Selasa, 20 Mac 2012

SI MANGKUK TINGKAT - FAZIELA

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/471 mukasurat
 
Calon isteri pilihan Ashraff mestilah perempuan yang berbaju kurung dan membawa mangkuk tingkat. Angan-angannya itu ditertawakan oleh abang sepupunya, Farez memandangkan perkara itu adalah mustahil. Nak cari perempuan pakai baju kurung memanglah senang. Tapi yang bawa mangkuk tingkat dekat tengah-tengah KLIA ini mana nak jumpa. Tapi kalau itu dah jodoh Ashraff, pasti akan bertemu juga dengan calon pilihan hatinya. Tidak sangka perempuan yang berlanggar dengannya semasa baru saja keluar dari bilik air di KLIA memenuhi ciri-ciri yang dicari. Yang diketahui hanya nama tuan punya badan. Itu yang dipegang dan dijadikan petunjuk bertahun lamanya untuk tahu siapa 'dia'.

Edryna membenci semua lelaki yang bernama Asyraf. Semua yang bernama Asyraf bagi Edryna adalah sama. Sebab seorang Acap, Edryna turut membenci Ashraff. Acap dan Ashraff orang yang berlainan, tapi bagi Edryna tiada bezanya. Perbuatan Acap pada Edryna meninggalkan kesan yang berkekalan dan tidak mampu dibuang dengan apa cara sekalipun. Sejak daripada itu, Edryna berubah dan tidak menjadi seperti dirinya sendiri.

Pertemuan Ashraff dan Edryna bermula dengan pergaduhan. Situasi yang tidak berapa baik itu berterusan bila keluarga mereka bersetuju untuk menyatukan mereka. Edryna cuba membantah tetapi tidak bagi Ashraff bila tahu inilah dia perempuan yang dicari selama ini.Tidak mahu membantah kehendak keluarga, akhirnya mereka disatukan. Pelbagai usaha dilakukan Ashraff untuk memenangi dan melembutkan hati Edryna. Bila dah hidup sebumbung, hati yang keras juga pasti akan lembut. Orang yang dibenci pasti akan dikenang dan dirindui. Itulah yang terjadi pada Edryna bila segala kebaikan Ashraff selama ini dapat mengembalikan dia kepada dirinya yang asal. Saat keadaan rumahtangga mereka bahagia, muncul Acap datang membalas dendam. Edryna dilanggar, Ashraff pula menjadi sasaran seterusnya. Bila peluang terbentang di depan mata, Acap teruskan misinya hingga mengorbankan seseorang. Siapa dan terkorban? Ashraff atau Edryna?

Jalan cerita dalam novel nie pasal seorang pilot dengan seorang associate consultant pada company yang terlibat untuk uruskan environtmental report. That's whylah Edryna nie lebih suka pakai mangkuk tingkat yang mana kesannya langsung tak memburukkan alam sekitar. For the beginning aku rasa ada sikit bosanlah. Maybe dalam 7/8 chapter macam tu. Tapi makin lama oklah aku boleh masuk dengan jalan cerita. Ada jugak part kelakar. Yang aku ingat sampai sekarang nie, bila Edryna bagi upah 30 sen dekat Ashraff lepas hantar barang dekat tempat kitar semula dengan time Ashraff buat announcement dalam flight untuk Edryna. Tapi sayang sebab bini kesayangannya tu boleh pulak membuta. Memang spoil :)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.

Da....
 
♥ IaNda diaNa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan