kot. So, kalau sesiapa datang JB, bolehlah singgah makan kat Senibong. Harga memanglah boleh tahan. Nama pun seafood kan. Tapi macam aku, kalau harga sepadan dengan kualiti makanan, berbaloi sangat-sangat.
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Hi Diana....saya baru jer pegi makan kat Selera Senibong Seafood weekend lepas dan dah upload gambar2 kat blog www.blogmakanbest.blogspot.com
BalasPadamSenang2 tu jenguk la selalu blog saya topik 100% pasal makan, makan dan makan :) Kebanyakan di area JB maklum la orang JB
Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ
Orait Papa-NtiQ. Thank's melawat sini jugak. Will follow you ya :)
Padamsaya ada jual sipot gong gong..nak oder leh call wassap saya 0167172962
BalasPadampenghantaran sabtu/ahad kawasan pasir gudang kotamasai cahaya baru ulu tiram..
Boleh hantar kat jb sekudai ke tak... siput gonggong
Padam