Terbitan : Buku Prima
Harga : RM 25.90/597 mukasurat
Perjalanan hidup seorang Nur Fitrah yang merupakan anak terbuang penuh dengan segala cubaan dan dugaan. Sejak kecil diri sentiasa menjadi bahan cemuhan menyebabkan keyakinan diri dan rasa cepat mengalah sudah sebati dalam dirinya. Perkenalan dengan Puan Azwita yang dipanggil mama menemukan Fitrah dengan Aiham Fikri, lelaki yang sentiasa berwajah serius dan jarang tersenyum. Kuasa TUHAN tiada siapa yang mampu menduga. Aiham dan Fitrah bersatu dalam keadaan penerimaan masing-masing yang berbeza. Aiham menerima Fitrah kerana terlepas kata pada mamanya yang dia berjanji akan menerima siapa saja pilihan mamanya jika Rose Alea, tunang Aiham masih mencari alasan untuk menangguhkan perkahwinan mereka. Manakala Fitrah menerima Aiham semata-mata untuk tidak melukakan dan menghampakan harapan mama padanya.
Perasaan cinta dan sayang makin lama makin wujud dalam diri Fitrah tetapi bukan Aiham. Cinta dan sayangnya hanya pada Alea. Pernikahan Aiham bersama Alea dengan kebenaran Fitrah menyebabkan Fitrah mula hilang kemesraan dan keceriaan daripada ahli keluarga Aiham yang selama ini menerimanya dengan ikhlas. Fitrah dipersalahkan bila Alea membongkar rahsia tentang kepura-puraan Fitrah dan Aiham di hadapan keluarga mereka selama ini. Tidak sanggup menahan rasa kecewa, Fitrah akhirnya pergi membawa diri kerana merasakan itu yang terbaik walaupun masih ada perasaan cinta dan harapan agar Aiham menyedari semua itu. Namun, semuanya terjawab bila akhirnya secara rasmi hubungan mereka terputus juga.
Pertemuan semula setelah 5 tahun berlalu mengembalikan semula Fitrah dalam hidup keluarga Aiham. Salah faham yang berlaku terurai juga akhirnya. Kesungguhan Aiham untuk mendapatkan peluang kedua dari Fitrah berjaya menerbitkan semula rasa cinta dah sayang yang masih terpendam di dalam hati Fitrah. Sikap Aiham yang berbeza dah lebih menyayangi Fitrah menerbitkan rasa bahagia dalam diri mereka. Tetapi kehadiran Alea dan Alfi membuatkan Fitrah sekali lagi berundur kerana merasakan mereka lebih penting dalam hidup Aiham. Kenapa Alfi tidak bermakna dalam hidup Aiham? Mampukah Aiham mendapatkan Fitrah buat kali kedua?
Actually, nie novel pertama HA dan aku tak tau samada jalan cerita ok atau ko. Tapi aku nekad beli sebab ulasan dari forumer CARI positif. Kalau tanya pendapat aku lepas abis baca novel nie, jangan nilai sesuatu sebelum kita sudahkan semuanya. Buat permulaan, jalan cerita macam mendatar sikit. Macam tak sampai ke hati. Tapi bila dah masuk bab 5/6, aku sanggup tak tido malam sebab nak tau apa penghujung jalan cerita. Tapi aku pulak bukan jenis suka lompat-lompat page sebab nak cepat. Takut rugi tertinggal sesuatu. Kalau dikira novel pertama, tahniah aku ucapkan pada HA atas satu cerita yang boleh masuk dalam ati aku. Percubaan yang berjaya. Sebab aku nie bukan jenis orang yang akan membeli sesuatu kalau bukan benda yang aku dah biasa. It's base on my experince....:)
Mekasih sebab korang best sangat baca coretan aku kali nie. Jumpa dalam coretan aku lagi lepas nie.
Da....
♥ IaNda diaNa ♥
Yehhhh akak dah baca dah novel ni tahun lepas. Memang best. Dah berkenalan dengan penulisnya? Sangat peramah & baik hati. Blog dia http://hanisazla.blogspot.com/
BalasPadamDah kak. Ader dlm list prend saya....:)
PadamTabik lah kat dia sebab buat citer yang mcm nie + berjaya menghappykan saya. Walaupun starting tu mcm ader slow sikit, tapi makin bertambah bab, makin tak sabar nak tau aper penghujungnya. Best2....:)
thanks diana atas review ini.. akak appreciate it so much..
BalasPadamSama2 kak ;)
PadamKomen ikhlas dari saya :) Tunggu novel baru akak nie. Dah ada tak? Hehehehe....