Sabtu, 4 Februari 2012

aA+bB - HLOVATE

Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM 20.00/495 mukasurat

Addin dan Benz. Dua orang yang bertemu jodoh walaupun dalam diri Addin, Benz adalah manusia yang paling ditolak untuk dijadikan suami. Addin sangkakan berita yang diterima daripada Kucai mengatakan dia dirisik semasa masih di Edinburgh hanya gurauan. Bila balik ke Malaysia, saat ma pa Addin mengatakan mereka telah menerima pinangan dari ibu ayah Benz, barulah Addin sedar Kucai bukan bergurau. Dan kerana perkara ini, hubungan baik antara Addin dan Kucai renggang kerana Addin rasakan tindakan Kucai ini hanya untuk memusnahkan masa depan dia. Hanya luahan mampu dibuat pada Aie, teman yang dikenali semasa sesat ke Leiden, Holland.

Atas sebab tertentu, mereka akhirnya dinikahkan. Kehidupan mereka seperti teman serumah dengan ditemani oleh Chik, yang menjaga makan pakai mereka berdua. Kehadiran Kucai, ibu ayah Benz dan Nina, adik Benz sedikit sebanyak mengubah perasaan dalam diri masing-masing. Mula muncul babak antara Didi dan Benji.


'Siap sorang doktor, sorang engineer lagi tu. Tapi perangai kadang-kadang mengalahkan budak tadika. Takkan sampai ke tua nak buat hal masing-masing macam nie?' Keluh Kucai.

Tiba-tiba ada pula watak Dora dalam nie. Siapa Dora? Wujud atau tidak? Sebab Addin rasakan yang perkahwinan mereka nie takkan kekal lama, dia bagi cadangan pada Benz untuk kawin lain. Bila dah mula mesra, boleh bergurau, borak-borak, saat Benz tiada di depan mata, timbul 1 perasaan dalam diri Addin. Baru dia sedar yang sebenarnya dia sayangkan Benz dan mula dapat terima perkahwinan nie. Hubungan mereka jadi semakin baik hinggalah Aie menjadi penyebab mengapa Addin rasakan dia dipermainkan. Siapa Aie? Apa lagi dugaan yang Addin dan Benz hadapi? Bahagia milik mereka atau tidak?


Sumanya ada dalam novel nie dan aku suggest korang baca. Aku wat review sikit jelah. Tak boleh banyak-banyak. Hehehe... Actually aku baca novel nie dulu baru aku baca TUNAS. Tak sangka yang dua-dua novel nie saling berkaitan. Tapi yang bestnyer kalau korang tak baca TUNAS dulu pun takper. Dia takkan mengelirukan korang walaupun wujudnya watak yang kita sendiri tak kenal. Macam biasa, nie novel yang akan jadi pebret aku. Serius aku rasa tak rugi duit aku RM 20.00 terbang untuk buku nie. Thank's Hlovate sebab buat cerita yang best macam nie....:)

Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas ni.

Da....

♥ IaNda diaNa ♥

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..ley tanye tak??..novel aa+bb ade jual kat pasaran lg tak??coz saya da bace novel tunas..so teringin nak tau citer lepas tu..puas da cari tapi tak jumpe..agak2 ley beli melalui pos tak??ade stok lagi ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai! Sorry lambat balas :)

      Dah baca Tunas ek? Saya pulak terbalik. Baca aA+bB dulu, baru baca Tunas. Tak sangka citer tu berkaitan.

      Emmmm... Tak pastilah plak kan. Tapi rasanya saya ader terpandang lagi buku nie kat pasaran. Cuba beli melalui Jemari Seni punya web. Kalau ada stok, insyaallah awak akan dapat buku tu.

      Nanti jenguk www.jemariseni.com ok.

      Semoga berjaya dapatkan buku tu. Slamat membaca ;)

      Padam