Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/528 mukasurat
Kisah ini tentang dua orang yang mempunyai cara hidup yang berbeza. Kaseh, seorang gadis yang mempunyai segala-galanya. Kemewahan dan kebebasan. Tapi dia tidak kaya dengan kasih sayang. Adam, jejaka yang juga mempunyai kemewahan tetapi lebih senang berdiri atas kaki sendiri. Ingin mendapatkan hasil atas usahanya sendiri dan bukan bergantung pada harta ayahnya semata-mata. Menjalani kehidupan berlandaskan suruhanNYA.
Siapa sangka selama ini Adam meminati Kaseh dari jauh. Walaupun sedar gadis itu agak liar, tetapi bagi Adam apa yang dirasa adalah kehendaknya sendiri. Mereka dipertemukan bila Kaseh sendiri menawarkan diri untuk menjadi kekasih Adam. Agak terkejut dengan permintaan itu, namun kesungguhan Kaseh Adam turuti. Adam memberi tempoh 3 bulan untuk mereka mengenali hati budi masing-masing. Jika berjaya, barulah hubungan itu diteruskan ke peringkat yang lebih baik dari seorang kawan.
Berkawan dengan Adam memang memberi perubahan yang sangat besar bagi diri Kaseh. Adam menjadikan dia seorang yang kembali sedar pada perintah yang SATU. Banyak yang Kaseh pelajari. Tapi untuk berubah menjadi yang lebih baik, banyak pengorbanan yang perlu Kaseh lakukan. Kaseh perlu meninggalkan arak yang selama ini menjadi minuman rutinnya. Perlu menghindarkan diri dari aktiviti waktu malam dan kunjungan ke kelab. Perlu menahan sakit akibat rawatan laser bagi membuang tatu yang selama ini ada di badannya. Dan yang paling utama, Kaseh perlu belajar untuk hidup sebagai seorang yang sederhana. Makan di gerai dan menaiki kenderaan awam. Semuanya berjaya dihadapi Kaseh kerana sedar dia kini dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik, yang mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
Campur tangan dari daddy Kaseh menjauhkan jarak mereka. Kaseh setuju untuk dikahwinkan dengan Iskandar, bekas kekasihnya semata-mata untuk kebahagiaan mereka sekeluarga. Menghilangnya Kaseh selama 3 tahun tak pernah melenyapkan nama itu dalam hati Adam. Bila mereka dipertemukan semula untuk kali kedua, Adam nekad untuk menjadikan Kaseh yang halal baginya. Tapi saat itu, dia sedar Kaseh milik Iskandar dan munculnya Shereen, pilihan uminya untuk dijadikan isterinya. Bahagia milik mereka atau tidak, semuanya ada di Ikhlas A.K!.
Novel penulis nie yang pertama. Orang Singapura. Jauh menyeberang tambak. Nak kata best pun tak, tak best pun tak. Yang pasti aku berjaya jugak habiskan walaupun ada masa aku rasa macam tak sampai kat hati aku. Tapi tahniahlah untuk penulis nie sebab walaupun baru novel pertama, berjaya jugak 'menawan' hati aku nie. Sebab aku nie jenis bila baca bab awal,tak boleh masuk dengan kepala aku, novel tu aku akan simpan dan tak tahu tahun bila aku nak bukak balik. Tapi yang nie, aku berjaya jugak khatam ;) Insyaallah, kalau ader lagi novel dia yang lain lepas nie, mungkin aku akan sambar jugak. Insyaallah :)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan