Apa yang aku carik bila pergi pasar malam? Yang paling utama, tentulah makanan. Sebab aku akan dapat banyak makanan dengan hanya RM 10. Tu kalau napsu makan dapat dikawal la. Kalau tak, mau berpuluh-puluh RM jugak yang melayang :)
Balik kerja tadi, aku singgah kat pasar malam. Misi ari nie macam nak makan sup. Tengoklah apa yang sedap. Mee sup ker, mee hoon sup ker, sup saja ker. So, ronda-ronda lah kat Pasar Malam Taman Perling. Nie kalau saper yang dok JB, tau lah kat mana area pasar nie. Taklah besar sgt pun. Ker sebab aku selalu pergi balik kerja, awal lagi, jadi gerai masih tak banyak? Ntah. Rasa banyak kali aku pergi, panjang macam tu jugak. Mungkin takat tu jerlah kot. Dan rasanya semua penjual kat situ Melayu. Kalau Melayu dah berniaga, memang macam-macam jenis makanan la ada. So, antara tahan dengan tidak jerla. Hehehe...
Apa aku beli tadi? Meh aku share dengan korang semua :D
Apa nie? Hah! Nie lah Dim Sum. 1st time nie aku beli. Tapi aku beli sikit jer. 6 ketul nie harga dia cuma RM 5.20. Pakcik nie jual 3 dengan harga RM 2.60. Memula aku amik 3 bijik jer, tapi tengok macam sedap kan, aku tambah lagi 3. Karang aku beli banyak-banyak, takut tak sedap plak. Lagipun kat umah tinggal aku ngan adik aku jer. Kalau beli banyak, membazir plak. Untuk percubaan. Kalau best, next time bolehlah aku beli lagi. So, sedap ker tak? Serius!!! Sedap giler. Hahaha... Kalau tanya tekak aku nie, alhamdulilah benda nie boleh melepasi masuk ke dalam perut. Sedap, memang terasa ayamnya sebab aku amik nie dua-dua rasa ayam. Lain kali datang sini, bolehlah aku beli lagi. Dekat pasar malam tu, takat nie cuma pakcik nie sorang jer yang jual dim sum nie. Jadi memang takkan susahlah nak carik melainkan kalau pakcik tu memang tak berniaga :)
Mee sup - RM 2.00 sebungkus. Walaupun nampak sikit macam tak cukup, tapi untuk aku dah cukup sangat dah. Aku sekarang nak makan untuk alas perut, bukan untuk nak kenyang. Sebab badan aku dah macam tong dram dah. Arghhhh!!! Jadinya makan kenalah disekat-sekat. Taugeh tu takder cuma aku terasa nak makan sup dengan taugeh yang banyak dalam mangkuk. Jadinya, macam gitulah rupanya bila mee sup + taugeh ;p
Aku beli jugak keropok lekor sambal dengan pedal goreng. Tapi tak sempat nak amik gambar bagai sebab dah ngap masuk dalam perut. Walaupun macam tak cukup jer tengok (untuk pandangan mata orang macam aku nie), tapi alhamdulilah. Kenyang aku ari nie. Jangan tanya kenapa aku tak masak. Sebabnya dalam rumah nie suma kena kuarantin dari nasik. Kenalah bertahan. Hehehe....
Start esok, aku dah free sikit. Kerja opis pun banyak dah siap. Jadinya bolehlah aku nak mulakan balik membaca novel-novel yang belum lagi terusik tu. Belum campur lagi dengan 4 buah novel yang aku order dari Jemari Seni. Masih menunggu sebab aku beli pun Jumaat lepas. Esok rasanya sampai.
Insyaallah kalau sempat, dalam minggu nie aku buatlah sikit review pasal Pelangi dan Gurindam Jiwa. Alah, novel yang aku beli second hand tu. Aku ada cerita kat sini NOVEL : HIJAU DAN TERPAKAI.
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan