Apa yang aku carik bila pergi pasar malam? Yang paling utama, tentulah makanan. Sebab aku akan dapat banyak makanan dengan hanya RM 10. Tu kalau napsu makan dapat dikawal la. Kalau tak, mau berpuluh-puluh RM jugak yang melayang :)
Balik kerja tadi, aku singgah kat pasar malam. Misi ari nie macam nak makan sup. Tengoklah apa yang sedap. Mee sup ker, mee hoon sup ker, sup saja ker. So, ronda-ronda lah kat Pasar Malam Taman Perling. Nie kalau saper yang dok JB, tau lah kat mana area pasar nie. Taklah besar sgt pun. Ker sebab aku selalu pergi balik kerja, awal lagi, jadi gerai masih tak banyak? Ntah. Rasa banyak kali aku pergi, panjang macam tu jugak. Mungkin takat tu jerlah kot. Dan rasanya semua penjual kat situ Melayu. Kalau Melayu dah berniaga, memang macam-macam jenis makanan la ada. So, antara tahan dengan tidak jerla. Hehehe...
Apa aku beli tadi? Meh aku share dengan korang semua :D
Apa nie? Hah! Nie lah Dim Sum. 1st time nie aku beli. Tapi aku beli sikit jer. 6 ketul nie harga dia cuma RM 5.20. Pakcik nie jual 3 dengan harga RM 2.60. Memula aku amik 3 bijik jer, tapi tengok macam sedap kan, aku tambah lagi 3. Karang aku beli banyak-banyak, takut tak sedap plak. Lagipun kat umah tinggal aku ngan adik aku jer. Kalau beli banyak, membazir plak. Untuk percubaan. Kalau best, next time bolehlah aku beli lagi. So, sedap ker tak? Serius!!! Sedap giler. Hahaha... Kalau tanya tekak aku nie, alhamdulilah benda nie boleh melepasi masuk ke dalam perut. Sedap, memang terasa ayamnya sebab aku amik nie dua-dua rasa ayam. Lain kali datang sini, bolehlah aku beli lagi. Dekat pasar malam tu, takat nie cuma pakcik nie sorang jer yang jual dim sum nie. Jadi memang takkan susahlah nak carik melainkan kalau pakcik tu memang tak berniaga :)
Mee sup - RM 2.00 sebungkus. Walaupun nampak sikit macam tak cukup, tapi untuk aku dah cukup sangat dah. Aku sekarang nak makan untuk alas perut, bukan untuk nak kenyang. Sebab badan aku dah macam tong dram dah. Arghhhh!!! Jadinya makan kenalah disekat-sekat. Taugeh tu takder cuma aku terasa nak makan sup dengan taugeh yang banyak dalam mangkuk. Jadinya, macam gitulah rupanya bila mee sup + taugeh ;p
Aku beli jugak keropok lekor sambal dengan pedal goreng. Tapi tak sempat nak amik gambar bagai sebab dah ngap masuk dalam perut. Walaupun macam tak cukup jer tengok (untuk pandangan mata orang macam aku nie), tapi alhamdulilah. Kenyang aku ari nie. Jangan tanya kenapa aku tak masak. Sebabnya dalam rumah nie suma kena kuarantin dari nasik. Kenalah bertahan. Hehehe....
Start esok, aku dah free sikit. Kerja opis pun banyak dah siap. Jadinya bolehlah aku nak mulakan balik membaca novel-novel yang belum lagi terusik tu. Belum campur lagi dengan 4 buah novel yang aku order dari Jemari Seni. Masih menunggu sebab aku beli pun Jumaat lepas. Esok rasanya sampai.
Insyaallah kalau sempat, dalam minggu nie aku buatlah sikit review pasal Pelangi dan Gurindam Jiwa. Alah, novel yang aku beli second hand tu. Aku ada cerita kat sini NOVEL : HIJAU DAN TERPAKAI.
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Selasa, 28 Februari 2012
Sabtu, 25 Februari 2012
SEOUL GARDEN - STEAMBOAT AND GRILL
Hello Hai...:)
Semalam time lunch aku dengan kawan-kawan opis pegi makan kat Seoul Garden. Tak tahu apa yang menarik dan sedapnya kat sini. Cuma selalu bila lalu, sure ramai orang. So, nak tau best ker tak, cuba jerlah. Harga makan kat sini memang berbeza-beza. Hari biasa, hari cuti, tuk budak sekolah. Tapi yang pastinya semua ada ++.
Kalau tanya aku, bagi tekak nie rasa macam biasa jek. Nak kata sedap pun tak, tak sedap pun tak. Tengah-tengah lah senang cerita. Kat sini pilihan steamboat dan grill memang macam-macam. Contoh kalau part sotong tu, ada sotong kari lah, sotong tomyam lah, sotong garlic lah. Makanan yang sama tapi pelbagai rasa. Air pun banyak jenis. Biasa atau bergas. Aiskrim dah tentu ada. ABC, cendol. Ada jugak nasik goreng, mee dan nasik putih. Tapi serius aku cakap. Nasik goreng dia patern nasik goreng cina. Kalau bawak anak-anak, tak risaulah pedas.
Trylah tengok kat web diaorang nie kalau tergerak ati nak makan kat situ - Seoul Garden.
♥ IaNda diaNa ♥
Semalam time lunch aku dengan kawan-kawan opis pegi makan kat Seoul Garden. Tak tahu apa yang menarik dan sedapnya kat sini. Cuma selalu bila lalu, sure ramai orang. So, nak tau best ker tak, cuba jerlah. Harga makan kat sini memang berbeza-beza. Hari biasa, hari cuti, tuk budak sekolah. Tapi yang pastinya semua ada ++.
Kalau tanya aku, bagi tekak nie rasa macam biasa jek. Nak kata sedap pun tak, tak sedap pun tak. Tengah-tengah lah senang cerita. Kat sini pilihan steamboat dan grill memang macam-macam. Contoh kalau part sotong tu, ada sotong kari lah, sotong tomyam lah, sotong garlic lah. Makanan yang sama tapi pelbagai rasa. Air pun banyak jenis. Biasa atau bergas. Aiskrim dah tentu ada. ABC, cendol. Ada jugak nasik goreng, mee dan nasik putih. Tapi serius aku cakap. Nasik goreng dia patern nasik goreng cina. Kalau bawak anak-anak, tak risaulah pedas.
Trylah tengok kat web diaorang nie kalau tergerak ati nak makan kat situ - Seoul Garden.
Sekeping gambar cukuplah kan ;)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
Rabu, 22 Februari 2012
SWEET SOUR - NASZ
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 21.00/570 mukasurat
" Bila masa dia jadi pakwe aku?" Kata Lia.
" Entah... Bila masa aku ambil dia jadi awek aku." Kata Zarul.
Sudahnya mereka saling menjeling antara satu sama lain.
Sejak 2 tahun yang lalu, mereka memang rapat. Ibarat telah kenal hampir 200 tahun. Couple version tak bercinta. Merajuk, marah, bergurau, ambil berat. Tapi antara mereka tidak pernah ungkapkan apa-apa kata cinta. Seolah-olah mereka faham sendiri rasa hati satu sama lain. Pengikat mereka cincin gula-gula sepuluh ringgit pemberian Zarul pada Lia.
Pertemuan dengan Joe tidak pernah langsung terpahat dalam kepala Lia. Kali pertama, mereka terlanggar semasa joging di Titiwangsa. Kali kedua perlanggaran kereta semasa Lia berkejar untuk mengambil peperiksaan. Kali ketiga waktu Lia bersama kawan-kawannya ke Pulau Tioman. Langsung tidak pernah terlintas wajah Joe dalam mindanya.
7 tahun tempoh persahabatan Lia dan Zarul hilang begitu saja bila Zarul menghulurkan kad kahwin pada Lia. Perkahwinan Zarul dan Su, perempuan yang selama ini dielak oleh Zarul. Apa yang mampu dibuat. Tujuh tahun yang sangat panjang. Sangat panjang dengan saat-saat manis mereka berdua.
Lamaran Joe diterima kerana Lia rasakan cara ini yang terbaik supaya dia dapat dekat dengan Zarul. Pelbagai cara dibuat oleh Joe untuk menawan hati Lia. Segala yang dilakukan semuanya bersebab sehingga Lia tahu apa yang berlaku padanya dan Zarul selama ini adalah rancangan Joe. Saat hati benar-benar sayang pada Joe, perkhabaran yang tidak terduga menghancurkan semuanya. Joe melepaskan Lia, Zarul kembali pada Lia. Tapi tanya pada hati, siapa lebih bermakna dalam hidup. Joe atau Zarul?
Cerita yang ada manisnya, ada masamnya. Samalah macam tajuk kan. Memula baca, serius aku lagi suka Zarul daripada Joe sampai aku sms kawan aku cakap, kenapa mesti Joe wujud. Tapi rupa-rupanya apa yang Joe lakukan adalah untuk orang yang dia sayang. Buku nie kira dah lama dah. Terbitan 2010. Aku gila-gila carik sebab kawan aku kata best. Korang tau kan aku punya perangai macm mana. Jadi 'gila' sekejap bila ada orang puji buku tu best. Hehehe... Bahasa dalam nie memang santai. Macam bahasa kita cakap ari-ari. Aku suka, tapi kakak opis aku yang pinjam buku nie kata kurang suka. Citarasa masing-masing kan. Bila baca nie, teringat karya Hlovate. Bahasa yang diaorang guna macam lebih kurang santainya. Skrang nie aku tengah tunggu 'Anaz', anak baru Nasz. Tapi tak taulah bila masa akan siap. Dapat baca pun kat blog Nasz. Lambat pun kena tunggu kan. Kalau dah minat, penantian tu walaupun menyeksakan, tapi buat-buat gembira jerlah. Selamat Membaca.
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da...
♥ IaNda diaNa ♥
JAUH DARI CINTA - ADAH HAMIDAH
Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 21.00/636 mukasurat
Cinta Nysa Sakinah pernah ditolak oleh Farish Aqil semasa mereka di universiti. Pada Farish, walaupun saat itu dia merasakan tenang dan bahagia disamping Nysa tetapi dia cuba menidakkan kebenaran itu. Semuanya kerana Sara Lilyana lebih dahulu berada di dalam hatinya. Setelah mereka meninggalkan dunia pengajian, mereka dipertemukan kembali atas ikatan yang ditentukan oleh orang tua mereka.
Pada mulanya berat hati Nysa untuk menerima Farish. Sekali cintanya ditolak, dia tidak mahu lagi berdepan dengan rasa sakit itu. Namun kerana sikap Farish yang tidak berputus asa dan rasa cinta yang masih ada, Nysa akhirnya terikat sebagai tunangan Farish. Kesibukkan Farish dan keputusan menundakan tarikh perkahwinan mereka pada mulanya Nysa terima kerana merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Bila keadaan menjadi semakin rumit dengan campur tangan dari ayahnya, Nysa membuat keputusan nekad meminta Farish memutuskan pertunangan mereka. Tidak sanggup lagi rasanya bila Nysa merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk ikatan itu sedangkan Farish sering mengelak. Tiada apa yang mampu diubah bila Farish sendiri menyerahkan kad perkahwinan yang jelas tertera namanya dan Farish.
Masih tidak mahu mengalah, menjelang perkahwinan mereka, Nysa merayu pada Farish supaya tidak hadir pada majlis itu nanti. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kebahagiaan Farish bila Nysa sedar yang cinta dan sayang Farish masih lagi pada Lily. Walaupun rayuannya tidak dilayan oleh Farish, tetapi dia masih mahu meneruskan misinya untuk mencari kembali Lily. Untuk mengembalikan Lily dalam hidup suaminya. Kebahagiaan Farish lagi bermakna dari rasa hatinya sendiri. Apalah guna ikatan perkahwinan itu jika Farish menganggapnya hanya sebagai adik dan bukan seorang isteri. Berpura-pura gembira bila berhadapan dengan Farish bukanlah senang. Tetapi itu yang perlu dilakukan untuk Farish selesa berada di sampingnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana Lily dan usaha itu berhasil bila Lily sendiri muncul untuk kembali semula pada Farish. Tahu yang rancangannya telah selesai, Nysa pergi membawa diri bersama cinta pada Farish yang tidak pernah padam dalam hatinya.
'Yang terbaik dalam hidup Nysa bila lihat kebahagiaan Abang Farish.'
Recommended dari kakak opis aku. Katanya novel nie dia tahu dari Penulisan2u dan dipendekkan cerita, novel nie best. Aku paling pantang kalau orang kata novel tu best, menarik, terbaik. Memang tak sampai baper hari, aku akan carik sampai dapat. Hehehe... Jalan cerita menarik. Kira lain sikit dari novel yang aku pernah baca sebelum nie. Rasanya 1st novel kot yang aku baca cerita situasi macam nie. Adik angkat kawin dengan abang angkat. Tapi abang angkat tak boleh nak terima. Buat keputusan untuk bahagiakan abang angkat. Dan ayat 'Nysa kawin bukan untuk diceraikan' memang aku tak boleh lupa. Yerlah kan. Dalam dunia realiti pun siapa nakkan perpisahan. Tapi semua yang tertulis tak ada saper boleh halang. Selamat membaca..;)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da...
♥ IaNda diaNa ♥
SERASI DI HATI - NORA ISMAIL
Terbitan : NB Kara
Harga : RM 21.00/608 mukasurat
Dunia Zarul - Menjadi 'anak ikan' pada Zalina, isteri seorang Datuk pada mulanya hanya kerana keseronakkan yang ingin dicari. Berpunca dari kehilangan kasih sayang daripada insan bergelar ayah sejak kecik dan kematian ibu serta makcik yang menjaganya. Tapi dia bukanlah 'gigolo' seperti yang lain kerana apa sahaja yang diberikan oleh Zalina itu tidak pernah diambil. Wang yang menyaranya selama ini adalah hasil daripada gaji sebagai bodyguard pada Zalina. Tambahan pula harta yang ditinggalkan oleh makciknya memang dapat menampung hidupnya selama bertahun-tahun. Makin lama perasaan ingin menjauhkan perbuatan terkeji itu datang dalam hatinya dan dia memerlukan insan yang dapat membantu dia berubah.
Dunia Edrinaz - Perkahwinan yang dibina bersama Shamsul Azman adalah kerana kehendaknya sendiri. Rasa sayang yang terlalu tinggi menutup segala keburukan Azman. Edrinaz berhak untuk berkawan atau berjumpa dengan sesiapa pun asalkan pandai menjaga diri. Erti cemburu seolah-olah tiada di dalam kamus hidup Azman. Ada masa Edrinaz merasakan suaminya langsung tidak memperdulikan hal dirinya dan rumahtangga. Sikap manjakan Edrinaz tak pernah dipamerkan dan kebanyakkan perbelanjaan rumah di tanggung oleh Edrinaz. Mungkin Azman fikir Edrinaz mempunyai perniagaannya sendiri, jadi dia lagi mampu untuk menguruskan semuanya. Sikap Azman yang begitu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Edrinaz dilepaskan hanya kerana hasutan dari pihak ketiga.
Perkenalan Zarul dan Edrinaz di alam cyber akhirnya menemukan mereka secara berdepan bila Zarul berkunjung ke kedai hiasan dalaman milik Edrinaz. Terkaku semasa kali pertama berjumpa dirasai Edrinaz tetapi bahagia buat diri Zarul. Walaupun sedar yang Edrinaz adalah isteri orang, tapi lama-kelamaan Zarul tidak dapat membohongi hatinya bila dia sedar yang dia mula sayangkan Edrinaz. Sikap Zarul yang lebih mengambil berat tentang diri Edrinaz memang menggoncang hatinya. Tetapi dia tetapkan perasaan bahawa Azman adalah lelaki yang ada dihatinya ketika itu. Penceraian Edrinaz dan Azman membuka ruang pada Zarul untuk menambat hati Edrinaz. Siapa sangka huluran salam diterima oleh Edrinaz. Rasa marah Zalina pada Zarul mengganggu hubungan mereka. Kehadiran semula Azman yang masih memerlukan Edrinaz mengakhiri hubungan mereka bila Edrinaz memilih Azman. Bahagia atau tidak milik Zarul, semua akan terjawab di dalam Serasi Di Hati. Kadang-kadang bukan semua yang berakhir dengan gembira itu terjadi pada semua.
Aku beli sebenarnya bukan sebab aku tau siapa penulis dan apa bestnya cerita nie. Tapi sebab aku berkenan dengan cover dia yang kaler hijau tu. Walaupun hijau bukanlah kaler pebret aku. Mungkin jugak sebab time nak mencarik, tak ada novel yang aku berkenan dan mata aku terpandang novel nie yang lagi menyerlah dari novel-novel yang lain. Tapi nasib baik bila baca, memang best. Dan aku baru tau, Nora Ismail nie jugak adalah Rose Harissa. Nick Rose nie dia guna dalam novel keluaran Alaf21. Semua memang dah ada dalam simpanan aku. Dan lagi satu sebelum aku terlupa, dia nie jugak pelukis untuk majalah APO. Cantik karektor lelaki yang dia lukis untuk watak-watak dalam novel. Macam real.
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Sabtu, 18 Februari 2012
NOVEL : HIJAU DAN TERPAKAI
Hello hai...:)
Novel 'hijau'. Sebabnya cover dia semua kaler hijau ;)
Aku dah lama beli novel nie + dan baca pun. Tapi disebabkan kakak seopis pinjam dan pulang balik pada aku, terus aku baca balik.Yang pastinya semua cerita nie best.
Dua buah novel nie pulak adalah novel terpakai. Aku dapatkan dari Cari.Com. Kira berbaloilah bagi aku sebab novel yang aku dapat ini keadaanya pun masih elok. 2 buah novel aku dapat dengan 1 harga kalau aku beli yang masih baru. Berbaloi kan.
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Rabu, 15 Februari 2012
SECRET RECIPE
Hello Hai....:)
Time aku balik kampung, kalau kitaorang nak pegi 'ngeteh', sure tempat nie jadi port utama. Aku rasa sampai SR tu naik muak tengok muka kitaorang nie. Hehehe.... Bukan sebab fikir nak makan tempat mahal jek. Warung goreng pisang pun kitaorang layan. Cuma SR nie macam jadi tempat 'lepak-lepak' yang slalu dituju. Maybe sebab tempat yang selesa, nak borak pun santai jek and sebab ada makanan dan kek yang best.
So, aku 'jamulah' korang dengan makanan yang selalu kitaorang order kalau makan kat SR nie. Maybe sebab sedap kan, tu yang tiap kali datang sini, sure inilah yang dipesan.
Update gambar makanan nie buat aku lapar pulak tengah malam + pepagi buta nie. Skrang waktu untuk tido yer Cik Diana. Bukan waktu untuk makan. Hehehe...
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....:)
♥ IaNda diaNa ♥
Time aku balik kampung, kalau kitaorang nak pegi 'ngeteh', sure tempat nie jadi port utama. Aku rasa sampai SR tu naik muak tengok muka kitaorang nie. Hehehe.... Bukan sebab fikir nak makan tempat mahal jek. Warung goreng pisang pun kitaorang layan. Cuma SR nie macam jadi tempat 'lepak-lepak' yang slalu dituju. Maybe sebab tempat yang selesa, nak borak pun santai jek and sebab ada makanan dan kek yang best.
So, aku 'jamulah' korang dengan makanan yang selalu kitaorang order kalau makan kat SR nie. Maybe sebab sedap kan, tu yang tiap kali datang sini, sure inilah yang dipesan.
Set Kids - Nie order kalau ada yang bawak anak. Burger yang comel-comel.
Prawn Macaroni With Cheese
Speghetti Bolognaise (Chicken)
Kopok yang tak pernah kitaorang abiskan
Chicken Cordon Bleu
Chicken Paramigiana
Green Apple Kasturi & Iced Mocha
Vanilla Milkshake
Chocolate Indulgence & Hazel Cheese
Update gambar makanan nie buat aku lapar pulak tengah malam + pepagi buta nie. Skrang waktu untuk tido yer Cik Diana. Bukan waktu untuk makan. Hehehe...
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....:)
♥ IaNda diaNa ♥
Langgan:
Catatan (Atom)
















